RSS
 

Posts Tagged ‘buku’

kenapa sesetengah berjaya,yang lain tidak??

30 Jul

 

soalan ini telah menjadi soalan misteri sejak manusia merasa tidak puas tinggal di gua dan cuba mencari cara untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. mungkin perbandingan berikut adalah di antara CIRI-CIRI orang yang GAGAL dan orang yang BERJAYA.

orang BERJAYA- mengetahui dengan jelas apa yang diingini,mempunyai rancangan untuk mendapatkannya,mempercayai kemampuan diri dalam usaha mendapatkannya dan meluangkan sebahagian besar daripada masanya bagi mendapatkan apa yang diingininya itu.

orang GAGAL-tidak mempunyai matlamat tetap di dalam kehidupan,mempercayai bahawa semua kejayaan adalah hasil daripada ‘tuah’ dan bergerak melakukan inisiatif hanya setelah dipaksa.

orang yang BERJAYA-adalah seorang jurujual hebat yang telah mempelajari seni mempengaruhi orang lain untuk bekerjasama dengan semangat persahabatan untuk melaksanakan segala perancangan dan matlamatnya.

orang yang GAGAL- menemui kesalahan pada orang lain,melakukan hal sendiri untuk membiarkan orang lain tahu tentang sifat-sifat kritikalnya.

orang BERJAYA- berfikir dahulu sebelum bercakap. dia mempertimbangkan kata-katanya dengan berhati-hati.menekan kan rasa senangnya berhubungan dengan orang ramai,meminimakan rasa kurang senangnya atau tidak menyebutnya sama sekali.

orang GAGAL- bercakap dahulu sebelum berfikir.kata-katanya hanya membawa kepada kekesalan dan memalukan.dia tidak dapat keuntungan kerana rasa geram diluahkan oleh orang lain.

orang yang BERJAYA- meluahkan pendapat hanya selepas dia benar-benar mempunyai maklumat supaya dia dapat melaksanakannya dengan baik.

orang GAGAL- memberikan sedikit pandangan tentang sesuatu subjek yang dia sendiri mempunyai sedikit pengetahuan atau tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

orang yang BERJAYA-merancang masa,pendapatan dan perbelanjaan.Hidup dalam lingkungan kemampuannya.

orang GAGAL-membazirkan masa dan pendapatan dengan tidak menghiraukan nilainya.

orang BERJAYA- mempunyai minat yang mendalam terhadap orang lain terutamanya mereka yang mempunyai persamaan dengannya dan mengeratkan hubungan persahabatan dengan mereka.

orang GAGAL- mengeratkan hubungan dengan mereka hanya untuk mendapatkan sesuatu.

orang BERJAYA- berfikiran terbuka dan tolenrasi kepada semua perkara,terhadap semua orang.

orang GAGAL- berfikiran tertutup,tidak toleran yang membuatkannya tidak mengenali peluang yang baik dan kerjasama persahabatan dengan orang lain.

orang BERJAYA- mengikuti aliran masa dan menjadikannya satu tanggungjawab yang mustahak mengetahui perkembangan yang berlaku,bukan hanya setakat perniagaan, pekerjaan atau masyarakatnya sendiri bahkan seluruh dunia.

orang GAGAL- memberatkan diri hanya dengan keperluan jangka pendek,mendapatkannya melalui apa cara sekalipun-benar atau salah.

orang BERJAYA- menetapkan akal fikiran dan pandangan tentang kehidupan secara positif sepanjang masa. menyedari bahawa ruang yang didudukinya di dunia ini dan kejayaan yang dinikmatinya bergantung kepada kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang diberikannya. menjadikan suatu tabiat memberikan lebih banyak perkhidmatan berbanding membuat janji.

orang GAGAL-mencari ‘sesuatu yang tiada’ atau sesuatu yang tidak dapat dimiliki. apabila gagal mendapatkannya,dia menyalahkan dan menuduh orang lain sebagai tamak.

orang BERJAYA- menghormati tuhan sepenuhnya dan meluahkannya dengan kerap dengan sembahyang dan amalan berbuat kebaikan kepada orang lain.

orang GAGAL- tidak mempercayai apa-apa kecuali nafsu keinginan sendiri terhadap makanan,perlindungan dan mendapatkannya melalui keringat orang lain, bila dan di mana sahaja dia boleh melakukannya.

walau apa pun, terdapat satu perbezaan besar di dlam perkataan dan perbuatan orang yang berjaya dengan orang yang gagal.

akan tetapi setiap orang itu menjadi dirinya sendiri dan dimana dia berada kerana disebabkan oleh sikap mentalnya terhadap diri nya sendiri dan orang lain

sumber dari: buku kejayaan tanpa had (Napoleon Hill)

 

 

 

jangan bersedih-penyakit jiwa manusia (part 1)

03 Jun

salam semua..saya tengah bercuti dan bercadang nak merelakskan diri tengok citer lagenda Anak setan

novel klasik yang pertama saya baca..dan saya bukan kaki baca novel sebenarnya pun..tapi tak tau naper citer nie betul2 buat saya tertarik…dan kalau dah baca novel..mesti teringin nak tgk kalau difilemkan

ala,macam citer harry porter dengan twilight la..

kalau dah bosan sgt ingat nak buat movie marathon plak heheheheh..nie iklan movie yg bakal saya tengok

ok2 berbalik pada tajuk entri..bukan saya nak citer pasal movie nie..sbb hari tue lagi saya dah bgtau saya nak g tgk

tapi saya nak citer pasal buku+CD yang saya beli semasa shoping minggu lepas..

kebetulan lepas saya abis beli barang dan buat IC,saya lunch di jalan TAR then ade minah nie datang dengan buku2 dakwah..

dan saya beli buku+CD sebab saya suka ilmu dan pada masa yang sama saya bantu minah tue..panas2 jual buku dakwah..saya doakan banyak pahala dia

saya beli 2 buku..jgn bersedih-zikir munajat tue ada dpt 1 cd yg boleh pasang dalam kereta..i like! harga cuma rm10

then tafsir surah yassin lak ada buku dan 2 cd..pun harga rm10..penceramah dia Dr Fatma ElZahra yang orang arab tapi duk lama kat m’sia nie..minat dengar dia cakap..saya selalu senyum sorang2 dengar CD dia

then kat sini saya nak kongsi apa yg saya baca dalam buku jangan bersedih tue..mengenai penyakit jiwa manusia

cuma kali nie saya sebut 4 je dulu..lagi 3 sambung lain kali

ok la Rasulullah saw penah sebut pasal 8 penyakit nie iaitu

1. al-ham,humum (keresahan,gelisah)

2. al-hazan ( dukacita,sedih)

beza antara keduanya ialah keresahan apabila manusia resah menunggu sesuatu yang belum berlaku..dan dukacita ke atas sesuatu yang telah berlaku

contoh seorang student tunggu result periksa…dia resah,tak sure apa keputusannya….dan apabila dapat result.keputusannya gagal…dia berdukacita

3. al-’ajz (lemah)

4. al-kasl (malas)

sifat lemah,malas nie la yang banyak membelenggu manusia supaya jadi tak produktif,tak boleh diharap untuk diberi tanggungjawab.

sentiasa ada alasan untuk melakukan perkara dan tiada upaya untuk melakukan sesuatu..so jauhi sifat malas..

jika nak hilangkan kegelisahan,dukacita..banyakkan berdoa pada Allah minta hati diberi kesabaran dan mampu menahan dugaan..jangan hanya berdoa tapi tak laksanakan suruhan Allah..Allah tak akan beri dugaan yang tak mampu kita hadapi..kerana Allah lebih mengenali diri kita..jika Allah beri dugaan yang kuat kerana Allah tahu kita mampu hadapi dan atasi..hanya YAKIN pada Allah dan diri sendiri…Amin

renung2kan dan selamat beramal

 

Doa dari Al-Quran Rahsia Terunggul

01 Mar

salam semua..selamat menyambut maulidur Rasul..dan tahniah juga pada kawan baik saya Nurulhuda Samsudin yang menyambut kelahiran bayi lelaki pertama pada hari yang sama(26/02/2010)..nama dah ader tapi tak confirm lagi..

so nie la pic baby prinze..ensem

okla,sekarang dah masuk bulan ke 3 untuk tahun 2010..cmner dengan matlamat,azam anda?berjalan seperti yang dirancang,tersekat di tengah jalan atau tak mula pun lagi?

kat sini saya pun nak petik kata2 mentor dari I-RICH tentang tips2 bagaimana untuk berjaya denganMUDAH dan CEPAT..

“Jawapannya kerana mereka tidak fokus apa yang dikehendaki. Bila berdepan dengan sedikit halangan & kepayahan, mereka berhenti! Tips yang paling senang, Senaraikan APA YANG KITA MAHU & tanya semula yang mana BENAR2 KITA MAHU DULU. Dah PASTI, kita TETAPKAN MATLAMAT TERSEBUT & tuliskan DATE LINEnya. Kemudian kita FOKUS & gunakan SPEED dalam TIME-FRAME!

Mulai hari ini, Buat MATLAMAT JELAS & bekerja ke arah matlamat tersebut & JANGAN BERHENTI selagi matlamat belum tercapai. Untuk berjaya, berdoa, berusaha, istiqamah & tawakal pada Allah SWT. Amri selalu berpesan pada rakan2 supaya “BELIEVE” pada potensi diri & keluarkan KEHEBATAN DIRI, BERANI & LAWAN DIRI DARI DIKUASAI NEGATIF. VISUALISEKAN MATLAMAT ANDA! Pastikan kita sentiasa bersama & bergaul dengan orang2 positif untuk kekalkan aura positif yang konsisten. Bekerjalah dalam SATU PASUKAN, carilah ILMU dari MENTOR2 hebat yang sentiasa bersedia membimbing & bacalah buku2 yang berkaitan”
“SUCCESS BY DESIGN & THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET”
-BY Mentor Amri @I-RICH-
p/s dah tengok gambar saya di blog nie??
then saya juga nak berkongsi doa yang saya perolehi bila membaca buku Al-Quran Rahsia Terunggul yang saya ada sebut di entri yang lepas..

Bacalah doa ini untuk anda setiap pagi

Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajar kepadaku sebahagian tabir mimpi.(Ya Tuhan),Pencipta langit dan bumi. Engkaulah di dunia dan akhirat,wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku bersama orang-orang yang soleh. (QS,12:101)

Ya Tuhanku,masukkanlah aku ke jalan yang benar dan keluarkanlah aku dengan cara yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong (QS,17:80)

Ya Tuhanku,lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku(QS,20:25-27)

Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik. (QS,21:89)

Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat(QS,23:29)

Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan, Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku. (QS,23:97-98 )

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan jadikanlah aku tutur kata yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan. (QS,26:83-85)

Bacalah doa ini untuk orang lain setiap hari setelah solat asar dan bacalah meskipun berada di tempat parking,di bas,di pejabat.

Wahai Tuhanku.kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil (QS,17:24)

Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segalanya, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksa neraka yang menyala-nyala, Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa mereka,isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.(QS,40:7-9)

Bacalah doa ini untuk kita semua setiap hari setelah solat maghrib atau Isya

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat. (QS,1:6-7)

Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (QS,2:127)

Ya Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka. (QS,2:250)

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Berikan kemaafan kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (QS,2:286)

Ya Tuhan kami,janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah maha pemberi (kurnia). (QS,3:8 )

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar(seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami san wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji (QS,3:193-194)

Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu) (QS,7:126)

Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang Paling Baik. (QS,23:109)

Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan kekal. (QS,25:65)

Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalanya. (QS,66:8 )

p/s digalakkan juga anda semua beli buku nie..Al-Quran Rahsia Terunggul di pasaran

 

tahun 2010

01 Jan

selamat tahun baru semua..dan kepada yang bekerja,sila ikhlaskan diri ye

macam saya

so saya berdoa tahun nie diberi permulaan yg baik..lebih baik dari tahun2 sebelumnya

dan untuk itu saya telah membeli satu akuarium yg cute dan juga ikan laga yg diberi nama BUBBLY

p/s saya mmg tak pandai pilih nama utk pets..

sebab nama tue dipilih sebab ikan laga tue suka wat bubble and gabung dengan nama saya..

soo sweet kan??hahah..perasan

akuarium nie utk tmbah elemen air di rumah sewa saya..sebab kat umah kampung dah ader akuarium+ikan puyu

dan kenapa saya pilih ikan laga??sebab orang kedai tue cakap ikan nie senang jaga..2hari tak bagi makan pun xper

tapi saya tak la kejam gitu kan??hihi

dan ikan laga nie pun lebih kurang macam saya..walaupun kecik tapi jiwa nya kental..

berjuang(berlaga) sehingga ke akhirnya..tapi senang jaga,berdikari

then di pagi hari saya dapat call dari bestie saya dari zaman sekolah2..

anim yg bakal bertunang..anim,congrats dan happy besday

happy for you..so aku xder alasan nak ngelak kalau ader orang tnya..xper2 aku carik orang lain lak..

ayat biasa kalau kawan2 tnya,tunggu anim kawin dulu baru aku kawin…hakhak

dan sempena hari baik nie saya telah membeli buku untuk bulan nie iaitu

buku nie tebalnya 500 muka surat so cukup sebulan la saya nak membaca nya

dan azam tahun baru nak buat diari jugak dan dengan suka citanya agen prudential saya dah bagi free diari 2010

so mmg kena laksanakan la azam nie..heheh

thanks En.Aji..

p/s merah menyala gitu..I like

so HAPPY NEW YEAR EVERYBODY!!!

 

baca buku untuk jadi jutawan

04 Feb

 

salam semua..saya ade beli buku baru daripada Rosli Jamal untuk bukak biz internet..banyak jugak tips yang berguna boleh diaplikasikan pada para newbie yang berjinak2 untuk jadi internet marketer nie..hihi

www.norlirazali.com

so memandangkan saya bercuti semalam so baru la dapat menghabiskan buku nie..banyak jugak tips berguna..yela,beliau dah pun berjaya jadi jutawan internet..so kita yang baru menceburkan diri nie harus ikut cakap/tips/jejak langkah org yang sudah menjadi jutawan nie..mcm kata orang2 veteran untuk berjaya kena ikut apa yang orang berjaya dah lakukan..kiranya lakukan duplikasi sahaja..dan harus sentiasa ade passion dalam apa jua yang kita ceburi..betul x??

salam jutawan semua

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes