Salam semua..selamat bekerja atau selamat bercuti..saya kena kerja 
selepas saya menghabiskan buku Adam Khoo..7 hari je saya abiskan (patut kena abiskan paling koman 10 hari) hehe…
mmg banyak giler tips dalam buku tue..
so sekarang masa yang sesuai la nak berjinak dalam perniagaan internet secara lebih serius..dan macam Dr Irfan cakap
98% cakap ramai yang nak duit tapi tak berani nak melabur dan hanya ader 2% yang sanggup melabur untuk perniagaan dan berjaya!

p/s saya tengah survey gak nie biz yang bakal masyuk 
kat sini sikit prinsip jutawan yang patut kita renungkan dan amalkan 
follow good example right? 
Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa.
Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang
biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.
Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada
mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang
mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000 yang
disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.
1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan,
mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak
modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan
jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak
akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.
2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan
terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.
3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan
mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti
“mencuri” daripada masa depan mereka.
4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk
melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil
insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.
5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan
hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.
6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.
7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.
8. Mereka benci berbelanja.
9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan
memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.
10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.
11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang
tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.
12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.
Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!
