salam semua..saya akan bekerja malam so hari terluang banyak gak la sekarang..
ok2,berkenaan dengan entri di atas..saya sebenarnya dah abis membaca sebuah buku yang saya pinjam dari kenalan saya,akak Fauziah yang sama2 pergi ke seminar en.eddy kat s.alam
buku nie lama..tak sure ade tak lagi kat kedai2 buku…
tajuk dia panjang giler ![]()
“APA YANG PERLU DIKATAKAN APABILA ANDA BERBICARA DENGAN DIRI ANDA SENDIRI”
tapi best la buku nie…saya baca dekat sebulan..untuk betul2 memahami isi kandungan nya..
banyak motivasi yang diberi..saya bagi sikit ulasan eh pasal buku nie…
isi yg pertama adalah jika fikirkan kembali..jika ada byk peyelesaian/motivasi yg bagus..kenapa tidak bawa perubahan kekal dalam hidup?
contohnya,mengapa ramai orang membaca ‘pemikiran positif’ ambil keputusan untuk berubah dan 6 bulan kemudian,berfikir seperti sebelum mereka membaca buku tersebut…??
ini kerana ada 3 faktor yang tiada dalam hampir semua buku yg kita baca
1) motivasi luaran hanya bersifat sementara..2) tidak terangkan secara mendalam fungsi minda yang sebenar ..3) tiada set arahan baru yg perlu diberi pada minda separa sedar..
so apa saja cara anda pilih utk buat perubahan tanpa ubah ‘pemprograman’ asal..yakni kelaziman yg bertahun2..hasilnya yg ingin anda laksanakan tidak akan berjaya or kekal..
analoginya mcm nie..monitor komputer adalah penampilan atau tindakan kita..yang dipamerkan pada sekeliling kita..keyboard adalah semua deria rasa kita..dan segala maklumat yg direkodkan disimpan di dalam hard disk iaitu minda separa sedar anda..so segala yg telah diprogramkan akan KEKAL..
tapi anda boleh memprogram SEMULA..dengan padamkan program asal yg NEGATIF,TAK PRODUKTIF dan bertentangan dengan anda..TUKAR kepada program yang baru,SIHAT dan POSITIF..
DELETE,UNINSTALL program lama dan INSTALL program baru..dan yang apa yg patut lakukan untuk install tue…belajar bagaimana untuk berbicara dengan diri anda sendiri..dengan SET ARAHAN BARU
kalau tak berapa faham lagi..bayangkan minda anda sebuah bilik…tempat di mana anda tinggal dengan pemikiran anda..yg telah dilengkapi dengan PERABOT yang di’warisi’…iaitu pemikiran negatif dari sesiapa saja yg bantu kita memprogramkan minda separa sedar kita…
semua perabot dah usang,lapuk,patah..dan datang seseorang yg setuju nak bantu buang semua perabot tue..kita keluarkan segala pemikiran negatif dan simpan dalam garaj..dan treng!! anda dah jadi seorang yg positif sebab bilik anda dah kemas.. ![]()
then pukul 6 petang,anda duduk dalam bilik tue..tanpa perabot baru..dan percayalah..anda akan bawa balik masuk perabot lama..sebab kita dah selesa dengan pemikiran yang paling lama mendampingi kita…
so untuk betul2 berubah,segala perabot buruk tak perlu di simpan di garaj tapi perlu dilonggok dan dibakar…dan siap2 kan sebuah trak perabot yang bawa perabot baru dan cantik untuk hiaskan bilik anda..
so anda telah mencipta diri anda yang baru!! Tahniah
see what i mean? ![]()
tapi kebanyakan orang,perubahan itu tidak berkesan..kerana cuma bersifat sementara..kita boleh tukar sahabat,pasangan,pekerjaan atau lokasi dan kita masih bawa diri dalaman yg sama-identiti yang sama yg membuat kita sedih atau sebabkan kesusahan pada kita..dan macam mana kita berharap untuk lebih berjaya..mana mungkin!!
untuk menentukan kejayaan atau kegagalan kita
1) pemprograman bentuk kepercayaan
2) kepercayaan bentuk sikap
3) sikap bentuk perasaan
4) perasaan tentukan tindak tanduk
5)tindak tanduk bentuk hasil
fikirkan dan selamat beramal ye? ![]()













