Tags: , , , ,
Feb 3, 2010 Posted in beritasingle bukusingle ceritasingle luahan hatisingle memorysingle minda bawah sedarsingle motivasisingle positive mindsingle tips by norli

diari | diary

salam semua..dah bulan 2/Februari kan..

macam kejap je masa berlalu..so cmner dengan plan/azam tahun baru anda??

saya alhamdulilah tercapai jugak dalam hampir 20 lebih azam tue..dah 3 setel..hehe giler la byk wat azam hahah

berkenaan dengan tajuk entri..diari..

mcm biasa dengar je kan..azam nak tulis diari..ke saya je yg wat azam cmnie..huhu

tahun nie mmg saya berazam nak tulis diari..sebab mungkin salah satu sebab saya bermula agak kurang baik di akhir tahun lepas dan saya kehilangan kawan utk bercerita dan meluahkan hati..

dan mmg betul pun,biler menulis pada diari mcm jugak kita meluahkan perasaan dan macam diari tue memahami isi hati kita..kita rasa tenang dan tak terbeban sgt..

pakar psikologi pun ckp,menulis diari baik utk kesihatan mental..tulis blog pun bagus gak

dan paling tidak pun,lepas kita tulis diari..kita rekodkan fasa yang pahit or manis dan kita berusaha mencari jalan/penyelesaian yg kita rasakan..terbaik utk diri dan hidup kita..

then diari menjadi saksi perjuangan hidup kita..dan biler kita dah melepasi saat yg pergi tak kembali tue..dan biler kita baca balik diari tue..

confirm kita senyum dan berfikir sendiri..coretan yang sedikit sebanyak telah mencorakkan perjalanan hidup kita dengan warna-warna kehidupan..

then kalau kita baca diari yg lepas2 dan kita melakukan perkara/masalah yang sama seharusnya diari mcm bagi peringatan bahawa kita pernah mengalami dan kita akan cuba utk tidak mengulangi lagi problem yg sama..

dan bila diari dicoretkan dengan perkara yang manis,tue jadi mcm peransang kehidupan kita supaya sentiasa ada motivasi..

dan diari juga boleh jadi tempat kita meluahkan perasaan pada seseorang yang yg dekat dihati kita tapi kita tak mampu bercerita or luahkannya..dan barangkali bakal jadi tatapan si dia di saat kita tidak lagi bersama dengannya atau dia tidak memiliki kita…wah citer sedih la plak

so jom tulis diari!!

p/s saya pun nak sambung tulis diari yg dah tertunggak seminggu nie..huhu

Dec 16, 2009 Posted in aura serisingle minda bawah sedarsingle positive mindsingle prof dato' dr ibrahimsingle tips irfan khairisingle website by norli

minda kaya vs minda miskin by Dr Irfan Khairi

Artikel Pilihan: Minda Kaya vs Minda Miskin
Oleh: Irfan Khairi


 
Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.
 
Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.
 
Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
 

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.
 
Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.
 
Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!”
 
Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa  yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!
 
 
Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan


Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.
 
Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.
 
Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.
 
Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.
 
Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”
 
Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!
 
Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!
 
 
Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain
 
 Pepatah Mat Salleh berbunyi “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys”.
 
Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!
 
Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.
 
Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!
 
Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.
 
Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja… fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik”. Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif”. Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?
 
Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.
 
Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.
 
Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!
 
Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

Dec 9, 2009 Posted in aura serisingle bisnessingle memorysingle motivasisingle pelaburansingle positive mindsingle prof dato' dr ibrahim by norli

kursus millionaire mind power

salam semua..nak kongsi aper saya buat last week

saya start beli buku yg berkenaan dengan kuasa minda

IMAG0225

saya baca dan dapat pengetahuan serba sedikit pasal kuasa minda nie..so kalau datang kursus pun tak la nganga je kan

sebab pada hari sabtu saya pergi ke kursus di s.alam bersama Prof Dato’ Dr. Ibrahim

dari pagi sampai ke malam..so saya cuba berubah untuk jadi orang yang sentiasa positif

dan amalkan ilmu yang dipelajari

step by step dan untuk 3-4 hari nie ade rasa lain sikit la..

contohnya,saya teringin kereta honda civic baru so sekarang depan mata asyik2 nampak keta honda

best2..dan doakan saya dapat keta idaman saya tue

dan lepas nie saya dah listkan semua impian saya dan fokus kepada cara nak capai semuanya

akhir kata..kita kena fokus pada cara untuk carik peluang/wang dari fokus pasal utang

coz biler pikir byk sangat pasal utang..minda bawah sedar kita akan tarik utang kepada kita..

tapi kalau kita pikir peluang/wang..minda bawah sedar kita akan tarik/carik peluang itu..

so sama2 kita berusaha ye??

owh ye..mlm nie saya hadiri kenduri doa selamat untuk pelancaran cawangan melawati yakni company yang saya join untuk wang pos

nnt saya update gambar di sana ye??

dan nie sijil saya dapat dari kursus yang saya hadiri..best

IMAG0226

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes