Archive for the ‘positive mind’ Category
days at school
memori Evolusi Minda (EM) 2010
salam semua..ada yang rindukan saya?? ![]()
sebab agak lama saya tak menulis di blog kesayangan saya nie…kerana mungkin tak ada idea dan juga busy dengan kerja saya.. ![]()
bila tengok tajuk tue macam pelik eh..tapi saya sebenarnya busy menghadiri kursus mindpower di bawah anjuran evolusi minda yang saya ikuti perkembangannya sejak pada awal tahun ini…dan saya sangat2 bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk jumpa program ini yang banyak membantu saya..walaupun saya pernah menghadiri kursus mindpower yang lain..
biarla saya bercerita panjang kali ini..bermulanya perkenalan saya dengan evolusi minda (EM),mentor saya Puan Arina dan En Yusmi..dengan membaca testimoni Puan Arina di produk ebook Ammar Zahar (IM terkenal) dan bila membaca yang EM merupakan kursus mindpower..ada plak preview percuma maka saya pun terus booked tempat..semua pun tahu saya sangat suka belajar,sukakan ilmu dan tambahan plak preview free maka tak lepas peluang la
so pada bulan februari saya berjumpa la dengan puan arina..
di sana,preview nya ringkas..pasal meditasi,numerologi dan kebanyakan nya mmg saya dah tahu tapi saya tetap juga habiskan masa preview tue selama 3 jam..saya jenis suka perhati dulu,jenis yang suka observe dan lepas abis kelas…saya decide nak join kelas asas pada bulan mac..excited jugak kerana berharap untuk dapat ilmu baru..masa tue Puan Arina ada tersasul sebut Dr.Norli..saya senyum je..mungkin sikap masa tue suka ‘preserved’ nak2 kalau orang yang saya baru kenal.. ![]()
dan kerana nak adjust dengan time kerja saya,dapat jugak la saya join kursus asas pada bulan mac..di kursus tersebut juga ada ajar benda yang berkaitan dengan mindpower tapi lebih bercirikan islamik..itu yang saya cari..rasa macam jiwa terisi dengan roh spiritual dan di sana juga belajar cara tingkatkan FOKUS & YAKIN..ada kena pantang plak selama 21hari..tak la rasa jenuh sangat sebab masa untuk apply reiki tue pun saya perlukan masa yang sama untuk bentuk habit baru..ada benda yang boleh dan tak boleh dimakan…kalau nak tahu kena attend kursus asas EM la.. ![]()
dan masa tue ada jugak puan Arina offer untuk pergi kursus Siapa Aku pada bulan berikutnya tapi ada halangan sikit..so saya booking pada bulan 7..dan lepas hadiri kursus tersebut..saya menjadi semakin dekat dengan diri..dan pencipta saya..rasa FOKUS makin bertambah..YAKIN pada diri makin kuat..kerana saya tahu saya memang orang yang HEBAT..dan bila attend kursus nie,Puan Arina nie jenis ingat semua nama peserta,so rasa macam dekat dan dah kenal lama..walaupun saya nie jenis malu2 nak mula kenal dengan orang dan Puan Arina ada sebut tentang sesuatu yang HALANG saya..menyebabkan saya tidak dapat capai lagi impian saya..
saya TAHU benda yang halang tue..cuma saya tak tahu BAGAIMANA nak keluarkan dari dalam saya,sebab saya nak pecahkan halangan tue supaya tak lagi halang jalan kejayaan saya..dan cuma di EVOLUSI MINDA saya jumpa CARAnya..
dan tetiba dihubungi untuk menghadiri kursus ULTIMATE DRIVING FORCE (UDF) merupakan satu peluang besar buat saya..sebab bukan semua peserta yang layak untuk dipilh..dan rasa bertuah kerana saya antara insan terpilih..sangat2 bersyukur walaupun ada halangan tapi berkat hubungan erat dan niat Puan Arina nak bantu saya…akhirnya saya hadiri juga kursus UDF 7&8 ogos 2010..
berjumpa dengan rakan baru..yang bermacam latarbelakang,pengalaman tapi dengan satu niat iaitu nak BERUBAH,BERJAYA dan dahagakan ILMU..kursus UDF sangat berbeza sebab penuh dengan praktikal,game,keseronokan tapi penuh dengan input positif untuk melatih minda kita supaya lebih aktif
banyak kenangan dan Puan Arina juga sangat membantu untuk saya pecahkan halangan yang ada pada saya..walaupun terjadi scene yang tidak dijangka namun semuanya akan sentiasa terpahat di ruang memori yang tak mungkin dapat saya lupakan..terima pada rakan UDF kerana membantu saya semasa kursus dan ‘membebaskan’ saya..terutama di sessi paradigma..
dan pada mentor saya Puan Arina dan En Yusmi,hanya Allah yang boleh membalas apa yang telah puan bantu saya selama nie..tak terungkapkan rasanya rasa syukur,terima kasih…jutaan,billion terima kasih pun masih tak cukup untuk saya ucapkan..membantu saya yang selama nie struggle,memendam dan saya tahu saya masih ada seseorang yang boleh dan sudi membantu saya menjadi orang yang hebat sebagaimana yang saya nak..kerana beliau juga merupakan orang yang sangat HEBAT…terima kasih kerana percaya pada saya..
habis kursus UDF nie..memang ada terasa banyak perubahan,jiwa lebih tenang..saya lebih peka dengan diri saya,persekitaran dan lebih banyak tenaga sebab halangan yang selama nie block saya dah lebur..dan sekarang nak tumpu pada PURPOSE saya..sekarang segalanya saya lakukan untuk diri saya dan bukan lagi untuk orang lain…atau apa orang lain nak…
saya memang rekemen join EM pada sesiapa yang berminat dengan mindpower dan rasakan sendiri kelebihan diri anda..tak mungkin anda akan rasa sia2 join EM..sekali lagi saya cakap,saya bertuah kerana dapat join UDF EM,berjumpa Puan Arina,En Yusmi dan rakan2 UDF yang semuanya HEBAT!!
Allahuakbar!!!
last sekali saya nak tujukan lagu yang buat saya teringat pada Puan Arina yang banyak menyokong saya..saya sayang Puan!! ![]()
you raise me up – westlife
despicable me

salam semua…semoga melalui hari yang bahagia ![]()
okla,semalam saya selepas abis melawat kawan ni spital (hope cepat sihat dan cepat balik) saya telah meluangkan masa untuk tengok wayang..macam Master Reiki saya selalu cakap..buat ape yang buat saya happy..
last tengok wayang pun citer budak setan hari tue..then sebab tgk hari rabu..ada diskaun tau..citer kartun despicable me..(saya memang suka tengok kartun) dan harga tiket lak cuma rm5,berbaloi-baloi ![]()
then terlambat ckit masuk (lambat 10minit sebab makan dulu before masuk..lapar) heheheh
then masuk2 je citer dah start,so layan je..masa tengok memang layan la..siap gelak2..sorang2 sebab wayang nie tak ramai orang pun
tapi tak kisah pun sebab i’m enjoyed with myself..
okla,berbalik pada citer kartun tue..walaupun citer pasal orang jahat..tapi kita nilai dari aspek positif ok..dan saya akan huraikan cikit la kat sini..apa yang saya nampak dan faham (saya suka menilai??…tak jugak ) ![]()
first sekali saya nampak seseorang yang mempunyai PASSION yang tinggi..Mr GRU
yang dari kecik bercita-cita nak pergi ke bulan…tapi sering dipandang rendah oleh mak dia (jangan amalkan ye sikap nie..tak baik) patut kita galakkan anak tau
tapi Mr Gru seorang yang bermotivasi,YAKIN pada diri sendiri..tak peduli la ape yg mak dia cakap..jenis yg ade POSITIVE attitude..walaupun dia pilih jadi penjahat (sebenarnya dia tak jahat cuma kurang kasih sayang) ![]()
dan bila dah ader PASSION yang tinggi,akan sentiasa bersemangat waja untuk dapatkan apa yang dia nak walaupun ada macam-macam halangan..selalu VISUALIZE yang dia nak jugak dapatkan bulan..
pastu bila dia ade idea nak ‘curi’ shrinker tue dari Vector dengan pakai anak2 yatim tue..kat situla boleh nampak dia sukar nak luahkan kasih sayang..sebab didikan awal dari mak dia tapi dia masih punya hati dan perasaan
anak-anak tue yang ajar dia erti hidup yang lebih bermakna..dengan bergembira dan kembali tersenyum semasa naik roller coaster tue (best macam saya lak yg naik roller coaster tue) heheheh
dan betul jugak la ckp kwn Mr Gru,dia ada mission yang penting iaitu curi bulan dan anak-anak tue jadi DISTRACTION pada dia..tapi dia tahu cmner nak hadapi..so kita dalam hidup nie pun perlu tahu ZONE mana yang kita perlu FOKUS dan yang mana untuk capai PURPOSE hidup yang kita dah set kan..
dan bila mission tue dah tercapai,Mr Gru tetap setelkan janji yang dia pegang dengan anak2 tue..walaupun terlambat..
dan scene dia nak g selamatkan anak2 tue memang best..yela,kita sanggup berkorban apa saja untuk orang kesayangan kita tapi paling penting bila orang tue juga menghargai pengorbanan kita..kalau tidak,asyik one way je yg berkorban tapi yang lain wat derk je..kita yang pedih beb oppsss ![]()
ok la,walaupun citer nie dah boleh download pakai torrent saya tetap nak g tengok jugak dengan kawan baik saya..tapi yang 3D punya (1st time seh) heheheh…
lastly enjoy a bit scene from despicable me…







