kenapa sesetengah berjaya,yang lain tidak??
soalan ini telah menjadi soalan misteri sejak manusia merasa tidak puas tinggal di gua dan cuba mencari cara untuk menjadikan kehidupan lebih selesa. mungkin perbandingan berikut adalah di antara CIRI-CIRI orang yang GAGAL dan orang yang BERJAYA.
orang BERJAYA- mengetahui dengan jelas apa yang diingini,mempunyai rancangan untuk mendapatkannya,mempercayai kemampuan diri dalam usaha mendapatkannya dan meluangkan sebahagian besar daripada masanya bagi mendapatkan apa yang diingininya itu.
orang GAGAL-tidak mempunyai matlamat tetap di dalam kehidupan,mempercayai bahawa semua kejayaan adalah hasil daripada ‘tuah’ dan bergerak melakukan inisiatif hanya setelah dipaksa.
orang yang BERJAYA-adalah seorang jurujual hebat yang telah mempelajari seni mempengaruhi orang lain untuk bekerjasama dengan semangat persahabatan untuk melaksanakan segala perancangan dan matlamatnya.
orang yang GAGAL- menemui kesalahan pada orang lain,melakukan hal sendiri untuk membiarkan orang lain tahu tentang sifat-sifat kritikalnya.
orang BERJAYA- berfikir dahulu sebelum bercakap. dia mempertimbangkan kata-katanya dengan berhati-hati.menekan kan rasa senangnya berhubungan dengan orang ramai,meminimakan rasa kurang senangnya atau tidak menyebutnya sama sekali.
orang GAGAL- bercakap dahulu sebelum berfikir.kata-katanya hanya membawa kepada kekesalan dan memalukan.dia tidak dapat keuntungan kerana rasa geram diluahkan oleh orang lain.
orang yang BERJAYA- meluahkan pendapat hanya selepas dia benar-benar mempunyai maklumat supaya dia dapat melaksanakannya dengan baik.
orang GAGAL- memberikan sedikit pandangan tentang sesuatu subjek yang dia sendiri mempunyai sedikit pengetahuan atau tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.
orang yang BERJAYA-merancang masa,pendapatan dan perbelanjaan.Hidup dalam lingkungan kemampuannya.
orang GAGAL-membazirkan masa dan pendapatan dengan tidak menghiraukan nilainya.
orang BERJAYA- mempunyai minat yang mendalam terhadap orang lain terutamanya mereka yang mempunyai persamaan dengannya dan mengeratkan hubungan persahabatan dengan mereka.
orang GAGAL- mengeratkan hubungan dengan mereka hanya untuk mendapatkan sesuatu.
orang BERJAYA- berfikiran terbuka dan tolenrasi kepada semua perkara,terhadap semua orang.
orang GAGAL- berfikiran tertutup,tidak toleran yang membuatkannya tidak mengenali peluang yang baik dan kerjasama persahabatan dengan orang lain.
orang BERJAYA- mengikuti aliran masa dan menjadikannya satu tanggungjawab yang mustahak mengetahui perkembangan yang berlaku,bukan hanya setakat perniagaan, pekerjaan atau masyarakatnya sendiri bahkan seluruh dunia.
orang GAGAL- memberatkan diri hanya dengan keperluan jangka pendek,mendapatkannya melalui apa cara sekalipun-benar atau salah.
orang BERJAYA- menetapkan akal fikiran dan pandangan tentang kehidupan secara positif sepanjang masa. menyedari bahawa ruang yang didudukinya di dunia ini dan kejayaan yang dinikmatinya bergantung kepada kualiti dan kuantiti perkhidmatan yang diberikannya. menjadikan suatu tabiat memberikan lebih banyak perkhidmatan berbanding membuat janji.
orang GAGAL-mencari ‘sesuatu yang tiada’ atau sesuatu yang tidak dapat dimiliki. apabila gagal mendapatkannya,dia menyalahkan dan menuduh orang lain sebagai tamak.
orang BERJAYA- menghormati tuhan sepenuhnya dan meluahkannya dengan kerap dengan sembahyang dan amalan berbuat kebaikan kepada orang lain.
orang GAGAL- tidak mempercayai apa-apa kecuali nafsu keinginan sendiri terhadap makanan,perlindungan dan mendapatkannya melalui keringat orang lain, bila dan di mana sahaja dia boleh melakukannya.
walau apa pun, terdapat satu perbezaan besar di dlam perkataan dan perbuatan orang yang berjaya dengan orang yang gagal.
akan tetapi setiap orang itu menjadi dirinya sendiri dan dimana dia berada kerana disebabkan oleh sikap mentalnya terhadap diri nya sendiri dan orang lain
sumber dari: buku kejayaan tanpa had (Napoleon Hill)
30/07/2010
This post was written by norli razali
Categories: bisnes • buku • duit • evolusi minda • facebook • friends • jutawan • kuasa minda • luahan hati • metafizik • minda bawah sedar • motivasi • positive mind
Tagged with: buku • facebook • jutawan • metafizik • millionaire • online business • positive mind • reiki
No comments yet
Facebook comments:
norlirazali.com


