RSS
 

suka sotong kering?? angkat tangan..pastu baca nie

19 Oct

Kanser daripada sotong kering – Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat


Gambar-gambar atas, ialah sotong kering. Kalau dibakar atau dimasak sambal, sedap oooo!!! Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.


GEORGE TOWN – Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

“Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,” kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

“Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,” ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

BERITA DARI KOSMO


pas abis baca baru boleh turun tangan tue tau

 

Facebook comments:

Leave a Reply

 

Spam Protection by WP-SpamFree

 
  1. wai

    October 20, 2009 at 12:57 pm

    luckily aku tk suke sotong kering and seangkatan dgnnya..sng citer mmg tk suke sotong…mamat yg mcm sotong lg aku tk suke..hahaha

     
  2. norli

    October 20, 2009 at 2:16 pm

    wai,nasib baik aku pun xbp minat mkn sotong nie..heheh

     
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes