RSS
 

Posts Tagged ‘facebook’

kenapa sesetengah berjaya,yang lain tidak??

30 Jul

 

soalan ini telah menjadi soalan misteri sejak manusia merasa tidak puas tinggal di gua dan cuba mencari cara untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. mungkin perbandingan berikut adalah di antara CIRI-CIRI orang yang GAGAL dan orang yang BERJAYA.

orang BERJAYA- mengetahui dengan jelas apa yang diingini,mempunyai rancangan untuk mendapatkannya,mempercayai kemampuan diri dalam usaha mendapatkannya dan meluangkan sebahagian besar daripada masanya bagi mendapatkan apa yang diingininya itu.

orang GAGAL-tidak mempunyai matlamat tetap di dalam kehidupan,mempercayai bahawa semua kejayaan adalah hasil daripada ‘tuah’ dan bergerak melakukan inisiatif hanya setelah dipaksa.

orang yang BERJAYA-adalah seorang jurujual hebat yang telah mempelajari seni mempengaruhi orang lain untuk bekerjasama dengan semangat persahabatan untuk melaksanakan segala perancangan dan matlamatnya.

orang yang GAGAL- menemui kesalahan pada orang lain,melakukan hal sendiri untuk membiarkan orang lain tahu tentang sifat-sifat kritikalnya.

orang BERJAYA- berfikir dahulu sebelum bercakap. dia mempertimbangkan kata-katanya dengan berhati-hati.menekan kan rasa senangnya berhubungan dengan orang ramai,meminimakan rasa kurang senangnya atau tidak menyebutnya sama sekali.

orang GAGAL- bercakap dahulu sebelum berfikir.kata-katanya hanya membawa kepada kekesalan dan memalukan.dia tidak dapat keuntungan kerana rasa geram diluahkan oleh orang lain.

orang yang BERJAYA- meluahkan pendapat hanya selepas dia benar-benar mempunyai maklumat supaya dia dapat melaksanakannya dengan baik.

orang GAGAL- memberikan sedikit pandangan tentang sesuatu subjek yang dia sendiri mempunyai sedikit pengetahuan atau tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

orang yang BERJAYA-merancang masa,pendapatan dan perbelanjaan.Hidup dalam lingkungan kemampuannya.

orang GAGAL-membazirkan masa dan pendapatan dengan tidak menghiraukan nilainya.

orang BERJAYA- mempunyai minat yang mendalam terhadap orang lain terutamanya mereka yang mempunyai persamaan dengannya dan mengeratkan hubungan persahabatan dengan mereka.

orang GAGAL- mengeratkan hubungan dengan mereka hanya untuk mendapatkan sesuatu.

orang BERJAYA- berfikiran terbuka dan tolenrasi kepada semua perkara,terhadap semua orang.

orang GAGAL- berfikiran tertutup,tidak toleran yang membuatkannya tidak mengenali peluang yang baik dan kerjasama persahabatan dengan orang lain.

orang BERJAYA- mengikuti aliran masa dan menjadikannya satu tanggungjawab yang mustahak mengetahui perkembangan yang berlaku,bukan hanya setakat perniagaan, pekerjaan atau masyarakatnya sendiri bahkan seluruh dunia.

orang GAGAL- memberatkan diri hanya dengan keperluan jangka pendek,mendapatkannya melalui apa cara sekalipun-benar atau salah.

orang BERJAYA- menetapkan akal fikiran dan pandangan tentang kehidupan secara positif sepanjang masa. menyedari bahawa ruang yang didudukinya di dunia ini dan kejayaan yang dinikmatinya bergantung kepada kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang diberikannya. menjadikan suatu tabiat memberikan lebih banyak perkhidmatan berbanding membuat janji.

orang GAGAL-mencari ‘sesuatu yang tiada’ atau sesuatu yang tidak dapat dimiliki. apabila gagal mendapatkannya,dia menyalahkan dan menuduh orang lain sebagai tamak.

orang BERJAYA- menghormati tuhan sepenuhnya dan meluahkannya dengan kerap dengan sembahyang dan amalan berbuat kebaikan kepada orang lain.

orang GAGAL- tidak mempercayai apa-apa kecuali nafsu keinginan sendiri terhadap makanan,perlindungan dan mendapatkannya melalui keringat orang lain, bila dan di mana sahaja dia boleh melakukannya.

walau apa pun, terdapat satu perbezaan besar di dlam perkataan dan perbuatan orang yang berjaya dengan orang yang gagal.

akan tetapi setiap orang itu menjadi dirinya sendiri dan dimana dia berada kerana disebabkan oleh sikap mentalnya terhadap diri nya sendiri dan orang lain

sumber dari: buku kejayaan tanpa had (Napoleon Hill)

 

 

 

despicable me

22 Jul

salam semua…semoga melalui hari yang bahagia

okla,semalam saya selepas abis melawat kawan ni spital (hope cepat sihat dan cepat balik) saya telah meluangkan masa untuk tengok wayang..macam Master Reiki saya selalu cakap..buat ape yang buat saya happy..

last tengok wayang pun citer budak setan hari tue..then sebab tgk hari rabu..ada diskaun tau..citer kartun despicable me..(saya memang suka tengok kartun) dan harga tiket lak cuma rm5,berbaloi-baloi

then terlambat ckit masuk (lambat 10minit sebab makan dulu before masuk..lapar) heheheh

then masuk2 je citer dah start,so layan je..masa tengok memang layan la..siap gelak2..sorang2 sebab wayang nie tak ramai orang pun tapi tak kisah pun sebab i’m enjoyed with myself..

okla,berbalik pada citer kartun tue..walaupun citer pasal orang jahat..tapi kita nilai dari aspek positif ok..dan saya akan huraikan cikit la kat sini..apa yang saya nampak dan faham (saya suka menilai??…tak jugak )

first sekali saya nampak seseorang yang mempunyai PASSION yang tinggi..Mr GRU

yang dari kecik bercita-cita nak pergi ke bulan…tapi sering dipandang rendah oleh mak dia (jangan amalkan ye sikap nie..tak baik) patut kita galakkan anak tau

tapi Mr Gru seorang yang bermotivasi,YAKIN pada diri sendiri..tak peduli la ape yg mak dia cakap..jenis yg ade POSITIVE attitude..walaupun dia pilih jadi penjahat (sebenarnya dia tak jahat cuma kurang kasih sayang)

dan bila dah ader PASSION yang tinggi,akan sentiasa bersemangat waja untuk dapatkan apa yang dia nak walaupun ada macam-macam halangan..selalu VISUALIZE yang dia nak jugak dapatkan bulan..

pastu bila dia ade idea nak ‘curi’ shrinker tue dari Vector dengan pakai anak2 yatim tue..kat situla boleh nampak dia sukar nak luahkan kasih sayang..sebab didikan awal dari mak dia tapi dia masih punya hati dan perasaan

anak-anak tue yang ajar dia erti hidup yang lebih bermakna..dengan bergembira dan kembali tersenyum semasa naik roller coaster tue (best macam saya lak yg naik roller coaster tue) heheheh

dan betul jugak la ckp kwn Mr Gru,dia ada mission yang penting iaitu curi bulan dan anak-anak tue jadi DISTRACTION pada dia..tapi dia tahu cmner nak hadapi..so kita dalam hidup nie pun perlu tahu ZONE mana yang kita perlu FOKUS dan yang mana untuk capai PURPOSE hidup yang kita dah set kan..

dan bila mission tue dah tercapai,Mr Gru tetap setelkan janji yang dia pegang dengan anak2 tue..walaupun terlambat..

dan scene dia nak g selamatkan anak2 tue memang best..yela,kita sanggup berkorban apa saja untuk orang kesayangan kita tapi paling penting bila orang tue juga menghargai pengorbanan kita..kalau tidak,asyik one way je yg berkorban tapi yang lain wat derk je..kita yang pedih beb oppsss

ok la,walaupun citer nie dah boleh download pakai torrent saya tetap nak g tengok jugak dengan kawan baik saya..tapi yang 3D punya (1st time seh) heheheh…

lastly enjoy a bit scene from despicable me…

 

cinta kasih sayang hati

04 Jun

CINTA: (sebelum kahwin)

C = cubit kiri, kanan rasa.

I = impian indah ibarat syurga.

N = nikah impian utama.

T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)

C = cuka yang dituang pada luka.

I = iblis yang merosak minda.

N = nafsu semata-mata.

T = tuba yang dibalas semula.

A = api dalam neraka.

KASIH : (sebelum kahwin)

K = kongsi semua suka duka.

A = abang adik, ayang anja.

S = sumpah janji di bibir sentiasa.

I = istana bahagia dah dicipta.

H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K = kaki tangan naik kat kepala.

A = abuk pun tara, nak makan apa??

S = simpati langsung tak ada.

I = ironi membakar jiwa.

H = hidup mati sama je.

SAYANG : (sebelum kahwin)

S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!

A = asal free mesti nak jumpa.

Y = you lap me, I lap you!

A = apa saja sanggup diduga.

N = nak itu, nak ini… mesti dapat.

G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)

S = salah sikit kiamat dunia.

A = air tak sedap, basahlah mata.

Y = yang betul dia je.

A = ada takde, bagi anak reti la.

N = nak dilawan, digelar derhaka.

G = gaduh sampai lebam.

HATI : (sebelum kahwin)

H = hanya dikau yang daku cinta.

A = air paip pun manis macam gula.

T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.

I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)

H = hantu jembalang lagi sempurna.

A = air mata jadi teman setia.

T = tempat mengadu dah tak ada.

I = ikut hati mati, ikut rasa binasa…

kredit kepada ungu violet sebab saya copy dari notes dia di FB thanks

p/s tapi saya tak nafikan ada juga lelaki/husband yang baik…yang pernah saya kenal seumur hidup saya nie

 

JOM AMALKAN 7 TABIAT ORANG BERJAYA SEKARANG!

28 Feb

 

salam semua..untuk akhiri hari terakhir di bulan 2 nie,saya cilok dari blog kegemaran saya sekarang

www.paripariduit.blogspot.com

blog yang menarik dan bermotivasi

dan jika serius dan berminat untuk ketahui program i-rich 696 yang

boleh menjana pendapatan sambil membantu anda capai impian anda(langsaikan hutang,beli keta idaman,cukupkan duit nak kawin,antar parents g haji dll)

boleh sms <nama><lokasi> di 0172323369/0162521696 

AMALAN 7 TABIAT ORANG BERJAYA

Setiap bab menceritakan tentang satu tabiat seperti berikut:

1. Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. Mula dengan wawasan di dalam minda.
Bina wawasan berdasarkan prinsip “utara-benar”. Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3. Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian (solutions) yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian (solutions) yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan (group) mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

dan saya suka kata-kata hikmah nie..

“WHAT EVER YOU DO,DO THE BEST”

“WHAT EVER YOU BE,BE THE BEST’

P/S nantikan kemunculan saya di blog www.paripariduit.blogspot.com tau

 

the secret FB wat duit masyuk

18 Feb

salam semua..best sgt la time boleh cuti..boleh lepak kat umah..kemas umah tido makan hehe

sebab tue kalau dapat cuti,akan dimanfaatkan sepenuhnya..semua urusan yg tertunggak dan tertangguh cuba diselesaikan

then kat sini saya cuba abiskan jugak buku terbaru saya untuk bulan februari nie..lambat ckit beli hehe

jeng..jeng jeng macam The secret tapi versi Islamik punya..saya baru beli 15 februari hari tue..hanya rm15.90

dan bertekad nak abiskan hari nie..esok keja malam so cuti agak panjang gak la.hehe..

kalau ader yg sgt berminat dgn The Secret( Rhonda Bryne) tue boleh baca buku nie jgk coz dia kupas dari sudut Islam(spesifik) dan sebab Rhonda  tue hanya pada sudut universal(general)..supaya kita berada pada landasan yg betul..berpegang pada ajaran Islam untuk mengejar aper yg kita inginkan dalam hidup yg singkat nie..

petikan dari buku ini “saya bukanlah seorang yang arif dalam ilmu agama tetapi saya adalah seorang murid yg selalu ingin terus belajar.saya mengkaji dan berfikir agar mampu mengaplikasikan tulisan ini dalam kehidupan. Insya Allah dengan cinta Tuhan, kita mampu mencapai kesedaran hakiki iaitu mengenal Rahsia Sejati”

buku nie mmg murah berbanding The Secret sendiri yg berharga rm79.70 dan shoping kat MPH online pn boleh..hehe tapi saya download free je ebook dgn dvd the ssecret tue..

tapi isi dalam nyer amat dekat dengan kita sebab buku nie membantu kita mengenal pencipta kita,Allah swt

then memandangkan saya tengah bermotivasi nie..saya juga menjemput anda,kawan blog saya join saya

wat duit kt FaceBook..walaupun ada perdebatan yg agak hangit pasal benda nie..tapi bergantung kepada niat masing2..

saya niat nak belajar,tambahkan ilmu pengetahuan di dada yg sentiasa tak cukup,merapatkan silaturrahim dan menjana pendapatan pasif hanya dari rumah..besh2 !! hehe

so jom baca buku yg saya suggestkan dan join FB saya..yeyeayay!!

add me: norli razali

 

facebook symbols and chat emoticons

27 Nov

salam semua..selamat hari raya aidiladha

so semua nya dah berkorban la hari nie??tak kisah la korban ape pun asal ape yang penting niat tue ye

saya pun dah pulang berhari raya..ade makan rendang,ketupat,lemang je la hari nie..

tue pun tak sempat gak nak tolong mak wat semua tue..tapi nasib baik ader adik2 lelaki saya yang dah balik umah awal..

tapi giler jammed la semalam..ABA pun mengamuk so saya kena stay kat umah kawan saya dulu..

sempat kena migrain and kena rehat dulu sebelum memandu pulang ke kampung halaman..

ceh,macam la jauh sgt umah saya

so berbalik pada entri nie..

saya nak kongsi setelah saya godek dan jalan-jalan carik pasal di google

cara nak masukkan segala simbol facebook nie untuk memeriahkan lagi status anda

copy ajer simbol nie dan tepek di facebook

contoh simbol yang sempat saya cilok

p/s kalau xcukup gak xtau la saya

¢ – cent
£ – pound
¤ – currency
¥ – yen
€ – euro sign
§ – section
© – copyright
® – registered trademark
™ – trademark
° – degree – e.g. 45°
¹ – superscript 1
² – superscript 2
³ – superscript 3
· – middle dot
¸ – spacing cedilla
¼ – fraction 1/4
½ – fraction 1/2
¾ – fraction 3/4
¿ – inverted question mark
× – multiplication
÷ – division
• – bullet = black small circle

boleh juga tgk kat sini untuk full list of symbols

dan facebook chat emoticon supaya chat anda lebih gempak

kalau nak tengok emoticons chat nie..tgk kat sini

semoga terhibur ye..

Norli Razali

Create Your Badge

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes