Tags: , , , ,
Feb 3, 2010 Posted in beritasingle bukusingle ceritasingle luahan hatisingle memorysingle minda bawah sedarsingle motivasisingle positive mindsingle tips by norli

diari | diary

salam semua..dah bulan 2/Februari kan..

macam kejap je masa berlalu..so cmner dengan plan/azam tahun baru anda??

saya alhamdulilah tercapai jugak dalam hampir 20 lebih azam tue..dah 3 setel..hehe giler la byk wat azam hahah

berkenaan dengan tajuk entri..diari..

mcm biasa dengar je kan..azam nak tulis diari..ke saya je yg wat azam cmnie..huhu

tahun nie mmg saya berazam nak tulis diari..sebab mungkin salah satu sebab saya bermula agak kurang baik di akhir tahun lepas dan saya kehilangan kawan utk bercerita dan meluahkan hati..

dan mmg betul pun,biler menulis pada diari mcm jugak kita meluahkan perasaan dan macam diari tue memahami isi hati kita..kita rasa tenang dan tak terbeban sgt..

pakar psikologi pun ckp,menulis diari baik utk kesihatan mental..tulis blog pun bagus gak

dan paling tidak pun,lepas kita tulis diari..kita rekodkan fasa yang pahit or manis dan kita berusaha mencari jalan/penyelesaian yg kita rasakan..terbaik utk diri dan hidup kita..

then diari menjadi saksi perjuangan hidup kita..dan biler kita dah melepasi saat yg pergi tak kembali tue..dan biler kita baca balik diari tue..

confirm kita senyum dan berfikir sendiri..coretan yang sedikit sebanyak telah mencorakkan perjalanan hidup kita dengan warna-warna kehidupan..

then kalau kita baca diari yg lepas2 dan kita melakukan perkara/masalah yang sama seharusnya diari mcm bagi peringatan bahawa kita pernah mengalami dan kita akan cuba utk tidak mengulangi lagi problem yg sama..

dan bila diari dicoretkan dengan perkara yang manis,tue jadi mcm peransang kehidupan kita supaya sentiasa ada motivasi..

dan diari juga boleh jadi tempat kita meluahkan perasaan pada seseorang yang yg dekat dihati kita tapi kita tak mampu bercerita or luahkannya..dan barangkali bakal jadi tatapan si dia di saat kita tidak lagi bersama dengannya atau dia tidak memiliki kita…wah citer sedih la plak

so jom tulis diari!!

p/s saya pun nak sambung tulis diari yg dah tertunggak seminggu nie..huhu

Feb 1, 2010 Posted in aura serisingle ceritasingle duitsingle friendssingle luahan hatisingle memorysingle minda bawah sedarsingle motivasi by norli

let it go

salam semua..sejak ader modem di umah nie rasa membuak2 nak update blog heheh

ok la berkenaan dengan tajuk entri di atas..sebenarnya saya dah lama nak berkongsi dengan anda semua..

tentang oprah show yg saya tgk awal januari hari tue..

berkenaan dengan spa miraval yg sangat terkenal di Arizona..

oprah jemput 20 org rasanya yang telah submit penyertaan utk dipilih untuk bersama2 dengan oprah di spa tersebut..

spa nie mmg best giler..selain fungsi spa,urut..di sana juga merupakan tempat utk motivated org..

coz semua yg terpilih utk dtg di spa bersama oprah ader citer sedih dan tersendiri dan oprah ingin membantu mereka

jalani hidup yg singkat ini dengan lebih indah..

so ader satu slot..dimana mereka yg terpilih nie harus dinaikkan lebih kurang 40 kaki dari tanah..kira tinggi bangunan 4 tingkat kot..tinggi tue..gayat woo… nama program nie swings and pray

then ader satu tali yang diberi pada peserta..yang harus dilepaskan oleh peserta utk turun ke tanah semula..

kebanyakan peserta mmg la takut,gayat..first experience mmg macam tue kan..so biler dah dinaikkan..

rasa macam best/takut sebab tergantung dari tanah..dan cuma ada tali tue je bersama kita..

tapi kita kena lepaskan tali tue kalau nak turun so pada masa yg sama kita diberi pilihan dan kita rasa berbelah bagi.. 

sebab kita dah rasa selamat sebab ader tali tue utk bantu kita tapi kita kena turun dan lepaskan tali tue..so macam ader perasaan sayang yg kita kena lepaskan..utk kebaikan bersama..kita harus lakukan..

so mmg ramai peserta yg menangis/berdoa sebelum nak lepaskan tali tue..berharap tak der yg buruk akan berlaku..

dan ajaibnya,biler tali dilepaskan..kita akan swing (berayun) dan rasa lega yang amat sgt..dan kembali menjejak kaki ke tanah…

kerana telah berjaya melepaskan segala bebanan yg selama ini berada dalam hidup kita..tali tue adalah metaphor beban hidup kita..

kerana kadang2..kita terlalu lama berada dalam bebanan membuatkan kita buat hidup semakin selesa dengan beban tersebut..

sedangkan kita perlu lepaskan diri sebenarnya..supaya lega dan berubah menjadi insan yg lebih baik

so let it  go whatever make u feel negative..though u feel love and hard to do it..

coz if u dont do it now,it will destroy u forever..

fikirkan aper bebanan anda..dan lepaskannya..

 p/s saya teringin nak g spa nie..huhu

Jan 1, 2010 Posted in barangsingle beritasingle bisnessingle bukusingle ceritasingle duitsingle insuransingle jutawansingle memorysingle motivasisingle pelaburansingle pengurusan kewangansingle positive mindsingle prudential by norli

tahun 2010

selamat tahun baru semua..dan kepada yang bekerja,sila ikhlaskan diri ye

macam saya

so saya berdoa tahun nie diberi permulaan yg baik..lebih baik dari tahun2 sebelumnya

dan untuk itu saya telah membeli satu akuarium yg cute dan juga ikan laga yg diberi nama BUBBLY

p/s saya mmg tak pandai pilih nama utk pets..

sebab nama tue dipilih sebab ikan laga tue suka wat bubble and gabung dengan nama saya..

soo sweet kan??hahah..perasan

akuarium nie utk tmbah elemen air di rumah sewa saya..sebab kat umah kampung dah ader akuarium+ikan puyu

dan kenapa saya pilih ikan laga??sebab orang kedai tue cakap ikan nie senang jaga..2hari tak bagi makan pun xper

tapi saya tak la kejam gitu kan??hihi

dan ikan laga nie pun lebih kurang macam saya..walaupun kecik tapi jiwa nya kental..

berjuang(berlaga) sehingga ke akhirnya..tapi senang jaga,berdikari

then di pagi hari saya dapat call dari bestie saya dari zaman sekolah2..

anim yg bakal bertunang..anim,congrats dan happy besday

happy for you..so aku xder alasan nak ngelak kalau ader orang tnya..xper2 aku carik orang lain lak..

ayat biasa kalau kawan2 tnya,tunggu anim kawin dulu baru aku kawin…hakhak

dan sempena hari baik nie saya telah membeli buku untuk bulan nie iaitu

buku nie tebalnya 500 muka surat so cukup sebulan la saya nak membaca nya

dan azam tahun baru nak buat diari jugak dan dengan suka citanya agen prudential saya dah bagi free diari 2010

so mmg kena laksanakan la azam nie..heheh

thanks En.Aji..

p/s merah menyala gitu..I like

so HAPPY NEW YEAR EVERYBODY!!!

Dec 31, 2009 Posted in beritasingle ceritasingle friendssingle luahan hatisingle motivasisingle pelaburansingle pengurusan kewangansingle personalsingle positive mindsingle tips by norli

azam tahun baru part 2

 

salam semua..lagi 2hari lagi kita sambut thn baru..dan saya bekerja masa tue

xkisahla..dan agak2 ape ye azam tahun baru anda??

yela,saper2 pun mmg akan buat azam tahun baru…..mcm nak kuruskan badan, lebih sihat,pergi gim,kemaskan rumah or susun resit income tax?

buat azam giler la senang..tulis je berjela-jela pun xper..tapi nak laksanakan nyer nak pyh kan??

dah ader pun kajian..masuk minggu ke-2 januari pun dah ader yg give up..betul..saper sokong angkat tangan??heheh

so utk sambung tips pada entry lepas

3.RESOLVE 

pada saya motivasi lebih penting dari displin – sebab azam yang berjaya adalah yang realistik, praktikal dan datang dari hati yg betul2 nak jayakan azam

dan buat azam yg realistik la..jangan plak yg mengarut2..mcm nak trn berat badan 10kg sehari..xmakan langsung,pulun g gim..naya je nnt tkt ader mslh kesihatan la plak..

4.RELATE

jika perhubungan merupakan nadi kepada kebahagiaan,komunikasi adalah tunggak perhubungan..maka cara anda berhubung,kongsi pengalaman dan perasaan akan membina jalinan kasih sayang dan hubungan baik sesama insan.

tapi untuk kekalkan hubungan pun payah gak..byk cabaran nya..so ader tips utk hubungan baru atau lama

1. jadi asertif (ASSERTIVE) bukan agresif (AGGRESIVE) – asertif tue bermaksud anda lebih terbuka dan ikhlas dalam menafsirkan pemikiran,perasaan dan memikirkan hak orang lain..dan perasaan anda pun pentingkan jugak ye?

2. pastikan masing2 dlm situasi menang-menang (WIN-WIN SITUATION) – supaya tiada yang boleh terasa hati dgn anda,dapat mengelakkan stress dan konflik dan anda pun boleh capai azam anda

3. Meluahkan perasaan dari anda memendam– anda patut lakukan jika anda ader masalah dengan seseorang..terutama jika berkenaan dengan sikap seseorang itu..maka dengan meluahkan anda dapat kenal pasti masalah yg wujud dan beri peluang untuk membetulkan..betul??

so azam tahun baru nie..anda kenal pasti tahap kewangan yg anda ingin betulkan, macam mana anda nak kendali tempat kerja anda, perubahan dalam hidup yg anda ingin ubah dan kemahiran baru yang anda ingin dalami dan pelajari…

dan saya harapkan semua lebih rileks tahun nie…tapi azam giler2 gak buat duit tahun nie…hahaha..saya mata duitan

Dec 27, 2009 Posted in beritasingle bukusingle memorysingle motivasisingle positive mind by norli

maalhijrah,krismas dan tahun baru 2010

salam semua..lamer xupdate..biasa tampal artikel dari idola saya untuk sentiasa bersemangat keusahawanan

so artikel dari saya plak..1st saya tak lambat lagi nak ucap selamat menyambut maal hijrah

semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya..amin

dan merry krismas kepada semua yang menyambut..best cuti tapi saya kerja

dan tak sampai seminggu lagi akan sambut tahun baru 2010

so tajuk artikel yg dialih bahasa dari reader’s digest yg saya beli pada 2007 tapi masih boleh diguna pakai

NEW YEAR NEW YOU

semua orang bila sebut tahun baru, mesti rasa satu permulaan yang segar dan seronok..macam nak lebih fokus,lebih enjoy benda-benda yang kecil, untuk lebih tenang dan mengurangkan rutin yg boleh mendatangkan stress

bila nak berubah,bunyi macam senang. bagaimana dan macam mana nak mula berubah tu boleh jadi agak susah.so dicadangkan supaya merancang sebaiknya..cuba satu persatu perancangan tersebut dan anda akan terkejut dengan pencapaian anda sendiri

di sini ada 10R ( macam rule nurse nak bagi ubat lak) cara untuk anda rancang dan nikmati tahun baru 2010!!

1. Reflect

kadangkala anda tahu anda perlukan perubahan namun anda tak mampu nak terjemah apa yang buat anda rasa tak selesa,kecewa ataupun ‘down’

maka,amik sedikit masa utk berfikir dan menulis apa yang anda pikir,kebimbangan dan kehendak anda. ini adalah satu cara untuk menjernihkan pemikiran, menghadapi ketakutan dan kukuhkan komitment anda.

jika anda tak pasti bagaimana nak bermula,cuba lihat kehidupan anda dari segi persepktif

perhubungan,kerja, kewangan, kesihatan, kreativiti,kerohanian dan juga tempat tinggal anda..bagaimana anda anda rasakan?? tulis dengan specifik dan apa cara anda amik untuk memperbaharuinya.

rasa keliru lagi??

apa kata cuba tulis SENARAI YANG ANDA INGINKAN or WISH LIST..supaya anda tau apa yang anda inginkan..always think big ok?? tulis sekali impian tue jangka pendek,jangka sederhana ataupun jangka masa panjang

APA YANG berlaku dalam hidup anda..catitkan apa yang berlaku apa yang berlaku dalam hidup anda..boleh tulis pasal kerja,family,apa yang merungsingkan anda atau yang membawa keseronokan pada anda tahun baru nie start tulis diary eh?

JIKA SAYA ADA SETAHUN UNTUK HIDUP…apa yang anda lakukan jika anda tahu masa anda makin suntuk??

TULIS IMPIAN SECARA SPESIFIK..contohnya jogging seminggu 2x dari anda tulis nak sihat

tulis IMPIAN YANG BOLEH DIUKUR..contohnya nak kurangkan 3kilo dari pada nak turunkan berat badan aje

Tulis IMPIAN MENGIKUT SPESIFIK MASA..contohnya,nak pergi oversea bulan 5 dari pergi oversea kalau mampu

2. Refresh

buat SATU kerja pada satu masa..walaupun anda boleh cakap di telefon sambil membasuh baju..

cakap ‘TIDAK’ lebih kerap..supaya tiada jadual kerja hujung minggu,almari yang bersepah atau hidup yang selerak dan penuh dengan perkara tak sepatutnya anda lakukan (overloaded)

jangan biarkan telefon ganggu masa anda makan atau masa2 yg spesel..time makan,makan je la..bukan nyer urgent pun nak kena jawab or bls msg tue..huhu

pastikan ada hari yg kosong dlm diary anda..untuk buat sesuatu yg spontan dan plan mengejut

TIDUR SECUKUPNYA…untuk pastikan anda sentiasa sihat dan cergas

CUBA SESUATU YG BARU..leraikan rutin hidup anda..sesuatu yg baru bawa pengalaman baru

sentiasa BERSYUKUR..menikmati apa yang kita ada dari kita meratap yg dah lepas atau risaukan apa yang kita xder

secara psikologinya..kita selalu lakukan perkara yg kita suka dulu dan selepas tue baru perkara kita tak suka..kdg2 langsung tak buat pun

so SEDIAKAN JADUAL untuk perkara yang penting..dan lakukan perkara yang anda MAHIR

so nantikan sambungan nyer..ader lagi 7 cara tau

Mar 13, 2009 Posted in luahan hatisingle motivasisingle personalsingle tips by norli

negatif dan positif

Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif  
(Setiap kata-kata itu adalah DOA)

salam semua..hari nie sesi motivasi lak yek..memandangkan result SPM dan STPM baru keluar so untuk menaikkan kembali semangat berkobar-kobar untuk masuk universiti ataupun kalau keputusan agak kurang memberangsangkan..saya cadangkan amik jurusan yang berbentuk kemahiran supaya kita sentiasa ada peluang kerjaya..sebab tidak semestinya kejayaan akademik sahaja membantu anda berjaya..kemahiran seperti berkebun,buat kek,baiki kereta..bukan semua orang boleh lakukan..ye tak??

saya dulu pun biasa amalkan sikap seperti cerita di bawah…masa saya tingkatan 2,tiap2 hari saya bangun tidur pergi sekolah dan berniat,bertekad nak masuk MRSM..hehe..tapi saya tak la belajar giler2 nie sebab saya budak nakal plus saya aktif bersukan seperti olahraga dan sofbol…tapi time ‘prep’ mmg la kena study tapi saya suka belajar dengar walkman..kalau tak nanti ngantuk dan ZZzzzzz

so saya amik PMR dan keputusan memberangsangkan…saya memang apply MRSm tapi soalan nak masuk MRSM mcm nak masuk unversiti…susah yarabii…hihi tapi saya berjaya menjawab dengan menggunakan dadu..dan keputusan nya??…yup,saya berjaya diterima masuk ke MRSM Serting..ulu pun ulu la…

tapi bila di MRSM lak,saya jadi negatif person…saya kata pada diri sendiri yang saya nie tak layak berada di sini sebab mostly budak2 kat sini genius dan saya hanya budak sederhana..rasa rendah diri sangat..result selalu paling belakang..huhu..sedih gak time tue..rasa mcm nak cabut lari tapi memandangkan peluang berada di MRSM bukan senang ye tak..so SPM pn saya wat ala kadar..tue pasal result..bole tahan la..huhu

so amati citer nie..tau?..tapi bukan saya yang buat eksperimen nie tau 

Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan kata-kata yang
Positif dan Baik.

Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku
“The Hidden Messages in Water” karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan
tentang banyaknya orang yang melakukan percubaan, saya pun tertarik untuk melakukannya sbb:

1. Tempatkan sisa nasi yang sudah dibiarkan semalaman kedalam 2 botol dengan jumlah yang sama,
kemudian ditutup rapat.  

2. Setiap botol di labelkan yang berisi kata-kata.  

3. Botol A : “Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Senang Sekali
Melihatmu, Aku Ingin Selalu di dekatmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.

4. Botol B : “Kamu Bodoh, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku tidak mau
dekat kamu”  

5. 2 Botol ini saya letakkan terpisah dan pada tempat yang sering dilihat, saya pesan pada isteri, anak, dan
pembantu untuk membaca label pada botol tersebut setiap kali melihat botol-botol tersebut.

6. Dan inilah yang terjadi pada nasi tersebut setelah 1 minggu kemudian : image001

Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna
hitam dengan bau yang tidak sedap.  

Sedangkan Nasi dalam botol yang di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya
harum seperti ragi.

image002

 sila teman-teman mencubanya sendiri. Kalau di buku di katakan ada yang mencuba dengan tiga botol
dimana botol ketiga tidak di beri label apa2 alias diabaikan / tidak diperdulikan, dan ternyat beras dalam botol
yang diabaikan membusuk jauh lebih cepat dibandingkan botol yang dipapar kata ” Kamu Bodoh”.

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan hidup kita, rakan-rakan kerja kita, dan orang  
-orang disekeliling kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan efek yang ditimbulkan
dari getaran-getaran yang berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Maka sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yang akan keluar dari mulut kita, demikian
juga kendalikanlah pemikiran yang timbul dalam batin kita.

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes