RSS
 

Archive for the ‘bisnes’ Category

seminar graf hayat

27 Apr

 

salam semua..cuti yang panjang pada minggu lepas tapi sangat bermanfaat..

sebab saya hadiri kelas sifu saya En.Eddy Rosyadie di S.alam pada sabtu dan ahad..kalau 2 minggu lepas saya g kelas follow up utk mind power

dan perubahan yang saya rasai..semakin YAKIN dengan diri sendiri dan semakin FOKUS..dulu saya yakin jugak tapi lebih banyak tak berani nak mencuba..

dan kalau ikut potensi,saya mempunyai 123 dan 246 dan baru sekarang saya boleh gunakan..sebab saya nampak dalam I-RICH saya boleh bercakap dan berkongsi/membantu orang ramai dengan memperbaiki tahap kewangan mereka

dan seminar kali nie,lebih kurang macam kita dibekalkan dengan manual hidup kita..macam kereta kan kalau kita beli ada manual dia

bukan tilik nasib or kena percaya pasal graf tue..tapi dorongan dan masa tu akan tiba bila kita tengok graf jatuh atau naik..dan kita sebagai umat Islam kalau dah ada petunjuk tue,boleh buat pembetulan untuk elakkan down yg amat sangat

sebagai contohnye,saya la..saya sekarang graf menurun,ada blackhole lagi..so sebelum nie mmg rasa down..tapi bila ada tahu bnda alah nie,saya carik SOLUTIONS iaitu saya carik mentor/sifu/kawan yang boleh support saya melalui masa down nie..

memang dlm graf tunjuk yg saya ada Great Marshal dan Great Strategist dlm zon kawan2 saya yg boleh membantu saya..dan saya kena lebih berhati-hati dengan kesihatan saya sebab ader Great Marshal..   so saya sayang kawan2 saya dan saya pergi regular check up dengan doc supaya saya pastikan saya sentiasa fit dan sentiasa aktif bersukan supaya release segala tension dan berpeluh baik utk badan

yang bestnya..pasal KAYA la..hehe masa usia 16-25 memang saya ade Great martial artist_AF (bukan akademi fantasia oke) yg menyebabkan saya rugi sebab saya silap keputusan bila saya tak tahu graf nie dan saya plak join B****mas..huhu rugi2 tapi yg penting saya tak GIVE UP dan cuba perbaiki diri..dan sedikit sebanyak saya guna graf nie utk plan masa depan saya

sebab saya dah tahu bila vacuum star dan terminating star saya..so kalau terkena pun time tue at least saya dah bersedia dan tak la terasa sangat so mmg ada manfaatnya la graf hayat nie..sebab setiap manusia ada turun dan naik..so kenali la diri dan graf hayat anda..supaya anda tahu untuk perbaiki dan tahu kenapa anda down dan time sesuai kawin hehehe

p/s saya ade booking energy pendant no 769 supaya lebih banyak network dan sukses.. dan 1st time saya rasa oblong kambing

 

 

tips capai kebebasan kewangan (financial freedom)

22 Apr

salam semua..semalam saya g lepak dengan mentor2..berkongsi pandangan dan tips berjaya dalam biz..

ader macam approach dan paling penting kita bergaul dengan orang-orang yang biz minded yang tak kedekut sharing pengetahuan dan berkongsi aura untuk sentiasa kekalkan momentum…

yela,hidup nie memang ada up and down..so kalau rasa down,lepak dengan orang energi positif nie..kita pun terkena tempiasnya dan hidup nie pun kena ada mentor@role model@idola yang boleh kita contohi…

so saya nak kongsi tips dari bisnesman yg telah berjaya…

Bill Gates menjadi jutawan kerana mencipta software…

Michael Dell menjadi jutawan kerana mencipta komputer moden

Warren Buffet menjadi jutawan kerana pasaran saham

Robert T. Kiyosaki menjadi jutawan kerana hartanah

Azizi Ali menjadi jutawan kerana hartanah

Robert Kuok menjadi jutawan kerana gula

Lim Goh Tong menjadi jutawan kerana Genting Highland

Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi jutawan kerana perniagaan

Irfan Khairi menjadi jutawan kerana bisnes internet

Norli Razali menjadi jutawan kerana I-rich…ok kan?

memang betul kita,saya boleh jadi
jutawan atau kaya atau setidak-tidaknya memasuki fasa
‘financial freedom’ atau dalam bahasa Melayunya
‘Kebebasan Kewangan!’ dengan tips yang bakal saya sebutkan nanti iaitu

1. Menuntut ilmu
Jika anda mempunyai minat, belajarlah dan kuasainya.
Ilmu merupakan pelaburan paling berharga dan bernilai
tinggi berbanding yang lain. Peruntukkan sejumlah
wang untuk belajar bidang yang anda minati.

p/s saya suka metafizik,kuasa minda dan alternative medicine so pastikan minat anda masing2 ok?

2. Tindakan
Apabila sudah mempunyai ilmu, maka
buatlah pelan tindakan dan ikuti pelan dan rancangan
yang telah disediakan.

p/s saya ada apply dan sharing sikit apa jua ilmu yang saya ada supaya dapat membantu sedikit sebanyak orang yang saya temui

3. Bersungguh-sungguh & Istiqamah
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal
erti putus asa. InsyaAllah, kejayaan akan datang
dengan sendirinya kelak.
p/s nie part paling ‘payah’ sebab memang ramai orang yang berhenti sebelum berjaya then salahkan biz plak yang salah..sedangkan yang bersalah adalah diri sendiri sebab tak nak berjaya

4. Kegagalan
Jika gagal, jangan sesekali mudah
menyerah. Bangkit semula dan perbaiki kelemahan
yang ada sebelum ini. Kegagalan adalah proses
meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengalaman.

p/s saya pun penah gagal dalam macam2 biz yang saya ceburi,mungkin masa tue kurang sesuai or xder orang yang bimbing utk berjaya..tapi saya tak pernah surrender..i’m a fighter and learner ok? hehe

5. Fokus
Ramai orang berhenti separuh jalan kerana hilang fokus.
Seboleh-bolehnya, fokuskan kepada satu matlamat
sehingga matlamat tersebut tercapai sebelum beralih
kepada matlamat yang lain.

p/s saya banyak belajar fokus bila belajar kuasa minda..dan alhamdulilah saya semakin fokus pada hidup saya sekarang

6. Belajar dan terus belajar
Ilmu adalah anugerah yang tiada sempadan. Teruslah
belajar walaupun anda telah berjaya. Teruskan belajar
walaupun anda seorang jutawan kelak!

p/s saya tak pernah berhenti belajar kerana sentiasa merasakan tidak cukup ilmu di dada..kerana ilmu Allah sangat luas..dan walaupun dah berjaya,tak salah juga kalau kita belajar orang yang biasa kerana setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri dan tak salah berkongsi…i love sharing!

 

finally my prinze zarif is here!!

08 Apr

salam semua..dah seminggu kan masuk bulan 4..rasa macam baru je semalam 1 april huhu

cepat dah putaran masa,cepat gakla nak kiamat

so berkenaan dengan tajuk entri,dah 2 bulan jugak my lil prinze zarif balik kampung..then tup2,dah balik KL pun

yeah yeah!!

nie zarif masa 2hari.. my encem boy

so nnt auntie dtg jumpa zarif ye..tak sabar nie

then rangkuman aper yg menarik berlaku pada minggu lepas dan minggu nie (macam berita lak)

masa saya kerja malam,saya telah terserempak dengan kejadian yg mengejutkan..mcm suspen lak eh…

xderla,cuma ader kes seorg ibu terbersalin dalam kereta di depan ER pada pukul 3 pagi…

masa kes dtg tue,ingat baru je pecah ketuban then mtk ibu naik atas wheel chair..tetiba xboleh bangun sebab dah rasa baby nak keluar..

saya terus amik katil di dalam,tak sampai seminit pun saya sampai dgn katil tetiba saya tgk dah ader baby atas dada ibu..wow!!

terus call midwife utk turun potong tali pusat dan wrap baby cepat sebab takut  baby sejuk..

ibu bawak ke resus dan kena jahit la..auch!!

tapi saya handle baby jer..and hantar ke ibu jap utk bgtau jantina baby dan g nursery supaya dorg boleh jaga utk letak dlm incubator@baby cord

alhamdulillah,baby dan ibu selamat

tue la pengalaman kerja ER,1 st time bagi saya..tp dah 2x jadi kat ER nie…hehehe

then,pada hari isnin lepas saya otw g kerja..then ader lak terserempak dengan geng2 mat rempit dekat bulatan kena tahan dengan polis..then ada nampak body terbujur tgh2 jalan tapi dah di tutup la..

innalilah…semoga rahmatnya dirahmati,mungkin dorang tergesel satu sama lain sebab tak nampak kereta lain yg terlibat..kesian,dah sampai ajal…dan tak terlambat rasanya saya ucapkan takziah pada keluarga Din Beramboi atas pemergiannya…

Al-Fatihah

dan malam tue pulak,biasa saya pergi ke kompleks kg pandan utk main badminton…tetiba ABA phat saya telah menyebabkan jammed lebih kurang 1 jam area pandan indah hala ke tesco ampang..

kerana kabel clutch saya terputus di tengah jalan..walaupun saya di hon,saya buat derk and positif,rileks…

terus call Dream Machine team utk setelkan problem ABA..dan jutaan thanks saya ucapkan sebab membantu saya..hehehe

nnt kita g minum2 ye..heheh

dan pada minggu nie saya dah merasa la hasil titik peluh saya bersama I-RICH alhamdulilah

semoga usaha saya berterusan dan rezeki saya murah sentiasa..nak info pasal i-RICH boleh contact saya di

012-9783638/013-6383638

or tgkla blog pari2 duit di http://paripariduit.blogspot.com

p/s saya belum tahap jutawan,kaya pun belum…tapi senang tue dah ada…tapi paling penting target saya

jadi jutawan ISLAM yang HEBAT!! amin

 

norli’s boards of dreams

20 Mar

my dream car

my dream home

furnished my house with ikea products

my entertaiment

my gadgets

reads a lot of books

financial freedom

travel and enjoy myself

my dream phone

my favourite laptop

my ideal wedding  

manage my financial wisely (can spend and save at same time)

 

aura jutawan

19 Mar

KELUARKAN AURA JUTAWAN DALAM DIRI ANDA


i-Rich696 akan mengadakan satu program khas yang menggabungkan 16 BAKAL JUTAWAN, MENTOR & LEADER yang akan berkongsi pengalaman serta menyediakan banyak tip-tip kejayaan yang sangat2 bermanfaat!
Gabungan 16 bakal jutawan ini yang terdiri dari pelbagai latarbelakang yang berbeza akan berkongsi kejayaan yang mereka perolehi dalam prog i-Rich yang banyak mengubah hidup mereka.
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!! PERCUMA!

Terbuka kepada sesiapa yang ingin berjaya & mengubah kehidupan yang lebih bermakna!
Tarikh : 20 Mac 2010 (sabtu)
Masa : 8.30 malam – 11.30 malam
Tempat : Centre i-Rich 696, No.47-1B, Jalan Putra Permai 1A, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.

Jamuan ringan disediakan.

SILA DAPATKAN PAS MASUK DARI AHLI2 i-RICH696 SAHAJA.Send ke 017-2323369 atau emailkan kepada prinze.junior@gmail.com (Nama penuh, no ic, alamat, no.hp & email). ANDA DILARANG MASUK TANPA PAS MASUK KEBENARAN DARI AHLI i-RICH696!

 

Doa dari Al-Quran Rahsia Terunggul

01 Mar

salam semua..selamat menyambut maulidur Rasul..dan tahniah juga pada kawan baik saya Nurulhuda Samsudin yang menyambut kelahiran bayi lelaki pertama pada hari yang sama(26/02/2010)..nama dah ader tapi tak confirm lagi..

so nie la pic baby prinze..ensem

okla,sekarang dah masuk bulan ke 3 untuk tahun 2010..cmner dengan matlamat,azam anda?berjalan seperti yang dirancang,tersekat di tengah jalan atau tak mula pun lagi?

kat sini saya pun nak petik kata2 mentor dari I-RICH tentang tips2 bagaimana untuk berjaya denganMUDAH dan CEPAT..

“Jawapannya kerana mereka tidak fokus apa yang dikehendaki. Bila berdepan dengan sedikit halangan & kepayahan, mereka berhenti! Tips yang paling senang, Senaraikan APA YANG KITA MAHU & tanya semula yang mana BENAR2 KITA MAHU DULU. Dah PASTI, kita TETAPKAN MATLAMAT TERSEBUT & tuliskan DATE LINEnya. Kemudian kita FOKUS & gunakan SPEED dalam TIME-FRAME!

Mulai hari ini, Buat MATLAMAT JELAS & bekerja ke arah matlamat tersebut & JANGAN BERHENTI selagi matlamat belum tercapai. Untuk berjaya, berdoa, berusaha, istiqamah & tawakal pada Allah SWT. Amri selalu berpesan pada rakan2 supaya “BELIEVE” pada potensi diri & keluarkan KEHEBATAN DIRI, BERANI & LAWAN DIRI DARI DIKUASAI NEGATIF. VISUALISEKAN MATLAMAT ANDA! Pastikan kita sentiasa bersama & bergaul dengan orang2 positif untuk kekalkan aura positif yang konsisten. Bekerjalah dalam SATU PASUKAN, carilah ILMU dari MENTOR2 hebat yang sentiasa bersedia membimbing & bacalah buku2 yang berkaitan”
“SUCCESS BY DESIGN & THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET”
-BY Mentor Amri @I-RICH-
p/s dah tengok gambar saya di blog nie??
then saya juga nak berkongsi doa yang saya perolehi bila membaca buku Al-Quran Rahsia Terunggul yang saya ada sebut di entri yang lepas..

Bacalah doa ini untuk anda setiap pagi

Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajar kepadaku sebahagian tabir mimpi.(Ya Tuhan),Pencipta langit dan bumi. Engkaulah di dunia dan akhirat,wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku bersama orang-orang yang soleh. (QS,12:101)

Ya Tuhanku,masukkanlah aku ke jalan yang benar dan keluarkanlah aku dengan cara yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong (QS,17:80)

Ya Tuhanku,lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku(QS,20:25-27)

Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik. (QS,21:89)

Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat(QS,23:29)

Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan, Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku. (QS,23:97-98 )

Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh dan jadikanlah aku tutur kata yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mempusakai syurga yang penuh kenikmatan. (QS,26:83-85)

Bacalah doa ini untuk orang lain setiap hari setelah solat asar dan bacalah meskipun berada di tempat parking,di bas,di pejabat.

Wahai Tuhanku.kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil (QS,17:24)

Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segalanya, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksa neraka yang menyala-nyala, Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga Adn yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapa mereka,isteri mereka dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar.(QS,40:7-9)

Bacalah doa ini untuk kita semua setiap hari setelah solat maghrib atau Isya

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan bukan(pula jalan) mereka yang sesat. (QS,1:6-7)

Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (QS,2:127)

Ya Tuhan kami berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka. (QS,2:250)

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami pikul. Berikan kemaafan kepada kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir (QS,2:286)

Ya Tuhan kami,janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, sesungguhnya Engkaulah maha pemberi (kurnia). (QS,3:8 )

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar(seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami san wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji (QS,3:193-194)

Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMu) (QS,7:126)

Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan berilah kami rahmat dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang Paling Baik. (QS,23:109)

Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan kekal. (QS,25:65)

Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segalanya. (QS,66:8 )

p/s digalakkan juga anda semua beli buku nie..Al-Quran Rahsia Terunggul di pasaran

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes