Home
 

54 sebab utama KEGAGALAN

salam semua..agak lama saya tak update sebab hal kesihatan yg tak dapat dielakkan pada masa terdekat nie..

kalau tgk tajuk entri..macam tak best sebab semua org nak BERJAYA..bukan GAGAL kan?

tapi kalau kita kenal pasti sebab utama nie..scan hidup kita dan dapati mesti ada sebab kegagalan nie..

so ambil langkah pencegahan sebelum sebab tue menjadi penghalang anda supaya SUKSES dan BERJAYA

dan seseorang itu mestilah sentiasa ingatkan dirinya bahawa satunya had kita adalah APA YG DITENTUKAN DALAM MINDA KITA!!

54 punca kegagalan

  1. tabiat tidak tentu hala dengan kaedah,tanpa matlamat atau tujuan tertentu.
  2. keturunan fizikal yang tidak disenangi semenjak lahir
  3. suka masuk campur hal orang lain
  4. kurang tujuan utama yang pasti sebagai matlamat hidup
  5. tidak cukup pendidikan
  6. kurang displin diri yang biasanya dapat dilihat dengan jelas melalui tabiat makan yang berlebihan,ketagihan arak dan seks serta tidak menghiraukan untuk memajukan diri
  7. kurang cita-cita untuk menuju ke tahap yang lebih baik
  8. keuzuran biasanya disebabkan oleh pemikiran yang salah,pemakanan yang tidak betul dan kurang bersenam
  9. pengaruh keadaan sekeliling yg tidak menyenangkan semasa zaman kanak-kanak
  10. kurang pertahanan diri dalam meneruskan perjalanan yg telahpun dimulakan hingga ke penghujung
  11. sikap mental yg NEGATIF sebagai tabiat yang tetap
  12. keinginan untuk mendapatkan sesuatu tanpa sesuatu
  13. kurang pengawalan terhadap emosi
  14. kegagalan mencapai keputusan dengan segera dan pasti,serta berpegang kepada keputusan yang telah dibuat
  15. satu daripada tujuh ketakutan asas atau lebih
  16. pilihan pasangan yang salah dalam perkahwinan
  17. terlalu berhati-hati dalam perniagaan dan profesional
  18. kurang berhati-hat dalam semua bentuk amaran
  19. silap memilih rakan perniagaan atau dalam profesion
  20. silap memilih kerjaya atau tidak hirau untuk memilih kerjaya
  21. kurang perhatian terhadap usaha atas tugas yang dilakukan dalam masa yang diberi
  22. tabiat boros tanpa pengawalan perbelanjaan terhadap pendapatan dan perbelanjaan
  23. kegagalan untuk mengawal belanja dan menggunakan MASA untuk peluang keemasan
  24. kurang minat yang terkawal
  25. tidak bertolak ansur – minda yang tertutup berdasarkan khususnya kepada sifat tidak endah atau prejudis dalam hubungan dengan subjek keagamaan,politik dan ekonomi
  26. kegagalan untuk bekerjasama dengan yang lain dalam semangat keharmonian
  27. penggunaan kuasa atau kemarahan yang tidak berlandaskan kecemerlangan atau usaha sendiri
  28. kurang semangat kesetiaan kepada mereka yang berhak diberi kesetiaan
  29. sifat ego dan bangga diri yang tidak dapat dikawal
  30. tabiat membuat pandangan dan membina tanpa berdasarkan pengetahuan fakta pertama yang berpatutan
  31. kurang wawasan dan imaginasi untuk mengenal pasti peluang yang dikehendaki
  32. ketidaksanggupan untuk pergi lebih jauh dalam memberi perkhidmatan
  33. keinginan untuk membalas dendam atau kelukaan yang diimaginasikan oleh orang lain
  34. tabiat bercakap kasar atau bercakap perkara tidak senonoh
  35. tabiat menurut hati membuat gosip yang negatif terhadap orag lain
  36. sikap tidak sosial terhadap pihak berkuasa kerajaan yang dilantik
  37. tidak percaya akan kewujudan kebijaksanaan infiniti
  38. kurang pengetahuan bagaimana hendak mendalami sembahyang bagi menghasilkan natijah yang positif
  39. kegagalan untuk memanfaatkan nasihat orang lain yang pengalamannya selalu diperlukan
  40. kelalaian dalam membayar hutang peribadi
  41. tabiat menipu dan mengubahsuai kebenaran dengan keterlaluan
  42. tabiat suka mengkritik walaupun pada masa yang sama tidak memerlukan kritikan
  43. terlalu banyak hutang piutang
  44. tamakkan harta benda yang tidak diperlukan
  45. kurang keyakinan diri terhadap pertimbangan yang cukup bagi memenuhi objektif pilihan seseorang itu
  46. ketagih arak dan narkotik
  47. ketagih rokok khususnya tabiat merokok tanpa henti
  48. tabiat (tidak profesional) bertindak seperti peguam sendiri dalam hubungan dengan perkara kontrak dan undang-undang
  49. tabiat menyokong kenyataan orang lain sebelum risikonnya diimbangi
  50. tabiat suka melambatkan sesuatu -tangguh sehingga esok yang sepatutnya dibuat dua hari sebelumnya
  51. tabiat melarikan diri daripada keadaan yang tidak menyenangkan daripada menguasai keadaan itu
  52. tabiat banyak berceloteh dan terlalu banyak memasang telinga. seseorang itu tidak mempelajari apa-apa semasa berceloteh tetapi sentiasa mempelajari sesuatu dengan mendengar apabila orang lain bercakap
  53. tabiat menerima bantuan orang lain tanpa memberi alasan terhadap bantuan yang telah diterima
  54. niat tidak jujur dalam perniagaan dan profession

ingatlah juga bahawa tidak ada pengalaman yang boleh dikira sebagai KEGAGALAN melainkan dan sehinggalah anda menerimanya sebegitu..

so nilai diri anda dengan teliti dengan 54 punca kegagalan dan buat penilaian sendiri

15/07/2010 This post was written by Categories: bukuceritacharacter readingkuasa mindametafizikminda bawah sedarmotivasipositive mindtips Tagged with:
No comments yet

Facebook comments:


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Cannot get file list: '/home/norliraz/public_html/wp-content/plugins/sk2/sk2_plugins/' is not a valid folder path

Spam Protection by WP-SpamFree

Get Adobe Flash player