RSS
 

Archive for the ‘medical’ Category

addicted to foot patch

28 May

salam semua..uih!! giler penat shoping semalam..

sebab saya jenis jarang giler shoping..biasa masa sebelum raya je saya g shoping..tak pun g tesco utk beli barang umah..

so memang plan la nak beli kemeja baru..dan temankan Siti Nur Yuyu shoping je asalnya…bersama BF dia

sorry je kacau korang dating dan thanks sanggup nak amik anta saya..sebab saya blur jalan nak ke One Utama..

ok,dapatla sambar kasut vincci satu dengan kemeja purple padini satu..tapi tawaf satu kompleks..

biasa la kan..gurls shoping..hahah

then balik tue lepak dulu dengan BFF ina rahman dengan BF eh en tunang di Det (nasi lemak terbaik) hihihi..

abis satu hari punya agenda…giler penat…tido tak ingat..

tapi still ada masa nak pakai gak foot patch..

saya dah pakai hampir sebulan..lebih kurang 4 kotak la (40 pcs)

dan agaknya memang giler banyak toksin dalam badan saya so tiap2 malam pakai (kalau keja malam tak pakai la)

mesti hitam berlendir…yuck!! tapi hasil dia rasa ilang la lenguh..tak cepat penat walau suntuk bekerja..

foot patch yg ditampal ok…

yg ni selepas dibuka..yg putih tue yg asal ok? (p/s toksin kuar warna hitam..byk lak tue )

so sebenarnya nie salah satu peluang bisnes yang saya join..utk kaya dan sihat

dah dapat bonus hasil dari pelaburan nie..dan saya rasa lebih sihat

so saya sertakan sikit info pasal biz nie..

Peluang Bisnes Baru bersama Lynjb: Sistem networking secara on-line 24 jam. Dalam masa 1 minggu, Lynjb telah dapat RM1,000 dan dari Pelan B pula mendapat RM60. Pelan B adalah sistem duduk diam dapat duit hingga RM10 ribu dari 1 lot yang dibayar secara sedikit-sedikit berperingkat setiap 2 minggu. Cubalah! Tak perlu pakai wang pos… untuk anda mencari modal untuk bisnes, bayar hutang dan seumpamanya…
Hubungi Lynjb (019 755 6102) untuk mendapatkan maklumat lanjut – sila beritahu Lyn yang anda dapat maklumat ini dari blog Norli Razali supaya anda masuk di bawah rangkaian saya yang super-positif!

selamat mencuba…kita nak jadi KAYA dan SIHAT!

 

finally my prinze zarif is here!!

08 Apr

salam semua..dah seminggu kan masuk bulan 4..rasa macam baru je semalam 1 april huhu

cepat dah putaran masa,cepat gakla nak kiamat

so berkenaan dengan tajuk entri,dah 2 bulan jugak my lil prinze zarif balik kampung..then tup2,dah balik KL pun

yeah yeah!!

nie zarif masa 2hari.. my encem boy

so nnt auntie dtg jumpa zarif ye..tak sabar nie

then rangkuman aper yg menarik berlaku pada minggu lepas dan minggu nie (macam berita lak)

masa saya kerja malam,saya telah terserempak dengan kejadian yg mengejutkan..mcm suspen lak eh…

xderla,cuma ader kes seorg ibu terbersalin dalam kereta di depan ER pada pukul 3 pagi…

masa kes dtg tue,ingat baru je pecah ketuban then mtk ibu naik atas wheel chair..tetiba xboleh bangun sebab dah rasa baby nak keluar..

saya terus amik katil di dalam,tak sampai seminit pun saya sampai dgn katil tetiba saya tgk dah ader baby atas dada ibu..wow!!

terus call midwife utk turun potong tali pusat dan wrap baby cepat sebab takut  baby sejuk..

ibu bawak ke resus dan kena jahit la..auch!!

tapi saya handle baby jer..and hantar ke ibu jap utk bgtau jantina baby dan g nursery supaya dorg boleh jaga utk letak dlm incubator@baby cord

alhamdulillah,baby dan ibu selamat

tue la pengalaman kerja ER,1 st time bagi saya..tp dah 2x jadi kat ER nie…hehehe

then,pada hari isnin lepas saya otw g kerja..then ader lak terserempak dengan geng2 mat rempit dekat bulatan kena tahan dengan polis..then ada nampak body terbujur tgh2 jalan tapi dah di tutup la..

innalilah…semoga rahmatnya dirahmati,mungkin dorang tergesel satu sama lain sebab tak nampak kereta lain yg terlibat..kesian,dah sampai ajal…dan tak terlambat rasanya saya ucapkan takziah pada keluarga Din Beramboi atas pemergiannya…

Al-Fatihah

dan malam tue pulak,biasa saya pergi ke kompleks kg pandan utk main badminton…tetiba ABA phat saya telah menyebabkan jammed lebih kurang 1 jam area pandan indah hala ke tesco ampang..

kerana kabel clutch saya terputus di tengah jalan..walaupun saya di hon,saya buat derk and positif,rileks…

terus call Dream Machine team utk setelkan problem ABA..dan jutaan thanks saya ucapkan sebab membantu saya..hehehe

nnt kita g minum2 ye..heheh

dan pada minggu nie saya dah merasa la hasil titik peluh saya bersama I-RICH alhamdulilah

semoga usaha saya berterusan dan rezeki saya murah sentiasa..nak info pasal i-RICH boleh contact saya di

012-9783638/013-6383638

or tgkla blog pari2 duit di http://paripariduit.blogspot.com

p/s saya belum tahap jutawan,kaya pun belum…tapi senang tue dah ada…tapi paling penting target saya

jadi jutawan ISLAM yang HEBAT!! amin

 

FNAC NECK

13 Mar

ent_neckMasses

 

salam semua..saya cuma nak berkongsi dengan anda apa yang telah saya alami 2-3 hari nie..

so seperti gambarajah di atas..ader nampak kan bonjol tue..(rasa macam lecturer lak)

 

tue la yg telah saya rasa pada hari selasa lepas..tapi ingat salah tidur..tak pun beguk ke..huhu

so urut2 la..sebab tak sakit lagi..dan kecik je bonjol tue…

 

then the next day,bangun2 je rasa sengal kat tengkuk..so rasa mcm lagi besar..serta merta saya sms doc saya..Dr Raymond..then dia advice saya supaya jumpa di klinik..

setelah diperiksa,kena admit..huhuu..patut kerja hari tue..

 

sori ye kwn2 yg kena wat double tue…saya tau sekarang kurang orang..tetiba lak jadi mcm nie..

 

so hari jumaat ader wat FNAC neck kira macam cucuk skit la kat tempat bengkak tue..guna jarum ok..tapi kecik la..sakit skit je pun..huhuhu..tahan2

 

834279-851013-1377

 

lepas dapat cucuk tempat bengkak tue..so dorg pun letak kat slide nie..utk dihantar ke lab..tengah menunggu la resultnya nie…harap semuanya baik2 belaka…

 

doakan saya ye semua org?

 

ER case

24 Feb

salam semua..saya baru mula kerja.. semalam selepas abis syif malam..

rehat sikit la then boleh concentreate sikit kat FB (biz baru)

then ari isnin pergi main badminton dan lepak dengan kawan..lama gak tak hang out..

 

so keadaan kerja semalam mmg giler kelam kabut sebab ader 2 kes tak disangka..satu daripadanya nasib baik stabil..walaupun datang dengan ambulan dan siap ader chest tube..

kesan daripada spontaneous pneumothorax so kena ader chest tube utk inflate balik paru2..

kang paru2 collapse lagi haru..nasib baik uncle ok..

 

then tak sempat pun saya nak lunch(nasib baik dah beli siap2)

ader kes emergency..yg pertama utk saya di ER pada tahun nie..tahun lepas ada jugak..

segala usaha telah kami berikan pada pesakit utk selamatkan nyawa pesakit

great job for ER team walaupun kita tak cukup org

dan pesakit gagal diselamatkan..dan saya ucapkan takziah kepada keluarga pesakit..

keadaan pesakit masa datang ke ER pn memang dah tak sedar

dan CPR dah dilakukan..namun Tuhan lebih menyayangi beliau..

 

biler kes dah selesai saya teringat yang dulu..masa kecik mmg saya teringin nak kerja di ER

suka tgk citer ER

er_logo

then kalau mak tnya nak jadi aper..nak jadi doc kat ER..sekarang tak dpt jadi doc pn jadi nurse sudey..

tapi masih bercita-cita untuk capai wishlist saya menjadi Dr.Norli walaupun bukan dalam medical..alternative medicine maybe?

 

then seperti yang dijangka..tahun nie merupakan tahun yg ada kaitan dengan perubatan..

tahun nie ramai yg terkena denggi..(kalau ikut statistik ER kat sini la)

dan macam pesakit yang saya ceritakan kat atas tadi..family cakap mmg xder masalah kesihatan

tapi dari pandangan perubatan..maybe beliau menghidap darah tinggi tapi tak on any medication..

tapi punca kematian masih disiasat..

 

so demi kesihatan anda dan keluarga..elok untuk mencuba airboom sebagai salah satu pencegahan penyakit yang anda hadapi..

banyak testimoni hebat yang anda boleh dapati di sini..dan saya juga salah satu testimoni nya

“mencegah lebih baik dari merawat”

website airboom

 

khasiat makanan dalam pandangan Islam

16 Nov

salam semua…saper tak suka makan??

tipu la eh..sebab semua orang suka makan..opps kecuali yg tengah ader tekanan perasaan tue

mungkin dah kurang selera atau sangat berselera..huhu

Malaysia nie pun orang kata syurga makanan..sebab orang melayu boleh makan yong tau fu,orang India boleh makan nasi lemak dan orang Cina boleh makan tosai..

yeah..1 Malaysia (patriotik la plak )

kat sini ada senarai jenis makanan yang berkhasiat so saya nak kongsi dengan anda semua..

semua baca sampai abis ye..macam cikgu plak   

1.Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita
akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda ‘Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu’.

2.Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam
usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.

3.Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.

4.Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan
memudahkan kelahiran anak.

5.Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

6.Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli
kepada orang yg mengidap demam.

7.Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8.Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9.Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

10.Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.

11.Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.

12.Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

13.Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘Jadilah seperti biji habb al sauda
kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati’. Adalah dilaporkan juga
bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa ‘ia’ itu ialah hab al sauda menghapuskan
angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

14.Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu
banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam
betina yang tidak bertelur.

15.Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar
untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus)
yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

16.Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, ‘Limau ini adalah seperti mukmin: bagus
dirasa dan bagus dihidu’. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.

17.Timun (qitta’
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

18.Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

19.Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg
tiada bermakanan’. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma
hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

20.Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

21.Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak
atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau
kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

22.’Endive’ (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang
paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith
menyatakan ‘makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya
tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba’.

23.Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda ‘jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka
pasti membeli dan membayarnya dengan emas’. Antara khasiat hulbah membantu
pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

24.Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan
dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, ‘Jika anda kata ada buah datang
dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga’. Oleh itu makanlah
buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

25.Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

26.Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan
Nabi s.a.w pernah bersabda ‘Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.’

27.Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

28.Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang
bermaksud ‘Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang
campurannya dari zanjabil’. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan
badan.

29.Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau
lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan
mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta.
Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku,
tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

30.Madu lebah(a’sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi
s.a.w., ‘Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan
memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika
seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar darinya.’ Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum
segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu
dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti
ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim
panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).

31.Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah
dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut.
Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati
yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

32.Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.

33.Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang
yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab.
Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu
hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan
pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat
bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan
biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang
memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

p/s saya suka makan pisang..dan saya suka gak makan

 

 

cara untuk bersalin

11 Nov

salam semua…so minggu lepas ader la saya memenuhi jemputan kenduri kawin

minggu nie pun ader gak tapi xsure datang ke tak

so biler dah berkahwin nie..tujuannya adalah untuk meneruskan keturunan dan zuriat di muka bumi ini

dan di kalangan kawan-kawan/adik-adik saya yang telah melangkah bendul nie..

beratur la mak buyung yg bakal ader baby comel..tahun depan la baru beranak mcm cuk,uda,ayu,wani..

yg memang dah ader little gurl mcm shida-baby dania,nadia-baby rania tgh syok and happy

coz life mcm dah complete..saya doakan korang bahagia sentiasa..

so saja wat entry untuk mak2 buyung pilih cara untuk bersalin..

Antara kaedah memudahkan proses bersalin:

Suntikan opiate

Sejenis suntikan ubat pelali yang diberikan pada otot di kawasan punggung.

Penyedutan entonox

Campuran oksigen dan nitrus oksida yang disedut dengan menggunakan topeng muka ketika kontraksi.

Suntikan epidural


Jarum yang berongga dicucuk antara dua ruas tulang belakang ke dalam ruang epidural dan satu tiub plastik dimasukkan melalui jarum tersebut. Ubat bius dimasukkan melalui tiub itu sepanjang masa bersalin.

Episiotomi

Apabila kepala bayi telah kelihatan, ada risiko perineum (kawasan antara vulva dan rektum) akan koyak. Jika doktor merasa risiko berlakunya koyakan agak tinggi, episiotomi mungkin diperlukan. Ini merupakan potongan yang dibuat pada perineum, setelah diberi bius setempat, untuk mengelakkan kerosakan teruk akibat koyakan yang tidak terkawal.

Doktor akan membaiki kawasan tersebut dengan beberapa jahitan selepas kelahiran bayi anda, tanpa mengira sama ada ia terjadi akibat terkoyak ataupun episiotomi. Lazimnya dengan kelahiran kedua dan seterusnya, episiotomi sudah tidak diperlukan lagi.

Pembedahan caesarean


Doktor mungkin menasihatkan anda untuk menjalani pembedahan caesarean dalam keadaan-keadaan tertentu, sama ada secara pilihan atau kecemasan semasa dalam bilik bersalin kerana sebab berikut:

bayi berkedudukan songsang

proses bersalin yang terlalu lama tanpa sebarang kemajuan

kadar degupan jantung bayi semakin menurun ketika bersalin

saluran kelahiran terlalu sempit

masalah kesihatan ibu, seperti tekanan darah tinggi.

so..korang pilih yg mana eh??

p/s dorang ckp bersalin dalam air pun kurang sakit..cuk,ko cuba la..heheh

tapi serius la 1st time tgk orang bersalin..sangat insaf..mcm nak nangis

full article

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes