Home
 

bulan may datang lagi

salam semua..kejap masa berlalu,dah bulan 5 ye…

bulan yg banyak simpan suka duka saya…kerana 2tahun lepas saya sangat happy pada bulan May sebab saya dapat spend masa dengan orang paling rapat dengan saya…di Genting

whole day dengan dia..sebab last saya pergi genting masa saya umur 12 tahun dan almost 14years later saya pergi balik dan enjoy puas2…bersama yg tersayang…really memorable moment for me..sempena saya nak celebrate birthday DIA

saya amat2 gembira masa nie..dan sentiasa ingat segalanya..tapi saya tak rasa DIA akan ingat..saya ada buat video dedicated to DIA…hope DIA still keep it

dan genap setahun yang lepas,saya pernah berhubung dengan seseorang yang jauh di mata saya tapi sentiasa dekat di hati

masih ingat lagi entry nie..kalau tak ingat boleh baca balik

http://norlirazali.com/2009/06/saya-sedih/

sebab saya nak sambung cerita saya balik..

pada harijadi shopit 26/4 tahun lepas,shopit tetiba msg saya guna no ina..tapi sebelum tue mmg ina ada bagitau yg shopit akan contact saya

kami cuma borak kosong sebab dia pun baru ade accident kecil masa lepas balik dari brunei..so saya tak nak kacau dia sangat,suruh dia berehat dan cuma wish happy besday (his last birthday)

dan saya masih lagi simpan msg dia dan masa tue dia janji nak jumpa saya minggu depan nyer……………

tapi dia diam membisu,langsung tak contact..saya ada tertanya2 dalam hati..tak jadi la kot nak jumpa nie..

dan pada 4/5 tahun lepas,shopit contact saya balik…tapi saya tak pernah salahkan dia sebab saya tahu dia busy

dan saya baru tahu dia patah tumit plak lepas main futsal..macam2 prob timpa dia..masalah family dan kesihatan yang paling saya risaukan..asyik accident jer..tapi masa tue hanya terdetik tak sedap hati..tapi tak luahkan..

dan masa tue la shopit luah perasaan yang dia nak kenal saya cuma macam sentiasa ada halangan untuk saya berjumpa dengan dia..dah selalu set nak jumpa tapi ada hal,cancel dan macam2 lagi..

apa hubungan saya dengan shopit?

dia adalah seorang admirer saya..sepupu ina yang ina kenalkan…yang saya tahu dan rasa dalam sudut hati saya sentiasa diperhatikan oleh dia..dan ina selalu cerita pasal kami each other tapi tak pernah berani untuk bersemuka dan berjumpa..ina pun ada cakap dia ade kat court kalau saya tengah main badminton

tapi sebab saya tak pernah personally jumpa,so saya tak berapa cam muka shopit..tapi last msg yg dia bagi betul2 mengejutkan saya..

“pit tak salahkan norli kalau norli tak tunggu pit”

dan saya balas

“saya akan sentiasa tunggu awak” dan itula kata2 yang saya pegang..

sampai la saya dapat msg dari Ina,akhir bulan 5 tahun lepas yg shopit dan faizal accident di Johor..

saya tengah night syif hari tue dan cuma berdoa yang shopit selamat tapi ina cakap dia koma…

saya berbisik dalam hati,moga awak selamat..nanti saya nak jumpa awak.. TAPI

luluh hati saya,terduduk dan tergamam bila ina cakap shopit tinggalkan dia…dan SAYA

dan saya cuba untuk kuatkan diri dan pujuk ina,sebab dia hilang dua insan paling dia sayang..dan saya cuma orang yang ada sebentar dalam hidup arwah shopit

tapi hakikatnya,sampai kehari nie saya masih rasa kehilangan..dan masih berpegang pada kata2 saya..

“awak,saya belum lagi pernah sempat nak ziarah kubur awak..walaupun dah setahun awak pergi..saya redha awak pergi tinggalkan saya tapi doa saya sentiasa bersama awak..saya sentiasa ingin nak jumpa awak..dan kalau ditakdirkan jodoh kita masih lagi panjang,saya teringin nak berjumpa awak di syurga”

“walaupun awak hadir hanya sekejap dalam hidup saya tapi awak masih seorang yang istimewa dalam hati saya sampai bila-bila”

dan ni la lagu yg arwah tujukan pada saya

CINTA DALAM HATI – UNGGU

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

p/s saya nak kongsi gambar arwah tapi bila fikir2 balik mungkin untuk tatapan saya seorang dah cukup

06/05/2010 This post was written by Categories: ceritafriendsluahan hatimemory Tagged with:
1 comment

Facebook comments:

One Response to “bulan may datang lagi”


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Cannot get file list: '/home/norliraz/public_html/wp-content/plugins/sk2/sk2_plugins/' is not a valid folder path

Spam Protection by WP-SpamFree

Get Adobe Flash player