RSS
 

Archive for the ‘berita’ Category

boleh kita couple??

29 Aug

salam semua…sejak akhir2 nie saya selalu nak kongsi artikel yang best2 dari emel motivasi saya dapat (FinerMinds)

dan salah satunya adalah carta pasal relationship (funny)

boleh rujuk kalau nak mulakan sesuatu perhubungan..tapi jangan la percaya pulak..ni untuk kurangkan stress dan buat anda terfikir sejenak mungkin boleh beri nasihat sedikit sebanyak ( tapi mungkin sedikit sebanyak nasihat tue tak berapa sesuai sebab western kan)

just for fun guys!! (kalau ada simbol lucah atau perkataan yg kurang elok tue harap dimaafkan)

 

days at school

27 Aug
salam…norli is back!!  
lama tak menulis kat blog nie…sebelum puasa sampai la dah 2minggu kita puasa eh…
cepat giler putaran jam sekarang nie..hidup pun rasa makin singkat..
okla..nk bercerita yg tentang saya yang dah start sambung belaja..di IMU
semuanya berjalan dengan penuh dugaan jugak tapi alhamdulilah la semuanya
cuma dugaan saya sikit je berbanding dengan kawan sekelas saya…
bermula pagi,saya bergerak ke LRT untuk g ke IMU..naik ABA tapi parking kat umah lama..
senang jalan kaki dan nanti balik tak sesak and jammed sgt..
sampai2 je,penuh dewan dengan budak medic baru..then parents yg anta anak2 diaorg tnya saya
ingat sambung medic jugak (nie yg lagi semangat nak jadi Dr nie heheh..
p/s dah pakai handbag pun makcik/pakcik nampak saya macam budak baru abis study huhuh
nie la handbag bakal adik ipar saya bagi…
terbangak2 jugak la nak carik kawan sekelas yg lain..tapi saya je yg dtg dulu..huhu
then saya round2 sensorang..bila masuk balik jumpa la kwn kelas saya nama Teh@Cassandra dari Gleneagles..
ok la dah ada kawan…then tunggu je kat dalam dewan jumpa lagi 2org kawan,nama Jaya dan Donna dari Penang Adventist..giler la jauh..tpi memang salute la dorg sebab sanggup datang dari jauh tue semata nak sambung degree..
then tak lama pastu ada sorang lagi kawan datang..nama Ann dari Kuching plak..nie memang saya respek sangat2 kat dia..sanggup berkorban..amik flight…stay damansara dan travel plak ke IMU..tue pasal saya rasa dugaan saya kecik je compare dengan kawan2 lain..
then berkenalan la kami..ada 8org semua satu kelas Degree Nursing Science..small group kan?tapi saya suka jugak sebab kelas jadi one to one..dan kitaorg jadi close la sebab nanti ada discussion senang
then paling xtahan kat sini..semua student mostly non-muslim la…chinese paling ramai..so memang saya solo survivor la nak compete dengan kawan2 lain..then tergugat sikit la iman nie..huhu..sabar2..puasa
then masuk belajar balik bermakna ada la buku teks…hehe…masa untuk study..FOKUS norli!!
nie la buku teks yg kena khatam
then bermula la orientasi…cmner nak login system..yela sebab kitaorg nie belaja out-campus (online) sebab kena la terer or adapt system IMU..
tapi system dia simple but still canggih la…
then buat tour round satu IMU..letih weh kaki huhuh
then the next day,dah mula la lecturenya…siap ada homework tapi norli baca sikit je coz tak baper faham lagi huhu…
slow2 norli..sure can do it la!!
so semua2 doakan saya buat yang terbaik dan cemerlang ok!
nampak temban eh? huhu
 

ber’sms’ sambil memandu

18 Jun

salam semua..saya berada di rumah parents (melepak kejap) sebelum meneruskan aktiviti malam ini

iaitu sessi coaching bersama mentor di centre IRICH

dapat tips untuk  income yang masyuk dan hebat supaya lebih cepat capai impian masing2

LEARNING….IS FUN!

masa melepak di rumah,saya tengok Oprah Winfrey (p/s saya minat dia) dan bercerita tentang cerita yang kita semua buat setiap hari tapi tak pernah fikir keburukannya (p/s saya pun selalu buat jgk)


tajuk entri di atas..macam biasa buat kan??dikatakan dalam show Oprah orang yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit 4x lebih merbahaya dari orang yang memandu semasa mabuk

dan Oprah jemput keluarga yang kehilangan orang tersayang kerana terbabit dalam kemalangan akibat dilanggar orang yang ber’sms @ menggunakan telefon semasa memandu..sangat sedih la bila kita hilang org kesayangan akibat kesalahan yang boleh 100% dielakkan..setuju?

mungkin kita tak terasa sangat pun sebab….belum pernah terjadi dalam hidup anda kejadian begini..tapi jika dah terkena,menangis airmata darah pun tak berguna..betul??

dan ada jugak sesetengah orang yang angkuh dan berlagaknya akan cakap,saya multitasking..sure boleh drive and sms..xpenah accident pun…yela,xpenah kena boleh la cakap gitu…nasib baik aje tue…

dan Oprah ada jugak jemput 3 orang yang anggap diri dia giler hebat boleh sms dan drive untuk lakukan ujian memandu..2 situasi..tanpa telefon bimbit dan dengan telefon bimbit…so terang2 la kantoi sms masa  drive kan..

sebab otak kita perlu fokus semasa memandu..dan bila sms/bercakap di telefon menyebabkan penumpuan kita terganggu..kita akan kurang peka dengan persekitaran kita especially dari sisi mata kita..

cuba la try,kalau kita tengok straight ke depan..kita still nampak sisi,side mirror kan…tapi bila kita tengok HP,sms bahagian sisi tue akan jadi kabur@hilang

dan kalau ada yg cakap,saya pakai hands-free..hmm,sama je pun..xder alasan pun nak guna telefon semasa memandu..

so SOLUTION nya..berhentikan kereta di tempat yang selamat jika nak balas SMS or jawab cal..

p/s saya pernah jugak marah kawan saya sebab tak jawab call masa dia memandu sedangkan itula sikap yang betul..masa tue belum insaf sekarang dah tobat

 

seminar graf hayat

27 Apr

 

salam semua..cuti yang panjang pada minggu lepas tapi sangat bermanfaat..

sebab saya hadiri kelas sifu saya En.Eddy Rosyadie di S.alam pada sabtu dan ahad..kalau 2 minggu lepas saya g kelas follow up utk mind power

dan perubahan yang saya rasai..semakin YAKIN dengan diri sendiri dan semakin FOKUS..dulu saya yakin jugak tapi lebih banyak tak berani nak mencuba..

dan kalau ikut potensi,saya mempunyai 123 dan 246 dan baru sekarang saya boleh gunakan..sebab saya nampak dalam I-RICH saya boleh bercakap dan berkongsi/membantu orang ramai dengan memperbaiki tahap kewangan mereka

dan seminar kali nie,lebih kurang macam kita dibekalkan dengan manual hidup kita..macam kereta kan kalau kita beli ada manual dia

bukan tilik nasib or kena percaya pasal graf tue..tapi dorongan dan masa tu akan tiba bila kita tengok graf jatuh atau naik..dan kita sebagai umat Islam kalau dah ada petunjuk tue,boleh buat pembetulan untuk elakkan down yg amat sangat

sebagai contohnye,saya la..saya sekarang graf menurun,ada blackhole lagi..so sebelum nie mmg rasa down..tapi bila ada tahu bnda alah nie,saya carik SOLUTIONS iaitu saya carik mentor/sifu/kawan yang boleh support saya melalui masa down nie..

memang dlm graf tunjuk yg saya ada Great Marshal dan Great Strategist dlm zon kawan2 saya yg boleh membantu saya..dan saya kena lebih berhati-hati dengan kesihatan saya sebab ader Great Marshal..   so saya sayang kawan2 saya dan saya pergi regular check up dengan doc supaya saya pastikan saya sentiasa fit dan sentiasa aktif bersukan supaya release segala tension dan berpeluh baik utk badan

yang bestnya..pasal KAYA la..hehe masa usia 16-25 memang saya ade Great martial artist_AF (bukan akademi fantasia oke) yg menyebabkan saya rugi sebab saya silap keputusan bila saya tak tahu graf nie dan saya plak join B****mas..huhu rugi2 tapi yg penting saya tak GIVE UP dan cuba perbaiki diri..dan sedikit sebanyak saya guna graf nie utk plan masa depan saya

sebab saya dah tahu bila vacuum star dan terminating star saya..so kalau terkena pun time tue at least saya dah bersedia dan tak la terasa sangat so mmg ada manfaatnya la graf hayat nie..sebab setiap manusia ada turun dan naik..so kenali la diri dan graf hayat anda..supaya anda tahu untuk perbaiki dan tahu kenapa anda down dan time sesuai kawin hehehe

p/s saya ade booking energy pendant no 769 supaya lebih banyak network dan sukses.. dan 1st time saya rasa oblong kambing

 

 

tips capai kebebasan kewangan (financial freedom)

22 Apr

salam semua..semalam saya g lepak dengan mentor2..berkongsi pandangan dan tips berjaya dalam biz..

ader macam approach dan paling penting kita bergaul dengan orang-orang yang biz minded yang tak kedekut sharing pengetahuan dan berkongsi aura untuk sentiasa kekalkan momentum…

yela,hidup nie memang ada up and down..so kalau rasa down,lepak dengan orang energi positif nie..kita pun terkena tempiasnya dan hidup nie pun kena ada mentor@role model@idola yang boleh kita contohi…

so saya nak kongsi tips dari bisnesman yg telah berjaya…

Bill Gates menjadi jutawan kerana mencipta software…

Michael Dell menjadi jutawan kerana mencipta komputer moden

Warren Buffet menjadi jutawan kerana pasaran saham

Robert T. Kiyosaki menjadi jutawan kerana hartanah

Azizi Ali menjadi jutawan kerana hartanah

Robert Kuok menjadi jutawan kerana gula

Lim Goh Tong menjadi jutawan kerana Genting Highland

Syed Mokhtar Al-Bukhari menjadi jutawan kerana perniagaan

Irfan Khairi menjadi jutawan kerana bisnes internet

Norli Razali menjadi jutawan kerana I-rich…ok kan?

memang betul kita,saya boleh jadi
jutawan atau kaya atau setidak-tidaknya memasuki fasa
‘financial freedom’ atau dalam bahasa Melayunya
‘Kebebasan Kewangan!’ dengan tips yang bakal saya sebutkan nanti iaitu

1. Menuntut ilmu
Jika anda mempunyai minat, belajarlah dan kuasainya.
Ilmu merupakan pelaburan paling berharga dan bernilai
tinggi berbanding yang lain. Peruntukkan sejumlah
wang untuk belajar bidang yang anda minati.

p/s saya suka metafizik,kuasa minda dan alternative medicine so pastikan minat anda masing2 ok?

2. Tindakan
Apabila sudah mempunyai ilmu, maka
buatlah pelan tindakan dan ikuti pelan dan rancangan
yang telah disediakan.

p/s saya ada apply dan sharing sikit apa jua ilmu yang saya ada supaya dapat membantu sedikit sebanyak orang yang saya temui

3. Bersungguh-sungguh & Istiqamah
Lakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa kenal
erti putus asa. InsyaAllah, kejayaan akan datang
dengan sendirinya kelak.
p/s nie part paling ‘payah’ sebab memang ramai orang yang berhenti sebelum berjaya then salahkan biz plak yang salah..sedangkan yang bersalah adalah diri sendiri sebab tak nak berjaya

4. Kegagalan
Jika gagal, jangan sesekali mudah
menyerah. Bangkit semula dan perbaiki kelemahan
yang ada sebelum ini. Kegagalan adalah proses
meningkatkan kemahiran dan menambahkan pengalaman.

p/s saya pun penah gagal dalam macam2 biz yang saya ceburi,mungkin masa tue kurang sesuai or xder orang yang bimbing utk berjaya..tapi saya tak pernah surrender..i’m a fighter and learner ok? hehe

5. Fokus
Ramai orang berhenti separuh jalan kerana hilang fokus.
Seboleh-bolehnya, fokuskan kepada satu matlamat
sehingga matlamat tersebut tercapai sebelum beralih
kepada matlamat yang lain.

p/s saya banyak belajar fokus bila belajar kuasa minda..dan alhamdulilah saya semakin fokus pada hidup saya sekarang

6. Belajar dan terus belajar
Ilmu adalah anugerah yang tiada sempadan. Teruslah
belajar walaupun anda telah berjaya. Teruskan belajar
walaupun anda seorang jutawan kelak!

p/s saya tak pernah berhenti belajar kerana sentiasa merasakan tidak cukup ilmu di dada..kerana ilmu Allah sangat luas..dan walaupun dah berjaya,tak salah juga kalau kita belajar orang yang biasa kerana setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri dan tak salah berkongsi…i love sharing!

 

evolusi minda asas

29 Mar

 

salam semua..lamer dah tak update..sangat bz 2-3 menjak nie

so lepas je balik dari bercuti yg panjang..saya mula bekerja hr isnin..nasib baik la tak bp bz sbb biasa isnin giler bz

so hari selasa say ader appointment plak dgn doc..utk follow up la..nasib baik ok..cuma saya kena berhati2 lebih bile ade pesakit yg ada masalah URTI (upper respiratory infection) mcm batuk,selsema sbb saya akan senang jangkit..

hari rabu plak kerja lagi..petangnya berjimba dengan hebatnya di karok utk menghilangkan stress dgn geng ER dan aktiviti berlanjutan di taman equine utk i-RICH

khamis kerja mcm biasa dan jumaat,sabtu dihantar utk g kursus ECG..kat hotel armada..best gak biler dapat pendedahan utk baca ECG dgn lebih mudah dan senang..nnt kena wat CNE la..mcm biasa heheh

then hr ahad,g kursus evolusi minda asas..dari pagi sampai ptg..best sebab belajar ilmu minda..sebab saya mmg suka belajar..tak kisahla saya dah tau ke belum ilmu nie..tp mmg menarikla..rasa mcm nak join yg advance punya tapi jadual mcm kena plan baik punya

malamnya saya terus g kerja..itula summary jadual minggu nie.sangat hectic/packed tapi saya gembira dan happy..dan start esok kena start wat pantang mkn dgn meditasi selama 21hr huuhu

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes