Tags: , , , ,
Mar 1, 2010 Posted in beritasingle bisnessingle bukusingle facebooksingle kuasa mindasingle metafiziksingle minda bawah sedarsingle motivasisingle online businesssingle online marketingsingle pelaburansingle positive mindsingle tipssingle website by norli

Doa dari Al-Quran Rahsia Terunggul

salam semua..selamat menyambut maulidur Rasul..dan tahniah juga pada kawan baik saya Nurulhuda Samsudin yang menyambut kelahiran bayi lelaki pertama pada hari yang sama(26/02/2010)..nama dah ader tapi tak confirm lagi..

so nie la pic baby prinze..ensem

okla,sekarang dah masuk bulan ke 3 untuk tahun 2010..cmner dengan matlamat,azam anda?berjalan seperti yang dirancang,tersekat di tengah jalan atau tak mula pun lagi?

kat sini saya pun nak petik kata2 mentor dari I-RICH tentang tips2 bagaimana untuk berjaya denganMUDAH dan CEPAT..

“Jawapannya kerana mereka tidak fokus apa yang dikehendaki. Bila berdepan dengan sedikit halangan & kepayahan, mereka berhenti! Tips yang paling senang, Senaraikan APA YANG KITA MAHU & tanya semula yang mana BENAR2 KITA MAHU DULU. Dah PASTI, kita TETAPKAN MATLAMAT TERSEBUT & tuliskan DATE LINEnya. Kemudian kita FOKUS & gunakan SPEED dalam TIME-FRAME!

Mulai hari ini, Buat MATLAMAT JELAS & bekerja ke arah matlamat tersebut & JANGAN BERHENTI selagi matlamat belum tercapai. Untuk berjaya, berdoa, berusaha, istiqamah & tawakal pada Allah SWT. Amri selalu berpesan pada rakan2 supaya “BELIEVE” pada potensi diri & keluarkan KEHEBATAN DIRI, BERANI & LAWAN DIRI DARI DIKUASAI NEGATIF. VISUALISEKAN MATLAMAT ANDA! Pastikan kita sentiasa bersama & bergaul dengan orang2 positif untuk kekalkan aura positif yang konsisten. Bekerjalah dalam SATU PASUKAN, carilah ILMU dari MENTOR2 hebat yang sentiasa bersedia membimbing & bacalah buku2 yang berkaitan”
“SUCCESS BY DESIGN & THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET”
-BY Mentor Amri @I-RICH-
p/s dah tengok gambar saya di blog nie??
then saya juga nak berkongsi doa yang saya perolehi bila membaca buku Al-Quran Rahsia Terunggul yang saya ada sebut di entri yang lepas..

Bacalah doa ini untuk anda setiap pagi

Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajar kepadaku sebahagian tabir mimpi.(Ya Tuhan),Pencipta langit dan bumi. Engkaulah di dunia dan akhirat,wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku bersama orang-orang yang soleh. (QS,12:101)

Ya Tuhanku,masukkanlah aku ke jalan yang benar dan keluarkanlah aku dengan cara yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong (QS,17:80)

Ya Tuhanku,lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku(QS,20:25-27)

Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik. (QS,21:89)

Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat(QS,23:29)

Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan, Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku. (QS,23:97-98 )

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan jadikanlah aku tutur kata yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan. (QS,26:83-85)

Bacalah doa ini untuk orang lain setiap hari setelah solat asar dan bacalah meskipun berada di tempat parking,di bas,di pejabat.

Wahai Tuhanku.kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil (QS,17:24)

Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segalanya, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksa neraka yang menyala-nyala, Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa mereka,isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.(QS,40:7-9)

Bacalah doa ini untuk kita semua setiap hari setelah solat maghrib atau Isya

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat. (QS,1:6-7)

Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (QS,2:127)

Ya Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka. (QS,2:250)

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Berikan kemaafan kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (QS,2:286)

Ya Tuhan kami,janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah maha pemberi (kurnia). (QS,3:8 )

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar(seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami san wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji (QS,3:193-194)

Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu) (QS,7:126)

Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang Paling Baik. (QS,23:109)

Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan kekal. (QS,25:65)

Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalanya. (QS,66:8 )

p/s digalakkan juga anda semua beli buku nie..Al-Quran Rahsia Terunggul di pasaran

Feb 28, 2010 Posted in bisnessingle bukusingle ceritasingle facebooksingle jutawansingle kad kreditsingle kuasa mindasingle minda bawah sedarsingle motivasisingle online businesssingle online marketingsingle positive mindsingle website by norli

JOM AMALKAN 7 TABIAT ORANG BERJAYA SEKARANG!

 

salam semua..untuk akhiri hari terakhir di bulan 2 nie,saya cilok dari blog kegemaran saya sekarang

www.paripariduit.blogspot.com

blog yang menarik dan bermotivasi

dan jika serius dan berminat untuk ketahui program i-rich 696 yang

boleh menjana pendapatan sambil membantu anda capai impian anda(langsaikan hutang,beli keta idaman,cukupkan duit nak kawin,antar parents g haji dll)

boleh sms <nama><lokasi> di 0172323369/0162521696 

AMALAN 7 TABIAT ORANG BERJAYA

Setiap bab menceritakan tentang satu tabiat seperti berikut:

1. Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.

2. Mula dengan wawasan di dalam minda.
Bina wawasan berdasarkan prinsip “utara-benar”. Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.

3. Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.

4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian (solutions) yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.

5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian (solutions) yang memudahkan mereka menerimanya.

6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan (group) mengatasi kekuatan individu.

7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.

dan saya suka kata-kata hikmah nie..

“WHAT EVER YOU DO,DO THE BEST”

“WHAT EVER YOU BE,BE THE BEST’

P/S nantikan kemunculan saya di blog www.paripariduit.blogspot.com tau

Feb 11, 2010 Posted in barangsingle beritasingle bisnessingle bukusingle ceritasingle duitsingle eddy rosyadiesingle jutawansingle kuasa mindasingle mega salesingle minda bawah sedarsingle online businesssingle online marketingsingle pelaburansingle positive mindsingle prof dato' dr ibrahimsingle website by norli

airboom nano energy

salam semua..semalam no cermin tau..

ader ong sikit la kalu mau tikam no ekor..haha..lawak jer tue

kedai pun dah tutup meh..

so hari nie mcm nak kongsi sikit produk kesihatan yang saya  dah try test selama 5 hari..

iaitu nano energy AIRBOOM

airboom

saya baru beli dari cikgu fahmi yang telah datang dari pahang sempena dinner dengan en.eddy dan Prof Ibrahim

di Restoran Nelayan di tasik Titiwangsa pada 6hb hari tue..

so ditunjukkan pada saya jumlah bacaan energy pada airboom nie iaitu 8664

then pendant energy jenama X juga ditunjukkan dan hanya ada 800++ yg berharga rm400++

berapa harga airboom saya beli? rm150..dan waranty sehingga 100 tahun

then saya terus la pakai kat bahu sebab saya dah lama sakit bahu belah kanan..ader dlm 1-2tahun gak la sakit nie..

mungkin sebab lama menghadap komputer dan banyak menggunakan tangan kanan..so kami berbincang serba sedikit tentang khasiat dan penggunaan airboom nie..

utk kesan yg mujarab..patut amik 3keping airboom nie..tapi saya nak try test satu dulu than nnt saya terus amik byk upgrade jadi silver member

dapat 5keping airboom dengan percuma ion wristband suka2..

then abis urusan urusniaga dilakukan saya terus drive balik umah parents..masa tue tak la rasa sgt..

then biler sampai umah,abah saya batuk2 then saya terus bagi dia untuk letak kat dada dia..

dan baru saya perasan yang pedih pijar,sengal kat bahu saya agak lega..tak la sembuh sepenuhnya tapi dah xder rasa denyut2 tue huhu

malam tue abah saya yang pakai dan pagi esoknya dia ckp ada rasa kahak dan boleh keluar pun..coz biasa kalau abah saya batuk mesti batuk kering (xder kahak)..

psatu saya sambung la pakai kat bahu saya

dan alhamdulilah,sengal semakin berkurangan dan minum air yg dialas dengan airboom untuk bantu mempercepatkan penyembuhan..dan kawan saya ada guna untuk migrain dan sakit kepala tue boleh dikawal dan tak la bergantung pada ubat saja..saya bagi pinjam je..nak pakai lama beli sendiri eh?

airboom nie jugak multipurpose tau..boleh guna kat keta

so kalau berminat..boleh contact saya untuk keterangan lebih lanjut di talian 012-9783638

dan kat sini saya ader tampal testimoni mengenai airboom nie..

p/s airboom nie dah ader di malaysia sejak nov 2008..di indonesia mmg dah famous

website airboom

dah nak tido sambil pakai airboom and baca buku..selamat malam semua

Feb 7, 2010 Posted in jutawansingle kuasa mindasingle metafiziksingle minda bawah sedarsingle motivasisingle positive mindsingle reikisingle tipssingle website by norli

evolusi minda

 

salam semua..selamat berhujung minggu..saya baru la dapat lepak kat umah parents

sambil mengodek laptop baru mak saya so pasnie tak pyhla nak angkut laptop sendiri biler balik

giler berat..hahaha gunakan kemudahan yang ada chewah

pasal tajuk entri,hari jumaat malam sabtu hari tue saya telah pergi ke seminar percuma Puan Arina di Desa Melawati

sebenarnya seminar tue utk preview kursus asas pada 14hb nie..

banyak jugak pengisian yg berfaedah yg dikongsikan pada malam tue..

tentang numerologi,root number dan kerjaya yang sesuai (walaupun saya dah belajar dengan en.eddy)

tapi saya tak kisah sebab ramai guru pun xder masalah yg penting kita hormat ilmu guru kita..tak gitu

dan terima kasih pada puan Arina kerana wat seminar free tue..

dan saya berharap kata-kata puan Arina yg satu hari nnt saya bakal jadi Dr Norli akan tercapai..Amin

gembira saya dengan coz salah satu wish list saya pun mmg nak jadi doktor..mungkin in Nursing or Alternative medicine sebab saya amat meminati bidang perubatan

doakan saya ye semua..saya pun sekarang ada mencuba produk kesihatan yang mengagumkan..

saya akan kongsikan pada anda semua sebab saya baru je guna tak sampai sehari

nantikan kemunculannya di blog saya  

kalau nak join seminar Puan Arina boleh g ke sini

www.evolusiminda.com

p/s harap2 saya dapat join kursus Puan Arina dengan harga promosi ye..kali nie tak dapat join coz kena kerja

Jan 17, 2010 Posted in affiliatesingle ceritasingle duitsingle memorysingle minda bawah sedarsingle motivasisingle positive mindsingle reikisingle videoklipsingle website by norli

theme baru mood baru sebab REIKI

salam semua..selamat berhujung minggu…saya pun tgh lepak kat umah je

tapi malam nie kerja.. xperla demi negara..chewah

so 2 hari setelah di’reiki’kan…hmm,nak citer start dari mana yer?

ok la..dipendekkan citer..saya kan dah sign up utk amik kursus reiki nie..

berjumpa la saya dengan Master Hisham di kedai makan..makan dulu dan berborak panjang..

tentang reiki nie..reiki nie ader mcm2 nama dan founder nya..so kat sini saya memilih kundalini reiki sebab sempoi,mudah dan senang..mcm masak megi

tapi kuasa reiki nie sama jer walaupun nama lain2 dan  master hisham ader cakap kursus lain xdapek doo harga macam nie..memamg pun

then siap cakap,saya antara orang yang terakhir dapat harga macam tue..alhamdulilah…

sebab lepas saya abis course mind power dengan Dato’ saya terus niat nak belajar gak reiki walau macam mana sekali pun…

so tercapai sudah wishlist saya..untuk menjadi Master Reiki no 599 tue..huhuh

then saya bergerak ke padang untuk mendapatkan attunement dari Master..isteri master pun teman..cute jer

so saya pun diajar bermeditasi..dah siap2 pasang lagu mendayu(saya cepat ngantuk) dan siap2 pasang ubat nyamuk..hehehe

kena meditasi lebih kurang 30min la..untuk TENDAI saya kurang peka sikit tapi mmg rasa la tangan saya bergerak sendiri tapi saya tetap kena tumpu pada pernafasan sahaja..lagipun maybe sebab saya takut so saya tahan tangan untuk bergerak ikut rasa tue.. dan saya tak rasa mengantuk tapi makin segar..

then saya semakin semangat utk buat REIKI plak..lebih kurang jugak tapi lebih santai dan 5 min pertama saya cuma rasa ader macam angin lalu..tapi angin tue rasa macam sejuk dan nyaman jer..mula2 dari muka saya then rasa macam berputar di seluruh tubuh..dalam hati cakap,ini bukan angin seh..

then tak lama lepas tue,meditasi kan mmg kena fokus dan pejam mata tetiba saya nampak ader macam cahaya putih,atas sikit dari dahi saya..tak lama ader la 1-2minit dua..

dah nak ujung meditasi tue plak,saya rasa macam semut/vibrate kat belakang saya..belah kiri je..kanan tak pulak..

then abis semua tue,saya belajar rasa sensasi di tapak tangan setelah REIKI diaktifkan..mmg ader rasa suam2 panas la

then master siap ader bonus sebab nak bagi bukti yg reiki mmg dah siap transfer..

saya kena pegang mentol then kena reiki kan mentol tue supaya tak pecah..macam tak caya tapi buat je la..

mmg tak pecah la wei..huhuhhu

then guna mentol yang sama saya kena pecahkan jubin..gilo aper mentol yang giler senang pecah tue boleh pecahkan jubin…

tapi biler wat,mmg betul woo..saya mmg caya tak caya..kena caya gak sebab saya yang wat..master tak pegang langsung pun mentol tue..

last sekali..kena hempas kat lantai then niat mentol keras macam batu…

apa yang jd yer?

mentol tue boleh la melantun balik..mmg terkejut besar..bunyi mentol tue jatuh pun dah bunyi mcm batu jatuh tau..huhu

kalau ikut logik,mmg la tak logik tapi ini benar..semuanya asal dari ENERGI/TENAGA alam yang dah diaktifkan..

tunggu kita je untuk menggunakannya…sepenuhnya..bukan pakai jin/khodam ye..

dan sekarang nie saya banyak luangkan masa dengan meditasi utk pembersihan diri saya dan saya rasa lebih tenang

Alhamdulillah…syukur pada nikmat tuhan..saya dibukakan hati dan diberi rezeki utk belajar ilmu nie..

so enjoy the video yang master dah upload kat youtube nie..sebab lebih kurang je aper yg saya buat hari tue

cuma hari tue malam gelap gelita kalau nak amik video or tangkap gambar

yang nie pun saya buat gak..

Dec 16, 2009 Posted in aura serisingle minda bawah sedarsingle positive mindsingle prof dato' dr ibrahimsingle tips irfan khairisingle website by norli

minda kaya vs minda miskin by Dr Irfan Khairi

Artikel Pilihan: Minda Kaya vs Minda Miskin
Oleh: Irfan Khairi


 
Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.
 
Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.
 
Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
 

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.
 
Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.
 
Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!”
 
Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa  yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!
 
 
Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan


Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.
 
Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.
 
Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.
 
Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.
 
Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”
 
Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!
 
Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!
 
 
Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain
 
 Pepatah Mat Salleh berbunyi “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys”.
 
Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!
 
Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.
 
Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!
 
Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.
 
Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja… fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik”. Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif”. Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?
 
Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.
 
Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.
 
Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!
 
Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes