RSS
 

Posts Tagged ‘tahun baru’

tahun 2010

01 Jan

selamat tahun baru semua..dan kepada yang bekerja,sila ikhlaskan diri ye

macam saya

so saya berdoa tahun nie diberi permulaan yg baik..lebih baik dari tahun2 sebelumnya

dan untuk itu saya telah membeli satu akuarium yg cute dan juga ikan laga yg diberi nama BUBBLY

p/s saya mmg tak pandai pilih nama utk pets..

sebab nama tue dipilih sebab ikan laga tue suka wat bubble and gabung dengan nama saya..

soo sweet kan??hahah..perasan

akuarium nie utk tmbah elemen air di rumah sewa saya..sebab kat umah kampung dah ader akuarium+ikan puyu

dan kenapa saya pilih ikan laga??sebab orang kedai tue cakap ikan nie senang jaga..2hari tak bagi makan pun xper

tapi saya tak la kejam gitu kan??hihi

dan ikan laga nie pun lebih kurang macam saya..walaupun kecik tapi jiwa nya kental..

berjuang(berlaga) sehingga ke akhirnya..tapi senang jaga,berdikari

then di pagi hari saya dapat call dari bestie saya dari zaman sekolah2..

anim yg bakal bertunang..anim,congrats dan happy besday

happy for you..so aku xder alasan nak ngelak kalau ader orang tnya..xper2 aku carik orang lain lak..

ayat biasa kalau kawan2 tnya,tunggu anim kawin dulu baru aku kawin…hakhak

dan sempena hari baik nie saya telah membeli buku untuk bulan nie iaitu

buku nie tebalnya 500 muka surat so cukup sebulan la saya nak membaca nya

dan azam tahun baru nak buat diari jugak dan dengan suka citanya agen prudential saya dah bagi free diari 2010

so mmg kena laksanakan la azam nie..heheh

thanks En.Aji..

p/s merah menyala gitu..I like

so HAPPY NEW YEAR EVERYBODY!!!

 

azam tahun baru part 2

31 Dec

 

salam semua..lagi 2hari lagi kita sambut thn baru..dan saya bekerja masa tue

xkisahla..dan agak2 ape ye azam tahun baru anda??

yela,saper2 pun mmg akan buat azam tahun baru…..mcm nak kuruskan badan, lebih sihat,pergi gim,kemaskan rumah or susun resit income tax?

buat azam giler la senang..tulis je berjela-jela pun xper..tapi nak laksanakan nyer nak pyh kan??

dah ader pun kajian..masuk minggu ke-2 januari pun dah ader yg give up..betul..saper sokong angkat tangan??heheh

so utk sambung tips pada entry lepas

3.RESOLVE 

pada saya motivasi lebih penting dari displin – sebab azam yang berjaya adalah yang realistik, praktikal dan datang dari hati yg betul2 nak jayakan azam

dan buat azam yg realistik la..jangan plak yg mengarut2..mcm nak trn berat badan 10kg sehari..xmakan langsung,pulun g gim..naya je nnt tkt ader mslh kesihatan la plak..

4.RELATE

jika perhubungan merupakan nadi kepada kebahagiaan,komunikasi adalah tunggak perhubungan..maka cara anda berhubung,kongsi pengalaman dan perasaan akan membina jalinan kasih sayang dan hubungan baik sesama insan.

tapi untuk kekalkan hubungan pun payah gak..byk cabaran nya..so ader tips utk hubungan baru atau lama

1. jadi asertif (ASSERTIVE) bukan agresif (AGGRESIVE) – asertif tue bermaksud anda lebih terbuka dan ikhlas dalam menafsirkan pemikiran,perasaan dan memikirkan hak orang lain..dan perasaan anda pun pentingkan jugak ye?

2. pastikan masing2 dlm situasi menang-menang (WIN-WIN SITUATION) – supaya tiada yang boleh terasa hati dgn anda,dapat mengelakkan stress dan konflik dan anda pun boleh capai azam anda

3. Meluahkan perasaan dari anda memendam– anda patut lakukan jika anda ader masalah dengan seseorang..terutama jika berkenaan dengan sikap seseorang itu..maka dengan meluahkan anda dapat kenal pasti masalah yg wujud dan beri peluang untuk membetulkan..betul??

so azam tahun baru nie..anda kenal pasti tahap kewangan yg anda ingin betulkan, macam mana anda nak kendali tempat kerja anda, perubahan dalam hidup yg anda ingin ubah dan kemahiran baru yang anda ingin dalami dan pelajari…

dan saya harapkan semua lebih rileks tahun nie…tapi azam giler2 gak buat duit tahun nie…hahaha..saya mata duitan

 

maalhijrah,krismas dan tahun baru 2010

27 Dec

salam semua..lamer xupdate..biasa tampal artikel dari idola saya untuk sentiasa bersemangat keusahawanan

so artikel dari saya plak..1st saya tak lambat lagi nak ucap selamat menyambut maal hijrah

semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..amin

dan merry krismas kepada semua yang menyambut..best cuti tapi saya kerja

dan tak sampai seminggu lagi akan sambut tahun baru 2010

so tajuk artikel yg dialih bahasa dari reader’s digest yg saya beli pada 2007 tapi masih boleh diguna pakai

NEW YEAR NEW YOU

semua orang bila sebut tahun baru, mesti rasa satu permulaan yang segar dan seronok..macam nak lebih fokus,lebih enjoy benda-benda yang kecil, untuk lebih tenang dan mengurangkan rutin yg boleh mendatangkan stress

bila nak berubah,bunyi macam senang. bagaimana dan macam mana nak mula berubah tu boleh jadi agak susah.so dicadangkan supaya merancang sebaiknya..cuba satu persatu perancangan tersebut dan anda akan terkejut dengan pencapaian anda sendiri

di sini ada 10R ( macam rule nurse nak bagi ubat lak) cara untuk anda rancang dan nikmati tahun baru 2010!!

1. Reflect

kadangkala anda tahu anda perlukan perubahan namun anda tak mampu nak terjemah apa yang buat anda rasa tak selesa,kecewa ataupun ‘down’

maka,amik sedikit masa utk berfikir dan menulis apa yang anda pikir,kebimbangan dan kehendak anda. ini adalah satu cara untuk menjernihkan pemikiran, menghadapi ketakutan dan kukuhkan komitment anda.

jika anda tak pasti bagaimana nak bermula,cuba lihat kehidupan anda dari segi persepktif

perhubungan,kerja, kewangan, kesihatan, kreativiti,kerohanian dan juga tempat tinggal anda..bagaimana anda anda rasakan?? tulis dengan specifik dan apa cara anda amik untuk memperbaharuinya.

rasa keliru lagi??

apa kata cuba tulis SENARAI YANG ANDA INGINKAN or WISH LIST..supaya anda tau apa yang anda inginkan..always think big ok?? tulis sekali impian tue jangka pendek,jangka sederhana ataupun jangka masa panjang

APA YANG berlaku dalam hidup anda..catitkan apa yang berlaku apa yang berlaku dalam hidup anda..boleh tulis pasal kerja,family,apa yang merungsingkan anda atau yang membawa keseronokan pada anda tahun baru nie start tulis diary eh?

JIKA SAYA ADA SETAHUN UNTUK HIDUP…apa yang anda lakukan jika anda tahu masa anda makin suntuk??

TULIS IMPIAN SECARA SPESIFIK..contohnya jogging seminggu 2x dari anda tulis nak sihat

tulis IMPIAN YANG BOLEH DIUKUR..contohnya nak kurangkan 3kilo dari pada nak turunkan berat badan aje

Tulis IMPIAN MENGIKUT SPESIFIK MASA..contohnya,nak pergi oversea bulan 5 dari pergi oversea kalau mampu

2. Refresh

buat SATU kerja pada satu masa..walaupun anda boleh cakap di telefon sambil membasuh baju..

cakap ‘TIDAK’ lebih kerap..supaya tiada jadual kerja hujung minggu,almari yang bersepah atau hidup yang selerak dan penuh dengan perkara tak sepatutnya anda lakukan (overloaded)

jangan biarkan telefon ganggu masa anda makan atau masa2 yg spesel..time makan,makan je la..bukan nyer urgent pun nak kena jawab or bls msg tue..huhu

pastikan ada hari yg kosong dlm diary anda..untuk buat sesuatu yg spontan dan plan mengejut

TIDUR SECUKUPNYA…untuk pastikan anda sentiasa sihat dan cergas

CUBA SESUATU YG BARU..leraikan rutin hidup anda..sesuatu yg baru bawa pengalaman baru

sentiasa BERSYUKUR..menikmati apa yang kita ada dari kita meratap yg dah lepas atau risaukan apa yang kita xder

secara psikologinya..kita selalu lakukan perkara yg kita suka dulu dan selepas tue baru perkara kita tak suka..kdg2 langsung tak buat pun

so SEDIAKAN JADUAL untuk perkara yang penting..dan lakukan perkara yang anda MAHIR

so nantikan sambungan nyer..ader lagi 7 cara tau

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes