salam semua…so minggu lepas ader la saya memenuhi jemputan kenduri kawin
minggu nie pun ader gak tapi xsure datang ke tak ![]()
so biler dah berkahwin nie..tujuannya adalah untuk meneruskan keturunan dan zuriat di muka bumi ini
dan di kalangan kawan-kawan/adik-adik saya yang telah melangkah bendul nie.. ![]()
beratur la mak buyung yg bakal ader baby comel..tahun depan la baru beranak mcm cuk,uda,ayu,wani..
yg memang dah ader little gurl mcm shida-baby dania,nadia-baby rania tgh syok and happy
coz life mcm dah complete..saya doakan korang bahagia sentiasa..
so saja wat entry untuk mak2 buyung pilih cara untuk bersalin..
Antara kaedah memudahkan proses bersalin:
Suntikan opiate
Sejenis suntikan ubat pelali yang diberikan pada otot di kawasan punggung.
Penyedutan entonox
Campuran oksigen dan nitrus oksida yang disedut dengan menggunakan topeng muka ketika kontraksi.
Suntikan epidural
Jarum yang berongga dicucuk antara dua ruas tulang belakang ke dalam ruang epidural dan satu tiub plastik dimasukkan melalui jarum tersebut. Ubat bius dimasukkan melalui tiub itu sepanjang masa bersalin.
Episiotomi
Apabila kepala bayi telah kelihatan, ada risiko perineum (kawasan antara vulva dan rektum) akan koyak. Jika doktor merasa risiko berlakunya koyakan agak tinggi, episiotomi mungkin diperlukan. Ini merupakan potongan yang dibuat pada perineum, setelah diberi bius setempat, untuk mengelakkan kerosakan teruk akibat koyakan yang tidak terkawal.
Doktor akan membaiki kawasan tersebut dengan beberapa jahitan selepas kelahiran bayi anda, tanpa mengira sama ada ia terjadi akibat terkoyak ataupun episiotomi. Lazimnya dengan kelahiran kedua dan seterusnya, episiotomi sudah tidak diperlukan lagi.
Pembedahan caesarean

Doktor mungkin menasihatkan anda untuk menjalani pembedahan caesarean dalam keadaan-keadaan tertentu, sama ada secara pilihan atau kecemasan semasa dalam bilik bersalin kerana sebab berikut:
bayi berkedudukan songsang
proses bersalin yang terlalu lama tanpa sebarang kemajuan
kadar degupan jantung bayi semakin menurun ketika bersalin
saluran kelahiran terlalu sempit
masalah kesihatan ibu, seperti tekanan darah tinggi.
so..korang pilih yg mana eh??
p/s dorang ckp bersalin dalam air pun kurang sakit..cuk,ko cuba la..heheh
![]()
tapi serius la 1st time tgk orang bersalin..sangat insaf..mcm nak nangis ![]()

