6 tips pengurusan kemarahan

Categories: berita, friends, luahan hati, tips
Tags: No Tags
Comments: 3 Comments
Published on: 05/11/2009

salam semua..

kali ini saya nak berkongsi dengan semua cara-cara mengawal kemarahan a.k.a anger management..

yup..setiap orang akan mengalami perasaan marah dan secara peribadi saya juga seorang yang selalu marah2

tapi semuanya bersebab tau..bukan suka2 jer nak marah

dan biler marah,saya akan membebel atau meluahkan secara perkataan (overt)

mungkin pun masing-masing ada jalan untuk uruskan kemarahan sebab sesetengah kawan saya suka pendamkan marah atau juga yang jenis ‘cool’ dan tenang..marah tapi xambil kisah sangat

so disini tips untuk kawal/mengurangkan marah

  • Bayangkan atau berangan-angan menyakitkan orang lain dalam minda akan memberi kepuasan kognitif.
  • Melalui perasaan simpati terhadap individu yang menyebabkan kemarahan atau melihat situasi dari perspektif mereka.
  • Menggunakan teknik diversi (pengalihan arah tumpuan) iaitu melakukan sesuatu yang lain sementara menunggu kemarahan reda dan dapat bertindak secara rasional.
  • Melalui intervensi kognitif seperti beranggapan bahawa situasi provokasi itu tidak penting dan tidak membawa apa-apa kesan.
  • Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.
  • Melalui ekspresi kemarahan secara berhikmah seperti mengambil kira aspek menghormati individu yang agresif.

boleh baca laporan sepenuhnya di sini

terpulang pada anda semua cmner nak kawal marah..tapi manusia susah nak berubah..sekarang kan dunia akhir zaman

p/s saya pun selalu guna teknik 1 dan 5..macam sekarang..meluah di blog kesayangan nie

 

 

3 Comments
  1. juju says:

    ha betul tu!!!!!
    untuk penulis lagi kena…hihihihi…
    jangan tumbuk dinding yer

  2. norli says:

    juju…aku terimaginasi lebih la tue
    berangan nak tumbuk muka orang
    tertumbuk dinding plak..
    tau2 je dah bengkak tangan ku

  3. untuk orang Islam kan elok ambil wuduk untuk redakan kemarahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Welcome , today is Tuesday, 07/02/2012