RSS
 

Posts Tagged ‘prof dato’ dr ibrahim’

minda kaya vs minda miskin by Dr Irfan Khairi

16 Dec

Artikel Pilihan: Minda Kaya vs Minda Miskin
Oleh: Irfan Khairi


 
Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.
 
Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.
 
Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
 

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.
 
Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.
 
Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!”
 
Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa  yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!
 
 
Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan


Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.
 
Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.
 
Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.
 
Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.
 
Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”
 
Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!
 
Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!
 
 
Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain
 
 Pepatah Mat Salleh berbunyi “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys”.
 
Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!
 
Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.
 
Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!
 
Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.
 
Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja… fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik”. Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif”. Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?
 
Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.
 
Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.
 
Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!
 
Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

 

mind power

24 Nov

salam semua..amacam weekend??

saya ader jemputan kawin kawan saya (mcm biasa biler mula cuti sek)

tapi saya sempat datang masa nikah saje..sorry ye sarah..dah la datang majlis not in proper way sebab pakai jeans je..direct dari kerja malam

so pada hari ahad patut saya kena datang kenduri sarah tapi saya memilih untuk luangkan masa untuk kembali memotivasikan diri saya kembali..

kita semua ada pilihan kan?..so mmg diakui bulan lepas saya agak down dengan segala mcm problem..so kalau saya sendiri tak pilih untuk motivate balik..saper lagi kan?

hari ahad lepas,saya pergi ke seminar sifu saya en.eddy..seminar kewangan

sebab duit la motivasi saya sebab orang cakap duit bukan segala-galanya..tapi kena ingat sekarang segalanya perlukan duit..

so sepanjang hari tue la saya berjumpa dengan pakar2 dalam bidang masing2..

saya jumpa Dato’ Dr Syed Ahmad -presiden akademi nusantara (pidato),saya ingat nak gak join kelas pidato

then saya jumpa Dato’ Dr Ibrahim (pengasas aura seri),cakap pasal minda bawah sedar yang selama nie orang jarang explore..

so saya pun tekad nak belajar jugak ilmu nie..bukan senang tau nak jumpa tokoh2 nie..dan saya bersyukur sebab terbuka hati nak g seminar nie..

p/s saya dah g 2kali sebenarnya seminar wang nie..mata duitan katakan

banyak tul saya nak belajar..sebab saya sukakan ilmu..root number 4 mmg mcm tue..dan sekarang pun saya belajar praktikkan metafizik dlm seharian saya

so end of the day,saya bakal sertai kursus Dato’ Dr Ibrahim 2minggu lagi dan saya pun dapat diskaun untuk barang aura seri dan aura genius sangat best

makin berseri la saya..ahaks!!

IMAG0223

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes