RSS
 

Archive for the ‘memory’ Category

dari wanita kepada lelaki

02 Sep

salam semua…sekadar nak berkongsi notes dari FB yang saya baca dan rasa menarik untuk dikongsi

dan memang ada kebenaran pun nota ini..kerana kebanyakan orang sekarang memilih pasangan berdasarkan cinta,kasih sayang,material tapi jarang memilih kerana agama…dan hati yang baik pun perlu jugak

so persoalannya…..

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. “Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju je sayer aminkan..

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..

 

days at school

27 Aug
salam…norli is back!!  
lama tak menulis kat blog nie…sebelum puasa sampai la dah 2minggu kita puasa eh…
cepat giler putaran jam sekarang nie..hidup pun rasa makin singkat..
okla..nk bercerita yg tentang saya yang dah start sambung belaja..di IMU
semuanya berjalan dengan penuh dugaan jugak tapi alhamdulilah la semuanya
cuma dugaan saya sikit je berbanding dengan kawan sekelas saya…
bermula pagi,saya bergerak ke LRT untuk g ke IMU..naik ABA tapi parking kat umah lama..
senang jalan kaki dan nanti balik tak sesak and jammed sgt..
sampai2 je,penuh dewan dengan budak medic baru..then parents yg anta anak2 diaorg tnya saya
ingat sambung medic jugak (nie yg lagi semangat nak jadi Dr nie heheh..
p/s dah pakai handbag pun makcik/pakcik nampak saya macam budak baru abis study huhuh
nie la handbag bakal adik ipar saya bagi…
terbangak2 jugak la nak carik kawan sekelas yg lain..tapi saya je yg dtg dulu..huhu
then saya round2 sensorang..bila masuk balik jumpa la kwn kelas saya nama Teh@Cassandra dari Gleneagles..
ok la dah ada kawan…then tunggu je kat dalam dewan jumpa lagi 2org kawan,nama Jaya dan Donna dari Penang Adventist..giler la jauh..tpi memang salute la dorg sebab sanggup datang dari jauh tue semata nak sambung degree..
then tak lama pastu ada sorang lagi kawan datang..nama Ann dari Kuching plak..nie memang saya respek sangat2 kat dia..sanggup berkorban..amik flight…stay damansara dan travel plak ke IMU..tue pasal saya rasa dugaan saya kecik je compare dengan kawan2 lain..
then berkenalan la kami..ada 8org semua satu kelas Degree Nursing Science..small group kan?tapi saya suka jugak sebab kelas jadi one to one..dan kitaorg jadi close la sebab nanti ada discussion senang
then paling xtahan kat sini..semua student mostly non-muslim la…chinese paling ramai..so memang saya solo survivor la nak compete dengan kawan2 lain..then tergugat sikit la iman nie..huhu..sabar2..puasa
then masuk belajar balik bermakna ada la buku teks…hehe…masa untuk study..FOKUS norli!!
nie la buku teks yg kena khatam
then bermula la orientasi…cmner nak login system..yela sebab kitaorg nie belaja out-campus (online) sebab kena la terer or adapt system IMU..
tapi system dia simple but still canggih la…
then buat tour round satu IMU..letih weh kaki huhuh
then the next day,dah mula la lecturenya…siap ada homework tapi norli baca sikit je coz tak baper faham lagi huhu…
slow2 norli..sure can do it la!!
so semua2 doakan saya buat yang terbaik dan cemerlang ok!
nampak temban eh? huhu
 

I AM MUSLIM

14 Aug
 

memori Evolusi Minda (EM) 2010

10 Aug

 

salam semua..ada yang rindukan saya??

sebab agak lama saya tak menulis di blog kesayangan saya nie…kerana mungkin tak ada idea dan juga busy dengan kerja saya..

bila tengok tajuk tue macam pelik eh..tapi saya sebenarnya busy menghadiri kursus mindpower di bawah anjuran evolusi minda yang saya ikuti perkembangannya sejak pada awal tahun ini…dan saya sangat2 bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk jumpa program ini yang banyak membantu saya..walaupun saya pernah menghadiri kursus mindpower yang lain..

biarla saya bercerita panjang kali ini..bermulanya perkenalan saya dengan evolusi minda (EM),mentor saya Puan Arina dan En Yusmi..dengan membaca testimoni Puan Arina di produk ebook Ammar Zahar (IM terkenal) dan bila membaca yang EM merupakan kursus mindpower..ada plak preview percuma maka saya pun terus booked tempat..semua pun tahu saya sangat suka belajar,sukakan ilmu dan tambahan plak preview free maka tak lepas peluang la so pada bulan februari saya berjumpa la dengan puan arina..

di sana,preview nya ringkas..pasal meditasi,numerologi dan kebanyakan nya mmg saya dah tahu tapi saya tetap juga habiskan masa preview tue selama 3 jam..saya jenis suka perhati dulu,jenis yang suka observe dan lepas abis kelas…saya decide nak join kelas asas pada bulan mac..excited jugak kerana berharap untuk dapat ilmu baru..masa tue Puan Arina ada tersasul sebut Dr.Norli..saya senyum je..mungkin sikap masa tue suka ‘preserved’ nak2 kalau orang yang saya baru kenal..

dan kerana nak adjust dengan time kerja saya,dapat jugak la saya join kursus asas pada bulan mac..di kursus tersebut juga ada ajar benda yang berkaitan dengan mindpower tapi lebih bercirikan islamik..itu yang saya cari..rasa macam jiwa terisi dengan roh spiritual dan di sana juga belajar cara tingkatkan FOKUS & YAKIN..ada kena pantang plak selama 21hari..tak la rasa jenuh sangat sebab masa untuk apply reiki tue pun saya perlukan masa yang sama untuk bentuk habit baru..ada benda yang boleh dan tak boleh dimakan…kalau nak tahu kena attend kursus asas EM la..

dan masa tue ada jugak puan Arina offer untuk pergi kursus Siapa Aku pada bulan berikutnya tapi ada halangan sikit..so saya booking pada bulan 7..dan lepas hadiri kursus tersebut..saya menjadi semakin dekat dengan diri..dan pencipta saya..rasa FOKUS makin bertambah..YAKIN pada diri makin kuat..kerana saya tahu saya memang orang yang HEBAT..dan bila attend kursus nie,Puan Arina nie jenis ingat semua nama peserta,so rasa macam dekat dan dah kenal lama..walaupun saya nie jenis malu2 nak mula kenal dengan orang dan Puan Arina ada sebut tentang sesuatu yang HALANG saya..menyebabkan saya tidak dapat capai lagi impian saya..

saya TAHU benda yang halang tue..cuma saya tak tahu BAGAIMANA nak keluarkan dari dalam saya,sebab saya nak pecahkan halangan tue supaya tak lagi halang jalan kejayaan saya..dan cuma di EVOLUSI MINDA saya jumpa CARAnya..

dan tetiba dihubungi untuk menghadiri kursus ULTIMATE DRIVING FORCE (UDF) merupakan satu peluang besar buat saya..sebab bukan semua peserta yang layak untuk dipilh..dan rasa bertuah kerana saya antara insan terpilih..sangat2 bersyukur walaupun ada halangan tapi berkat hubungan erat dan niat Puan Arina nak bantu saya…akhirnya saya hadiri juga kursus UDF 7&8 ogos 2010..

berjumpa dengan rakan baru..yang bermacam latarbelakang,pengalaman tapi dengan satu niat iaitu nak BERUBAH,BERJAYA dan dahagakan ILMU..kursus UDF sangat berbeza sebab penuh dengan praktikal,game,keseronokan tapi penuh dengan input positif untuk melatih minda kita supaya lebih aktif

banyak kenangan dan Puan Arina juga sangat membantu untuk saya pecahkan halangan yang ada pada saya..walaupun terjadi scene yang tidak dijangka namun semuanya akan sentiasa terpahat di ruang memori yang tak mungkin dapat saya lupakan..terima pada rakan UDF kerana membantu saya semasa kursus dan ‘membebaskan’ saya..terutama di sessi paradigma..         

dan pada mentor saya Puan Arina dan En Yusmi,hanya Allah yang boleh membalas apa yang telah puan bantu saya selama nie..tak terungkapkan rasanya rasa syukur,terima kasih…jutaan,billion terima kasih pun masih tak cukup untuk saya ucapkan..membantu saya yang selama nie struggle,memendam dan saya tahu saya masih ada seseorang yang boleh dan sudi membantu saya menjadi orang yang hebat sebagaimana yang saya nak..kerana beliau juga merupakan orang yang sangat HEBAT…terima kasih kerana percaya pada saya..

habis kursus UDF nie..memang ada terasa banyak perubahan,jiwa lebih tenang..saya lebih peka dengan diri saya,persekitaran dan lebih banyak tenaga sebab halangan yang selama nie block saya dah lebur..dan sekarang nak tumpu pada PURPOSE saya..sekarang segalanya saya lakukan untuk diri saya dan bukan lagi untuk orang lain…atau apa orang lain nak…

saya memang rekemen join EM pada sesiapa yang berminat dengan mindpower dan rasakan sendiri kelebihan diri anda..tak mungkin anda akan rasa sia2 join EM..sekali lagi saya cakap,saya bertuah kerana dapat join UDF EM,berjumpa Puan Arina,En Yusmi dan rakan2 UDF yang semuanya HEBAT!!

Allahuakbar!!!

last sekali saya nak tujukan lagu yang buat saya teringat pada Puan Arina yang banyak menyokong saya..saya sayang Puan!!

you raise me up – westlife

 

besday mimie!!

06 Jun

happy besday mimie shayang…sorry tak dpt nak dtg tengok hari nie kat umah…

so harap mimie tak nakal ye dgn mama…jangan buat hal…

jadi budak baik ok??

lots of kiss and hugs for you shayang….mish u so much!!!

nie masa mimie 2 bulan….macam tak sangka mimie dah 2tahun…
love and miss mimie always
 

bagaimana anda berbicara dengan diri sendiri…

01 Jun

salam semua..saya akan bekerja malam so hari terluang banyak gak la sekarang..

ok2,berkenaan dengan entri di atas..saya sebenarnya dah abis membaca sebuah buku yang saya pinjam dari kenalan saya,akak Fauziah yang sama2 pergi ke seminar en.eddy kat s.alam

buku nie lama..tak sure ade tak lagi kat kedai2 buku…

tajuk dia panjang giler

“APA YANG PERLU DIKATAKAN APABILA ANDA BERBICARA DENGAN DIRI ANDA SENDIRI”

tapi best la buku nie…saya baca dekat sebulan..untuk betul2 memahami isi kandungan nya.. banyak motivasi yang diberi..saya bagi sikit ulasan eh pasal buku nie…

isi yg pertama adalah jika fikirkan kembali..jika ada byk peyelesaian/motivasi yg bagus..kenapa tidak bawa perubahan kekal dalam hidup?

contohnya,mengapa ramai orang membaca ‘pemikiran positif’ ambil keputusan untuk berubah dan 6 bulan kemudian,berfikir seperti sebelum mereka membaca buku tersebut…??

ini kerana ada 3 faktor yang tiada dalam hampir semua buku yg kita baca

1) motivasi luaran hanya bersifat sementara..2) tidak terangkan secara mendalam fungsi minda yang sebenar ..3) tiada set arahan baru yg perlu diberi pada minda separa sedar..

so apa saja cara anda pilih utk buat perubahan tanpa ubah ‘pemprograman’ asal..yakni kelaziman yg bertahun2..hasilnya yg ingin anda laksanakan tidak akan berjaya or kekal..

analoginya mcm nie..monitor komputer adalah penampilan atau tindakan kita..yang dipamerkan pada sekeliling kita..keyboard adalah semua deria rasa kita..dan segala maklumat yg direkodkan  disimpan di dalam hard disk iaitu minda separa sedar anda..so segala yg telah diprogramkan akan KEKAL..

tapi anda boleh memprogram SEMULA..dengan padamkan program asal yg NEGATIF,TAK PRODUKTIF dan bertentangan dengan anda..TUKAR kepada program yang baru,SIHAT dan POSITIF..

DELETE,UNINSTALL program lama dan INSTALL program baru..dan yang apa yg patut lakukan untuk install tue…belajar bagaimana untuk berbicara dengan diri anda sendiri..dengan SET ARAHAN BARU

kalau tak berapa faham lagi..bayangkan minda anda sebuah bilik…tempat di mana anda tinggal dengan pemikiran anda..yg telah dilengkapi dengan PERABOT yang di’warisi’…iaitu pemikiran negatif dari sesiapa saja yg bantu kita memprogramkan minda separa sedar kita…

semua perabot dah usang,lapuk,patah..dan datang seseorang yg setuju nak bantu buang semua perabot tue..kita keluarkan segala pemikiran negatif dan simpan dalam garaj..dan treng!! anda dah jadi seorang yg positif sebab bilik anda dah kemas..

then pukul 6 petang,anda duduk dalam bilik tue..tanpa perabot baru..dan percayalah..anda akan bawa balik masuk perabot lama..sebab kita dah selesa dengan pemikiran yang paling lama mendampingi kita…

so untuk betul2 berubah,segala perabot buruk tak perlu di simpan di garaj tapi perlu dilonggok dan dibakar…dan siap2 kan sebuah trak perabot yang bawa perabot baru dan cantik untuk hiaskan bilik anda..

so anda telah mencipta diri anda yang baru!! Tahniah see what i mean?

tapi kebanyakan orang,perubahan itu tidak berkesan..kerana cuma bersifat sementara..kita boleh tukar sahabat,pasangan,pekerjaan atau lokasi dan kita masih bawa diri dalaman yg sama-identiti yang sama yg membuat kita sedih atau sebabkan kesusahan pada kita..dan macam mana kita berharap untuk lebih berjaya..mana mungkin!!

 untuk menentukan kejayaan atau kegagalan kita

1) pemprograman bentuk kepercayaan

2) kepercayaan bentuk sikap

3) sikap bentuk perasaan

4) perasaan tentukan tindak tanduk

5)tindak tanduk bentuk hasil

fikirkan dan selamat beramal ye?

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes