ceriakan hari anda!!!
salam semua…selamat hari isnin ![]()
so saya pasti semua ade perasaan mcm malas nak g kerja..saya faham..orang panggil monday blues ![]()
so untuk tukar mood tue,ape kata kita amalkan beberapa tips kat sini yang mudah dan murah
untuk kembalikan tenaga positif sebab kalau berfikir negatif nie boleh melemahkan kita..
tak kira dari segi pemikiran,kelakuan, percakapan dan kesihatan sendiri…
percaya kan ada orang yang cakap dia sakit..walaupun dah diperiksa dia sebenarnya sihat walafiat…
sebab dia dah set mind dia yang dia sakit..so ape yg difikirkan berlaku..
so nak elakkan minda dan perasaan yang negatif tue buat tips berikut ye ![]()
Orang yang ceria dan selesa dengan dirinya sendiri biasanya lebih yakin dan tenang. Banyak bukti menunjukkan individu yang ceria hidup lebih lama dan gembira. Luangkan masa menonton rancangan komedi, membaca komik kegemaran dan usah segan untuk ketawa jika melihat sesuatu yang lucu walaupun ketika itu anda bersendirian.
Kajian menunjukkan pesakit yang sering mendapat sentuhan keluarga atau orang tersayang sembuh lebih cepat. Malah bagi lelaki, berkahwin atau mempunyai pasangan hidup didapati lebih bahagia, kurang mengalami tekanan dan mempunyai jangka hayat lebih panjang.
Justeru, jangan kedekut memeluk pasangan dan anak sebagai tanda kasih sayang kerana anda juga terkesan. Jika anda mendengar masalah orang lain, pegang tangannya supaya dia tidak berasa keseorangan.
Banyak kajian membuktikan senaman adalah ubat paling berkesan untuk menjauhkan kita daripada penyakit. Ingat, penyakit adalah penggerak paling berkuasa untuk mempercepatkan proses penuaan.
Jika tidak mampu melakukan senaman selama 30 minit untuk satu sesi, bahagikan senaman anda kepada dua atau tiga sesi. Jangan sayang menggunakan lemak yang bertahun-tahun terkumpul dalam badan anda kerana semakin lama ia semakin sukar dipecahkan dan hanya menyukarkan pergerakan anda!
Lakukan pernafasan ini setiap kali anda berasa tiada semangat, gelisah, cemas atau dalam keadaan tidak selesa. Ada pendapat mengatakan, pernafasan yang baik boleh membantu menyingkir bahan buangan daripada badan kerana dianggarkan kita hanya menyingkir 30 peratus bahan toksik daripada badan melalui air kencing dan najis.
Kajian mendapati apabila kita merangsang saraf olfaktori dalam hidung, kita mengaktifkan sistem limbik pada otak yang dikaitkan dengan emosi dan ingatan. Beli minyak aromaterapi yang boleh membuatkan anda rasa tenang seperti jasmin atau minyak kayu putih.
Satu kajian mendapati dalam tempoh lima minit menaip tugasan, individu yang duduk di sebelah jambangan bunga berasa lebih tenang berbanding individu yang ditempatkan di sebelah jambangan berdaun saja.
Jadi apabila anda rasa kurang bersemangat, hadiahkan diri sendiri setangkai atau sejambak bunga yang ceria warnanya. Lebih baik jika bunga berkenaan juga harum untuk memulihkan semula emosi dan semangat anda.

petikan saya ambil dari sini ye ![]()
Facebook comments:
norlirazali.com

