RSS
 

Posts Tagged ‘reiki’

kenapa sesetengah berjaya,yang lain tidak??

30 Jul

 

soalan ini telah menjadi soalan misteri sejak manusia merasa tidak puas tinggal di gua dan cuba mencari cara untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. mungkin perbandingan berikut adalah di antara CIRI-CIRI orang yang GAGAL dan orang yang BERJAYA.

orang BERJAYA- mengetahui dengan jelas apa yang diingini,mempunyai rancangan untuk mendapatkannya,mempercayai kemampuan diri dalam usaha mendapatkannya dan meluangkan sebahagian besar daripada masanya bagi mendapatkan apa yang diingininya itu.

orang GAGAL-tidak mempunyai matlamat tetap di dalam kehidupan,mempercayai bahawa semua kejayaan adalah hasil daripada ‘tuah’ dan bergerak melakukan inisiatif hanya setelah dipaksa.

orang yang BERJAYA-adalah seorang jurujual hebat yang telah mempelajari seni mempengaruhi orang lain untuk bekerjasama dengan semangat persahabatan untuk melaksanakan segala perancangan dan matlamatnya.

orang yang GAGAL- menemui kesalahan pada orang lain,melakukan hal sendiri untuk membiarkan orang lain tahu tentang sifat-sifat kritikalnya.

orang BERJAYA- berfikir dahulu sebelum bercakap. dia mempertimbangkan kata-katanya dengan berhati-hati.menekan kan rasa senangnya berhubungan dengan orang ramai,meminimakan rasa kurang senangnya atau tidak menyebutnya sama sekali.

orang GAGAL- bercakap dahulu sebelum berfikir.kata-katanya hanya membawa kepada kekesalan dan memalukan.dia tidak dapat keuntungan kerana rasa geram diluahkan oleh orang lain.

orang yang BERJAYA- meluahkan pendapat hanya selepas dia benar-benar mempunyai maklumat supaya dia dapat melaksanakannya dengan baik.

orang GAGAL- memberikan sedikit pandangan tentang sesuatu subjek yang dia sendiri mempunyai sedikit pengetahuan atau tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

orang yang BERJAYA-merancang masa,pendapatan dan perbelanjaan.Hidup dalam lingkungan kemampuannya.

orang GAGAL-membazirkan masa dan pendapatan dengan tidak menghiraukan nilainya.

orang BERJAYA- mempunyai minat yang mendalam terhadap orang lain terutamanya mereka yang mempunyai persamaan dengannya dan mengeratkan hubungan persahabatan dengan mereka.

orang GAGAL- mengeratkan hubungan dengan mereka hanya untuk mendapatkan sesuatu.

orang BERJAYA- berfikiran terbuka dan tolenrasi kepada semua perkara,terhadap semua orang.

orang GAGAL- berfikiran tertutup,tidak toleran yang membuatkannya tidak mengenali peluang yang baik dan kerjasama persahabatan dengan orang lain.

orang BERJAYA- mengikuti aliran masa dan menjadikannya satu tanggungjawab yang mustahak mengetahui perkembangan yang berlaku,bukan hanya setakat perniagaan, pekerjaan atau masyarakatnya sendiri bahkan seluruh dunia.

orang GAGAL- memberatkan diri hanya dengan keperluan jangka pendek,mendapatkannya melalui apa cara sekalipun-benar atau salah.

orang BERJAYA- menetapkan akal fikiran dan pandangan tentang kehidupan secara positif sepanjang masa. menyedari bahawa ruang yang didudukinya di dunia ini dan kejayaan yang dinikmatinya bergantung kepada kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang diberikannya. menjadikan suatu tabiat memberikan lebih banyak perkhidmatan berbanding membuat janji.

orang GAGAL-mencari ‘sesuatu yang tiada’ atau sesuatu yang tidak dapat dimiliki. apabila gagal mendapatkannya,dia menyalahkan dan menuduh orang lain sebagai tamak.

orang BERJAYA- menghormati tuhan sepenuhnya dan meluahkannya dengan kerap dengan sembahyang dan amalan berbuat kebaikan kepada orang lain.

orang GAGAL- tidak mempercayai apa-apa kecuali nafsu keinginan sendiri terhadap makanan,perlindungan dan mendapatkannya melalui keringat orang lain, bila dan di mana sahaja dia boleh melakukannya.

walau apa pun, terdapat satu perbezaan besar di dlam perkataan dan perbuatan orang yang berjaya dengan orang yang gagal.

akan tetapi setiap orang itu menjadi dirinya sendiri dan dimana dia berada kerana disebabkan oleh sikap mentalnya terhadap diri nya sendiri dan orang lain

sumber dari: buku kejayaan tanpa had (Napoleon Hill)

 

 

 

despicable me

22 Jul

salam semua…semoga melalui hari yang bahagia

okla,semalam saya selepas abis melawat kawan ni spital (hope cepat sihat dan cepat balik) saya telah meluangkan masa untuk tengok wayang..macam Master Reiki saya selalu cakap..buat ape yang buat saya happy..

last tengok wayang pun citer budak setan hari tue..then sebab tgk hari rabu..ada diskaun tau..citer kartun despicable me..(saya memang suka tengok kartun) dan harga tiket lak cuma rm5,berbaloi-baloi

then terlambat ckit masuk (lambat 10minit sebab makan dulu before masuk..lapar) heheheh

then masuk2 je citer dah start,so layan je..masa tengok memang layan la..siap gelak2..sorang2 sebab wayang nie tak ramai orang pun tapi tak kisah pun sebab i’m enjoyed with myself..

okla,berbalik pada citer kartun tue..walaupun citer pasal orang jahat..tapi kita nilai dari aspek positif ok..dan saya akan huraikan cikit la kat sini..apa yang saya nampak dan faham (saya suka menilai??…tak jugak )

first sekali saya nampak seseorang yang mempunyai PASSION yang tinggi..Mr GRU

yang dari kecik bercita-cita nak pergi ke bulan…tapi sering dipandang rendah oleh mak dia (jangan amalkan ye sikap nie..tak baik) patut kita galakkan anak tau

tapi Mr Gru seorang yang bermotivasi,YAKIN pada diri sendiri..tak peduli la ape yg mak dia cakap..jenis yg ade POSITIVE attitude..walaupun dia pilih jadi penjahat (sebenarnya dia tak jahat cuma kurang kasih sayang)

dan bila dah ader PASSION yang tinggi,akan sentiasa bersemangat waja untuk dapatkan apa yang dia nak walaupun ada macam-macam halangan..selalu VISUALIZE yang dia nak jugak dapatkan bulan..

pastu bila dia ade idea nak ‘curi’ shrinker tue dari Vector dengan pakai anak2 yatim tue..kat situla boleh nampak dia sukar nak luahkan kasih sayang..sebab didikan awal dari mak dia tapi dia masih punya hati dan perasaan

anak-anak tue yang ajar dia erti hidup yang lebih bermakna..dengan bergembira dan kembali tersenyum semasa naik roller coaster tue (best macam saya lak yg naik roller coaster tue) heheheh

dan betul jugak la ckp kwn Mr Gru,dia ada mission yang penting iaitu curi bulan dan anak-anak tue jadi DISTRACTION pada dia..tapi dia tahu cmner nak hadapi..so kita dalam hidup nie pun perlu tahu ZONE mana yang kita perlu FOKUS dan yang mana untuk capai PURPOSE hidup yang kita dah set kan..

dan bila mission tue dah tercapai,Mr Gru tetap setelkan janji yang dia pegang dengan anak2 tue..walaupun terlambat..

dan scene dia nak g selamatkan anak2 tue memang best..yela,kita sanggup berkorban apa saja untuk orang kesayangan kita tapi paling penting bila orang tue juga menghargai pengorbanan kita..kalau tidak,asyik one way je yg berkorban tapi yang lain wat derk je..kita yang pedih beb oppsss

ok la,walaupun citer nie dah boleh download pakai torrent saya tetap nak g tengok jugak dengan kawan baik saya..tapi yang 3D punya (1st time seh) heheheh…

lastly enjoy a bit scene from despicable me…

 

rezeki murah

29 Jan

salam semua…saya tengah semangat nak update blog nie..

sebab baru dapat beli modem setelah rosak sekian lama nya selama 5 bulan..

free2 je bayar kat umobile bulan2..huhu..

nak potong tak boleh sebab ader kontrak 2thn so redha je la..huhu

dan saya telah setelkan bil yang berlonggok selama 5bulan tue..siap sambar modem CSL baru..rm169..biasa yg baru rm199..rezeki saya..3.5G tue

heheheh

alhamdulilah..walaupun saya tak dapat bonus tapi alhamdulilah,rezeki melimpah ruah..

berkat dari berfikiran positif,bersemangat jutawan dan reiki sebab hari2 saya berdoa, reiki utk dptkan rezeki yg tak disangka-sangka..dan dimurahkan rezeki…

dan tercapai sikit aper yg saya idamkan..dan yang paling best..benda paling idamkan ialah bagi baju kat ABA saya..setelah 5tahun saya bersama ABA..cian keta saya

dan saya berjaya menjumpai bengkel yg nak gak cat keta saya..murah pun murah gak..cat phat black..nice woo..

nie aba sebelum

gambar selepas belum amik lagi..hahahah tapi mmg macho la ABA suke2..

nnt upload la yek..

so saya amat bersyukur gak kerana berjaya mendapatkan 2 wishlist saya dalam bulan pertama tahun baru nie..walaupun saya bermula dengan agak teruk sebenarnya

tapi yg penting saya tak patah semangat dan bersedia utk berubah..terima kasih juga pada master hisham sebab reiki pun byk membantu saya supaya lebih positif,terkawal dan lebih cool mmg terasa kelainan nya..heheh

so rezeki nie pun dtg dari byk cara,punca dan sumber nya..kadang2 rezeki dtg dari wang ringgit..saya mmg rasa rezeki saya murah..sejak akhir-akhir nie..sebab duit sentiasa dalam tangan..dan rezeki jugak sebab selalu org belanja makan.. saya kuat mkn tau

 

theme baru mood baru sebab REIKI

17 Jan

salam semua..selamat berhujung minggu…saya pun tgh lepak kat umah je

tapi malam nie kerja.. xperla demi negara..chewah

so 2 hari setelah di’reiki’kan…hmm,nak citer start dari mana yer?

ok la..dipendekkan citer..saya kan dah sign up utk amik kursus reiki nie..

berjumpa la saya dengan Master Hisham di kedai makan..makan dulu dan berborak panjang..

tentang reiki nie..reiki nie ader mcm2 nama dan founder nya..so kat sini saya memilih kundalini reiki sebab sempoi,mudah dan senang..mcm masak megi

tapi kuasa reiki nie sama jer walaupun nama lain2 dan  master hisham ader cakap kursus lain xdapek doo harga macam nie..memamg pun

then siap cakap,saya antara orang yang terakhir dapat harga macam tue..alhamdulilah…

sebab lepas saya abis course mind power dengan Dato’ saya terus niat nak belajar gak reiki walau macam mana sekali pun…

so tercapai sudah wishlist saya..untuk menjadi Master Reiki no 599 tue..huhuh

then saya bergerak ke padang untuk mendapatkan attunement dari Master..isteri master pun teman..cute jer

so saya pun diajar bermeditasi..dah siap2 pasang lagu mendayu(saya cepat ngantuk) dan siap2 pasang ubat nyamuk..hehehe

kena meditasi lebih kurang 30min la..untuk TENDAI saya kurang peka sikit tapi mmg rasa la tangan saya bergerak sendiri tapi saya tetap kena tumpu pada pernafasan sahaja..lagipun maybe sebab saya takut so saya tahan tangan untuk bergerak ikut rasa tue.. dan saya tak rasa mengantuk tapi makin segar..

then saya semakin semangat utk buat REIKI plak..lebih kurang jugak tapi lebih santai dan 5 min pertama saya cuma rasa ader macam angin lalu..tapi angin tue rasa macam sejuk dan nyaman jer..mula2 dari muka saya then rasa macam berputar di seluruh tubuh..dalam hati cakap,ini bukan angin seh..

then tak lama lepas tue,meditasi kan mmg kena fokus dan pejam mata tetiba saya nampak ader macam cahaya putih,atas sikit dari dahi saya..tak lama ader la 1-2minit dua..

dah nak ujung meditasi tue plak,saya rasa macam semut/vibrate kat belakang saya..belah kiri je..kanan tak pulak..

then abis semua tue,saya belajar rasa sensasi di tapak tangan setelah REIKI diaktifkan..mmg ader rasa suam2 panas la

then master siap ader bonus sebab nak bagi bukti yg reiki mmg dah siap transfer..

saya kena pegang mentol then kena reiki kan mentol tue supaya tak pecah..macam tak caya tapi buat je la..

mmg tak pecah la wei..huhuhhu

then guna mentol yang sama saya kena pecahkan jubin..gilo aper mentol yang giler senang pecah tue boleh pecahkan jubin…

tapi biler wat,mmg betul woo..saya mmg caya tak caya..kena caya gak sebab saya yang wat..master tak pegang langsung pun mentol tue..

last sekali..kena hempas kat lantai then niat mentol keras macam batu…

apa yang jd yer?

mentol tue boleh la melantun balik..mmg terkejut besar..bunyi mentol tue jatuh pun dah bunyi mcm batu jatuh tau..huhu

kalau ikut logik,mmg la tak logik tapi ini benar..semuanya asal dari ENERGI/TENAGA alam yang dah diaktifkan..

tunggu kita je untuk menggunakannya…sepenuhnya..bukan pakai jin/khodam ye..

dan sekarang nie saya banyak luangkan masa dengan meditasi utk pembersihan diri saya dan saya rasa lebih tenang

Alhamdulillah…syukur pada nikmat tuhan..saya dibukakan hati dan diberi rezeki utk belajar ilmu nie..

so enjoy the video yang master dah upload kat youtube nie..sebab lebih kurang je aper yg saya buat hari tue

cuma hari tue malam gelap gelita kalau nak amik video or tangkap gambar

yang nie pun saya buat gak..

 

salam reiki

14 Jan

 

salam semua..lamer dah xupdate..

cuma rajin nak balas atau approve komen saja..

tempat kerja pun makin busy sebab patient makin ramai dan staff makin kurang hehhe

tapi busy2 tue pun saya sempat jugak register utk belajar ilmu baru ‘REIKI’

esok saya pergi kursus nya

kalau nak tahu psl ilmu reiki nie..boleh ‘google’ dan akan jumpa dengan mcm2 pandangan dan pendapat…

saya tak belajar lagi tapi saya ader banyak baca psl reiki nie so saya decide nak join coz saya minat nak jadi seorang perawat (healer)

dan saya akan gunakan utk membantu yg memerlukan..that’s why jugak saya jadi nurse

semangat berkobar-kobar nie..sampai termimpi-mimpi..

nak tahu dimana saya amik kursus boleh jenguk link nie

www.reiki-malaysia.com

 

 

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes