new year new me :)

as salam semua

mood nak update blog hilang jauuuuuuuuuuh ke laut betul sekarang nie…

mungkin banyak sangat agenda di minda sampai dah tak tau nak tulis pe

so nak mula dari mana ye?

ok la..mula je disember nie..ade buat skit part-time job yang beri peluang pada saya utk menambah pendapatan,kenalan dan paling penting pengetahuan

sangat teruja dalam menceburi bidang nie terutama bab income heheh

dan salah satu rasa seronok sebab terasa sentiasa disokong dan dihargai

dan kepada teman2 yang dah join dan beri peluang pada saya

jutaan terima kasih kerana sentiasa percayakan saya,beri sokongan kepada saya

Insya Allah saya tidak akan hampakan anda semua dan teruskan menyokong saya (ayat macam dapat anugerah skrin…hehehe)

bulan nie jugak pergi seminar New Year New You

biasala tujuan pergi seminar untuk memperbaiki diri yang biasa dah lemau di hujung tahun

namun untuk siapkan diri supaya bersedia untuk tahun naga 2012 kita harus bermula awal p/s kan dah masuk tahun baru hijrah so memang dah patut berlaku transformasi 

p/s cuma transformasi bertukar title saya  je belum termakbul lagi hehehe doakan saya ye..

sebut pasal tukar2 title nie..tahniah diucapkan pada 2 kawan tempat kerja saya yang dah jadi PUAN kenyang makan nasi minyak hihihih dan kawan yang dah jadi tunangan org..jangan lupa jemput ye

 

 

nak berkongsi jugak satu kursus yang sempat saya pergi di bulan disember nie

‘Bengkel menguasai keajaiban Frekuensi Asma Illahi’ program yang berunsurkan kerohanian atau spiritual Islam

nie alamat website kursus ini jika ade yang berminat

www.seminar2u.net

di sana banyak belajar dan didedahkan dengan amalan para sufi tentang kerezekian dll

dan setelah melakukan zikir dan amalan lain secara istiqamah…dengan meyakini segalanya datang dari Allah

Alhamdulillah berlaku banyak perkara baik dalam hidup saya…dan walaupun masih ade ujian tapi rasa tenang dan tabah serta yakin dalam menghadapinya

kerana YAKIN Allah Maha kuasa atas segalanya

saya sentiasa dan masih dalam proses belajar melakukan amalan zikir secara istiqamah dan masih ade jugak terbabas sana sini namun yang penting ikhlas dan bersungguh

dan saja nak buat pengumuman..pada 17hb saya berjaya lulus ujian dari FiMM dengan izin Allah

18hb plak temankan mak g function di HQ Avon (muka ngantuk sebab kerja malam) hehehe..

bersama Hajah Noraini (:

dan dah tinggal berapa hari saja lagi nak masuk tahun baru 2012

rasa sangat excited!!!!

saja nak kongsi jugak artikel Irfan Khairi yang best mengenai semangat yang LUAR BIASA walaupun kita manusia biasa bukan superman mahupun suparman

Artikel: Cara mendapat semangat luar biasa

Oleh: Irfan Khairi

 

 

Saya ada baca buku ini yang agak menarik “The Outsider’s Edge” oleh Brent D Taylor. Buku tersebut menerapkan konsep mengenai mereka yang tersisih dan mereka yang gagal… lagi mudah mencapai kejayaan!

 Dalam buku tersbeut di beri contoh Oprah Winfrey, bagaimana daripada seorang anak yatim piatu, menjadi billionaire. Kalau nak tengok contoh terdekat, bagaimana Tan Sri Mokhtar Bukhary daripada hidup susah di rumah papan tanpa katil, menjadi seorang billionaire.

Jawapannya- the Outsider’s Edge.

Maksudnya, mereka yang terasa diri terasing, akan mempunyai semangat yang luar biasa untuk berjuang mencapai kejayaan. Dari segi motivasi, mereka yang gagal, terbuang, tersisih daripada keramaian akan mempunyai satu motivasi yang hebat untuk keluar dari kepompong kesusahan dan kemiskinan.

Dari perkataan “Outsider” menunjukkan mereka yang “diluar”…

Jadi di situ lah kita dapat lihat juga, mengapa ada orang Indonesia datang ke Malaysia jalankan perniagaan menjadi Jutawan. Bagaimana mereka yang hidup susah, tetapi diberi peluang, mencapai kejayaan yang cemerlang. Mereka yang gagal dalam perniagaan berkali-kali boleh berjaya juga akhirnya.

Bagi diri saya juga, apa yang memotivasikan saya untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet adalah kegagalan saya 10 tahun lalu di mana saya hanya mendapat 3 pelanggan selama setahun. Bila terasa diri tersisih, atau gagal, maka, di situ timbul semangat luar biasa untuk berjaya.

Kalau kita belum mencapai kejayaan cemerlang, mungkin juga kerana kita belum pernah gagal-segagal-gagalnya yang memaksa kita ke dalam keadaan Outsider’s Edge untuk timbulkan semangat luar biasa!

p/s A winner is a dreamer who never quits!

it’s ME

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Welcome , today is Thursday, 23/02/2012