Home
 

7 sebab kenapa perlu kaya!

salam semua…saya baru pulang meredah Kedah sempena kenduri kawin kawan baik saya Ina Abdul Rahman…

semoga bahagia hingga ke anak cucu..dapat anak2 comel macam yoyo and yaya

trip bersama Bul,Wanda dan Yuyu…thanks Bul sebab jadi driver yg berhemah…Wanda yang sengal alam dan yuyu yang sangat  senget..hahahah thanks a lot for great experiences dan gileerrrr enjoyyy sgt!

Love you all!!! muahs…

ok2..pasal trip di Kedah la,trip 2 hari mmg best giler..nak2 plak bawak g shopping padang besar (walaupun saya bukan kaki shopping) tapi yg bestnya sebab saya dah buat IRICH..so memang best sebab dah rasa ader perubahan dalam life saya..

tengah2 bulan g trip mmg la biasa setengah org rasa sesak tapi saya Alhamdulilah….so saya sentiasa bersemangat nak buat IRICH dan tak akan berhenti sebelum BERJAYA!!

sebab biz nie confirm HALAL,PANTAS dan LUMAYAN!!

dan saya nak cerita sikit sebab saya nak buat IRICH coz masing2 ada sebab mengapa pilih nak wat biz..supaya matlamat dlm biz makin jelas dan fokus..

saya anak sulung…dah kerja 3 tahun…kerja plak di segitiga emas kat KL nie..tapi SAVING habuk pun tarak..paham2 jela taraf hidup kat KL cmner..

so sejak dari kecil mmg saya kaki biz..tak caya boleh tanya kawan2 saya..ader yg OK dan ade yg KO..adat la tue kan..

dan bile dah bekerja nie..ader macam2 tanggungjawab maklumlah anak sulung..so bila parents sebut nak buat HAJI..so saya pun termenung..

bulan2 pn takat hidung aje..tapi alhamdulilah,sekarang saya bersama IRICH saya tengah cukupkan tabung haji abah saya  dan sedang usaha utk setel hutang saya serta capai impian saya satu persatu..

sebab bila kita positif…insya allah segala yang baik akan datang…jika diuji pun kita akan redha dan bersabar..

so saya cuma seru pada org yang banyak fikirkan PROBLEM sedangkan kita patut fikir SOLUTION problem..sebab fikir problem,sampai kiamat pun tak setel problem tue…cuma BERFIKIR tapi TAK bertindak..tak MENGUBAH hidup anda..

Pelajari dari pakar industri anda dan ia merupakan short-cut untuk anda berjaya. Ingat, anda tidak perlu mencipta kaedah baru- ikuti kaedah dan strategi yang digunakan oleh orang yang berjaya, dan anda juga akan turut berjaya!

-irfan khairi-

dalam IRICH kita ada MENTOR/LEADER yang sanggup berkongsi ILMU dan sama-sama turun padang untuk sama MENGUBAH HIDUP dari ZERO ke HERO!!

tapi saya nak sama-sama renungkan jika anda berada dalam situasi macam nie bawah (realitinya….mmg ramai pun dalam keadaan nie cuma tak nak ngaku)

REALITI HIDUP…

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,”aku pun tak ade duit”

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,”aku pun tak cukup makan.”

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,”aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni.”

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk…siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan “SIBUK”. Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,”aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti.”

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,”aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat.”

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,”aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan.”

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?

Ketahuilah….walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu…setitik keringat ayah….apakah nilainya pada kita?

Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?….Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup….sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita…

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!

AYUH!!! Kita masih sempat buktikan!

p/s kredit pd blog IRICH

15/06/2010 This post was written by Categories: bisnesceritaduitfacebooki-rich 696jutawankuasa mindamotivasionline businessonline marketingpelaburanpositive mindtips irfan khairi Tagged with:
2 comments

Facebook comments:

2 Responses to “7 sebab kenapa perlu kaya!”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Cannot get file list: '/home/norliraz/public_html/wp-content/plugins/sk2/sk2_plugins/' is not a valid folder path

Spam Protection by WP-SpamFree

Get Adobe Flash player