salam semua….
tengah makan or tengah kerja ke mohon
diucapkan baca bismillah dulu supaya segala perkara kita mendapat keberkatan ye?? ![]()
ok la..selalu saya dapat idea bila tengok Oprah…hehe
tajuk hari ni ialah…idola idaman hati ![]()
contoh artis jemputan yang dia jemput shaun cassidy tapi saya tak kenal la..artis zaman 1970-an
tahun 1970-an (kinda cute la…mungkin heartthrob mak saya
) betul ke eja??hehe
yang nie sekarang..ok la…senyum masih maintain ![]()
( of coz dia jemput artis kan sebab semua orang jadikan artis idola) tapi mungkin saya tak la..
minat ada la…not really crush (walaupun dulu saya jugak ade simpan gambar titanic -Leonardo Dicaprio) tapi kena rampas masa buat checking asrama…huhu ![]()
tapi saya suka citer titanic tue sebenarnya..the actor cuma bagi penyedap mata jer
(tapi saya siap ade kaset soundtrack citer titanic..sampai jahanam la kaset tu..heheh) sbb masa tue xde CD lagi…huhu ![]()
ok dah melalut…tue artis zaman kita tak kenal…then tetiba Oprah jemput Backstreet Boys ( saya suka jugak la geng BSB nie..their song and dance movement) heheh ada jugak beli kaset dia…
nie bukan saya punya..saya amik dari pakcik google ![]()
tapi macam nie la..saya beli yang ori ye..sebab dekat pasar malam xder kaset BSB..kaset dangdut banyak la hehe

dan bila tengok terujanya 2 peminat BSB yang dijemput sebabkan saya tersentuh…( saya kena akui saya agak ‘cengeng’ – bahasa jawa) huhu…sebab menangis tak semena-mena..mungkin kerana kerana saya rindukan seseorang…juga idola saya…
sebab teringat zaman budak2..confirm la semuanya idola tue dari kalangan artis..termasuk la saya..(teringat saya pada kawan saya yang fanatik BSB)..heheh
dan bila dah meningkat dewasa nie…meniti hidup yang semakin penuh liku..pemilihan idola pun bertukar dan berubah
dan saya pun begitu..berjumpa dengan pelbagai orang dan ragam…belajar tentang kemanusiaan dan kerohaniaan..dan berjaya membina kembali ‘saya’ yang pernah hilang kerana kesilapan lalu..
dan bertemu mereka yang hebat..membuatkan saya berbangga kerana mereka hebat..tapi itu yang kita nampak daripada luaran..dan bila kita semakin mengenali seseorang..bukan senang untuk menjadi hebat..
terlalu banyak kesukaran yang dilalui..jatuh bangun yang tak pernah orang lihat dan ketahui..tapi kesabaran mereka dibayar setimpal dengan apa yang mereka tempuhi..
bak kata orang..kesengsaraan itu penuh hikmah..kerana hikmah Allah itu tak terjangkau dengan pemikiran kita..
dan tetiba jugak masa tue teringat idola saya,Allahyarham Puan Arina Abbas…yang banyak bantu saya
dan saya merinduinya saat ini ![]()
dan teringat jugak 2-3 hari sebelum pemergian beliau..saya menyukai lagu Sedetik Lebih dari OST Hikaya Merong Mahawangsa nyanyian Anuar Zain..dan sering teringat beliau bila terdengar lagu nie..
maka..jika saya teringat pada arwah…saya sedekahkan al-fatihah dan humming lagu nie bila ‘tak boleh’ ![]()
dan nak tutup entry kali nie..terima la video dari KRU
Sedetik lebih (malay full version)
p/s saya tak pernah kehilangan Puan Arina sebab saya dah simpan dalam hati saya..selama hayat saya masih ada..
semoga bertemu di syurga
Insha Allah