salam semua..semalam adalah ulang tahun setahun blog saya nie…
tapi tak update aper pn semalam..sebab saya ada sikit krisis dalaman dan sedang diperbetulkan…
![]()
so hari tue saya ader kongsi pasal kawal kemarahan kan??
so sesiapa yang ter’hyper’ active tue juga disarankan supaya mencuba martial art..jawa ckp seni pertahankan diri ![]()
contohnya karate,taekwando etc..lagipun berguna untuk keselamatan diri kita juga especially gurl ![]()
so tips bila diserang..
1. jerit sekuat hati
-Apabila anda merasa kurang selamat, apa yang perlu anda lakukan adalah menjerit sekuat hati. Ini akan membuatkan penjenayah tersebut panik dan merasa was-was untuk menyerang anda.
2.Gunakan kekuatan tangan
-Jika penjenayah menghampiri anda, genggam kedua-dua belah tangan dengan sekuat hati dan tumbuk bertubi-tubi pada muka penjenayah.Anda juga perlu bertindak segera dengan menendang kemaluan penjenayah atau titik-titik yang boleh melemahkan diri seperti mata dan lutut. Ouch!! ![]()
3.Teknik kunci kaki
-Jangan sesekali membuka kaki lebih luas jika berdepan dengan penjenayah. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menjatuhkan anda.
4.Jangan panik
-Sekiranya anda sedang berjalan, jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran seperti berjalan sambil tunduk ketakutan dan sebagainya. Tampilkan diri sebagai seorang yang berani.
5.Penyembur mata
-Paling penting, sediakan pewangi semburan (dalam botol kecil) atau semburan lada setiap masa di dalam beg tangan anda. Ancaman bahaya boleh datang pada bila-bila masa. Justeru, sentiasalah membuat persediaan.
6.Gunakan apa juga objek
-Gunakan apa sahaja objek di sekeliling untuk mencederakan penjenayah. Sama ada kunci kereta, kasut, batu, kayu, payung atau sebagainya. Anda juga boleh bersedia dengan kunci kereta saat memasuki tempat letak kereta.
7.Jangan mudah menyerah kalah
-Jika masih dalam keadaan sedar, lawan dan serang balik. Jangan sesekali menyerah kalah. Salurkan seluruh tenaga pada tangan dan kaki anda untuk mengelakkan anda dicederakan.

so boleh praktikkan tips ini bila anda berada berada di luar rumah yg jelas sekarang
banyak ancaman kepada gadis2 khususnya..so jaga diri ya semua!! ![]()


wai
November 10, 2009 at 7:11 pm
tips yg bgs..huhuhu…
norli
November 11, 2009 at 5:26 pm
wai..ko praktikkan la
ko nnt nak g jauh..lagi kena jaga diri