saya&mike accident :’(
as salam semua
saya sedang ber’MC” selama 3hari kerana terlibat dalam kemalangan
keadaan saya alhamdulillah tak teruk..cuma benjol kat dahi dan sakit leher sikit
tapi nie pun dah beransur pulih…syukur kerana Allah masih panjangkan umur saya
kejadian jadi pada hari isnin malam (27/2/2012) dalam pukul 10malam di hadapan Hospital Ampang
saya memandu dari bandar baru ampang selepas melepak di rumah family angkat saya….dan secara TIBA-TIBA sebuah myvi membelok ke kanan dan saya tak sempat nak brek dan terus direct langgar kereta itu…
saya dah nampak kereta itu di persimpangan cuma tak sangka dia masih nak membelok…masa kereta dah dekat dan saya cuma nampak lampu kereta saya menyuluh kereta myvi tu
satu perkataan yang saya sebut sebelum saya pejam mata….ALLAH!!
dan bila sedar,saya dengar orang panggil saya..saya tersadai di dinding Hospital Ampang dengan Mike saya berasap ![]()
orang-orang yang saksikan kejadian tu banyak membantu..keluarkan saya yang tengah terpinga-pinga dan sakit kepala sebab terhantuk
syukur tiada luka atau terhantuk pada dada..cuma saya jadi GAGAP
mungkin sebab saya terlalu terkejut…
teman rapat datang temankan saya kejap di hospital ampang sebelum buat keputusan untuk buat pemeriksaan di hospital tempat saya kerja..
so saya pun diperiksa…doc tak risau sebab saya tak de luka2..cuma biasa la ade sakit leher dan benjol..tapi buat CT brain sebab saya gagap…
tapi lepas CT brain alhamdulillah selepas 2jam gagap,saya boleh bercakap seperti sedia kala..mungkin post-trauma boleh buat kita bercakap macam tu..
patut nak buat report malam tu jugak tapi sebab gagap kan,so polis suruh rehat dulu..boleh repot dalam masa 24jam
saya tengah perhatikan mike… ![]()
so saya dimasukkan ke dalam wad untuk pemerhatian..so berehat la saya..syukur takde mimpi ngeri..nyenyak je tido ![]()
dan esoknya discharge dari wad dan buat repot polis…dan lusanya saya pergi jenguk mike di bengkel untuk ambik barang2 dalam keta..
so mike duduk diam2 kat sana ye..xtau bila boleh siap mike saya..harapnya secepat mungkin la ![]()
Facebook comments:
norlirazali.com



