RSS
 

43 perkara ringan yang menyekat rezeki

04 Jan

salam semua..hari minggu nie mesti lepak dengan family kan??

saya tgh lepak di rumah je sebab kerja malam nie..huhu amacam permulaan hari/minggu anda di tahun baru??

saya pun akui,ada suka dan duka walaupun baru jer 3 hari berlalu,tapi macam kejap je kan dah 3hari pejam celik dah nak seminggu di tahun 2010..heheh

ok la,berkenaan dengan tajuk nie saya nak berkongsi apa yang saya dapat dari kawan tempat kerja saya yang sudi bagi artikel nie..

Bismillahhirrahmannirrahim

terdapat bebberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana kebiasaannya kita ambil ringan tentang perkara tesebut.

dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi wal harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

  1. tidak sembahyang atau solat
  2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan
  3. makan atas pinggan yang terbalik
  4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri
  5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan
  6. berwuduk di tempat buang air besar atau air kecil
  7. suka bersandar pada pintu rumah
  8. suka duduk di tangga
  9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan
  10. selepas makan membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung
  11. tidak membersihkan rumah
  12. membuang sampah atau menyapu dengan kain
  13. suka membersihkan rumah pada waktu malam s
  14. uka tidur di atas muka
  15. membakar kulit bawang
  16. menjahit baju yang sedang dipakai
  17. mengelap muka dengan baju
  18. berdiri sambil bercekak pinggang
  19. tidur tidak memakai baju
  20. makan sebelum mandi hadas
  21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
  22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit
  23. lambat pulang dari masjid
  24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak
  25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan
  26. suka memadam pelita dengan nafas
  27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup
  28. membasuh kaki dengan tangan kanan
  29. membuang air kecil pada air yang mengalir
  30. memakai seluar sambil berdiri
  31. memakai serban sambil duduk
  32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis
  33. makan dengan menggunakan dua jari
  34. berjalan antara dua kambing
  35. berjalan antara dua perempuan
  36. suka mempermainkan janggut
  37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut
  38. suka meletakkan tapak tangan pada hidung
  39. suka mengigit kuku dengan mulut
  40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan
  41. menghadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil
  42. menguap ketika solat
  43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil

* yg bold adalah yang kerap kita buat

p/s kalau salah mintak diajar,saya hanya menyampaikan

 

Tags: , ,

Facebook comments:

Leave a Reply

 

Spam Protection by WP-SpamFree

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes