RSS
 

Posts Tagged ‘berita’

alasan berbohong….bukan tanpa sebab???

23 Oct

salam semua..artikel yang menarik untuk dikongsi

dan secara personal..saya juga tidak suka orang berbohong+saya tak pandai berbohong jugak

dan saya lebih suka orang berterus terang walaupun kebenaran ternyata menyakitkan

tapi lebih menyakitkan dan merobek hati jika kita ditipu dan dapat tahu dari orang lain…senang citer kantoi la

so artikel nie untuk gurl..but still boleh diguna pakai untuk guy jugak tau

so moral of the story..xmau tipu..nnt ader orang tawar hati

dari kosmo online

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta. – Gambar hiasan


6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

 

earth hour

20 Mar

 

salam semua…saya bercuti selepas kerja malam nie..saya dapat cuti weekend sebab kawan sekolah rendah saya..kawan sekerja saya jugak nak kawin..

hihi..musim kawin eh..besh2..amik berkat..

okla,berkenaan entri di atas..penah tengok iklan earth hour nie kat TV??

yg angkasawan negara,Datuk Sheikh Muzaffar dengan Alex Yoong berlumba-lumba ngaku saper paling laju..macam budak kecik jer..huhu

saya pun xberaper tahu sangat pasal earth hour nie..untuk mengurangkan pemanasan global dan kita sama2 lah menyokong kempen ini dengan menutup lampu dan semua bekalan elektrik selama sejam pada 28 mac 2009 bermula 8.30pm-9.30pm

kalau ader apa2 kemusykilan sila lawati laman web di sini 

earth hour 2008 Pictures, Images and Photos

 
 

rampas HP

18 Mar

salam dan selamat pagi semua..kalau anda di area KL..syok tido time ujan nie..pasti liat nak bangun g keja kan??hihi…saya keja malam hari nie…

so saya bangun awal..so tajuk paling best masa siaran berita ialah penguatkuasaan serta-merta larangan menggunakan telefon bimbit di kawasan sekolah..

Handphone Pictures, Images and Photos

nak tau kenapa best??sebab saya sokong langkah ini..dulu memang dah ader larangan ini tapi hanya dipandang enteng..so sejak banyaknya berlaku pergaduhan dan pertelingkahan berkenaan kehilangan HP di kawasan sekolah,penyebaran bahan yang bukan-bukan semasa di sekolah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru displin berhak merampas HP dan hanya ibu bapa boleh tuntut balik HP tue..boleh gunakan telefon awam atau telefon pejabat semasa kecemasan..

kalau ader bantahan mengenai larangan ini..sila kemukakan..sebab memang saya akui banyak masalah berlaku di kalangan pelajar sekolah sekarang bila terlalu terdedah dengan teknologi terkini..dulu-dulu tiada HP pun pelajar boleh belajar dengan aman..tapi sekolah pun perlu pastikan telefon awam berfungsi dengan baik sebab kebanyakan telefon sekarang dah hancur dek vandalisme..huhu

kalau ibu bapa cakap susah nak contact anak mereka sebenarnya berbalik pada didikan..kalau ibu bapa percaya dan anak pandai bawa diri..saya percaya tiada masalah akan timbul..entahla,itu pendapat saya je ok..huhu lepas sekolah boleh jer budak2 nie nak pkai HP tapi bataskan penggunaan semasa di sekolah..so saya harap dapat sokongan ibu bapa mengenai larangan ini..

saya teringat plak zaman2 saya sekolah berasrama di kajang dulu..ader public telefon yang pakai ring-ring kad..huhu best la kalau gayut sebab parents yg belikan..hehe sekarang ring-ring kad dah convert jadi iTalk gitu…ikut peredaran zaman la beb..haha..dulu-dulu kan mana ader HP so memang perlukan public phone/telefon awam untuk menghubungi keluarga dan sebagainya…tapi elok jer rasanya belajar..kalau ader pun HP memang mengganggu sebab sibuk layan SMS dari sibuk baca buku

pastu di sekolah saya yang nun jauh di ceruk rantau tue..ader public phone yg boleh terima call in tapi area kat Dewan Selera so terbatas la nak bergayut lama-lama hahah pastu ader satu public phone yang special..nak tau naper??sebab boleh guna seposen jer untuk call jauh2 macam johor,kedah,kelantan selama mana yang anda suka..tapi kalau call area selangor,kuala lumpur,negeri sembilan..charge macam biasa..pelik kan?xtau sape yg setup public tue mcm tue..

Public Phone Pictures, Images and Photos

so public phone tue menjadi pujaan ramai..ramai yang ‘chop’ before g prep atau lepas ‘prep’..pelanggan setia plak semestinya student yg duk jauh macam kelantan dan johor..jimat giler beb..dah la best cakap lama-lama..kalau lambat ‘chop’ confirm queue panjang giler..so sorang kalau nak cakap pun paling kurang 1/2 jam la..haha..

so saya raser pasti guru displin tengah wat spot check nak merampas HP budak2 nie..ayiok!! haha…

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes