Oct 28, 2009 Posted in beritasingle ceritasingle humorsingle memory by norli

power nap..!

salam semua..

saya belum hilang penat lagi nie…semalam ade jumpa orang maybank untuk topup saya punya ASB loan

nanti best la masa kutip dividen..yeay!!

dan kalau saya tak terbabas tido..nak join main futsal..hehehh

so cakap pasal tidur nie..saya nak kongsi sikit pasal artikel di utusan..

saya suka tidur heheh semua kawan2 tau saya amat suka tido..hihi

dari zaman asrama,belajar dan sampai ke kerja..dan paling kronik saya selalu tido time drive

uhuk jangan tiru ye perangai tak baik nie…

dan biler baca artikel nie..saya kena tido dulu before balik kerja..supaya lebih cergas masa drive balik heheh

sedikit petikan di utusan

“SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.”

sambungan artikel boleh baca di sini

saya berdiri pun boleh tido gak kalau sangat ngantuk macam baby nie..sian dia

Oct 27, 2009 Posted in barangsingle beritasingle bisnessingle friendssingle luahan hatisingle online businesssingle online marketingsingle online printing by norli

macam-macam ada

salam semua…

pada hari sabtu saya telah menghadiri seminar perniagaan internet

last minit pnya offer dapat lak 1 seat yang limited edition

xperla..ilmu pnya psl..saya tak kisah sangat sebab kelas nie menarik jugak

bincang pasal cara-cara buat duit di internet banyak cara so kita kena fokus kepada yang kita

rasa mampu lakukan dan promosikan

hari isnin pulak..hari yang meletihkan.. sebab whole day day duduk luar umah..balik umah kejap pun sebab nak mandi

in morning pergi servis kereta,minyak hitam..balancing,alignment..pastu mak plak datang untuk survey umah lelong

saya plan nak beli umah for investment tak kisah la umah lelong or umah atas tangan

sebab cuma pakai nama saya untuk buat loan tapi bulan-bulan mak saya bayar hehehe

lagipun umah mmg dah ader penyewa so xperlu nak pening kepala..cuma pening nak settle loan umah la

dan sempat la saya bawak mak g tengok area umah baru saya..mak cakap ok..so lega la sikit

dan petang semalam gak tunjuk area umah kat roomate dan discuss pasal harga bilik..dan settle pulak satu hal..

saya kena setel biz printing business card plak..

puh puh bermarathon plak saya semalam..dan malam tadi saya bersua muka dengan tuan umah sewa yang baru

xsabar nak masuk umah baru..yeay!! tapi penat la nak pindah barang..dah la tingkat 6..huhu

angkat tangan sapa nak tolong angkat barang..hihih

Oct 24, 2009 Posted in beritasingle bukusingle ceritasingle luahan hati by norli

Berbohong secara kompulsif

salam semua..nie tajuk berbohong lagi..

sebab aper..sebab saya nak bagitau..berbohong dan menipu tidak baik untuk kesihatan…

especially untuk org yang kena tipu..sakit hati,jiwa..boleh sampai sakit jantung tau

so saya kongsi artikel dari kosmo online

selamat membaca

Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.


 

KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu ‘campur tangan’.

Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.

Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.

Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.

Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah ‘perlindungan’ sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak ‘terpanggil’ untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?

  PERASAAN takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong.

Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, “Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?”

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://webhome.idirect.com/~readon/lies.html.

 

 

Oct 23, 2009 Posted in beritasingle bukusingle ceritasingle emailsingle friendssingle luahan hatisingle memorysingle personalsingle tips by norli

alasan berbohong….bukan tanpa sebab???

salam semua..artikel yang menarik untuk dikongsi

dan secara personal..saya juga tidak suka orang berbohong+saya tak pandai berbohong jugak

dan saya lebih suka orang berterus terang walaupun kebenaran ternyata menyakitkan

tapi lebih menyakitkan dan merobek hati jika kita ditipu dan dapat tahu dari orang lain…senang citer kantoi la

so artikel nie untuk gurl..but still boleh diguna pakai untuk guy jugak tau

so moral of the story..xmau tipu..nnt ader orang tawar hati

dari kosmo online

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.

1. Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah diketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikian. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.

2. Urutan kasih

Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.

3. Kekerasan

Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangannya melakukan kekerasan (umumnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.

4. Hambar

Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil. Misalnya, hari ulang tahunnya, hari jadi kamu berdua atau hal-hal istimewa lainnya. Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.

Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.

5. Seks

Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan. Ingat, akibat kurangnya layanan seks, ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesaiannya.


BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta. – Gambar hiasan


6. Cadangan

Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.

Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya, perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.

7. Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.

8. Hubungan tiada kesudahan

Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen, iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.

Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelamin, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi menginginkan dia dalam hidupnya. Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?

9. Bosan

Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.

Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu diingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu ingin dirinya lebih istimewa.

10. Hubungan tidak diduga

Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

Oct 21, 2009 Posted in eddy rosyadiesingle emailsingle horoskopsingle metafiziksingle personal by norli

what you are

salam semua

saya nak kongsi kat sini pasal besday coz obses dengan metafizik…hehehe

so korang bacala korang nie ape eh??betul ke…

January 01 – 09 ~ Ass
January 10 – 24 ~ Slug
January 25 – 31 ~ Cockroach

February 01 – 05  ~ Parasite
February 06 – 14 ~   Bullfrog
February 15 – 21 ~
Skunk
February 22 – 28 ~   Snake

March 01 – 12 ~ Ape
March 13 – 15 ~ Cockroach
March 16 – 23 ~   Slug
March 24 – 31 ~   Parasite

April 01 – 03 ~ Ass
April 04 – 14 ~
Snake
April 15 – 26 ~   Slug

April 27 – 30 ~   Skunk

May 01 – 13 ~ Slug
May 14 – 21 ~
Bullfrog
May 22 – 31 ~ Cockroach

June 01 – 03 ~ Slug
June 04 – 14 ~
Skunk
June 15 – 20 ~   Ass
June 21 – 24 ~ Ape
June 25 – 30 ~   Parasite

July 01 – 09 ~ Slug
July 10 – 15 ~
Ass
July 16 – 26 ~   Bullfrog
July 27 – 31 ~   Parasite

August 01 – 15 ~ Ape
August 16 – 25 ~ Slug
August 26 – 31 ~   Skunk

September 01 –  14 ~ Bullfrog
September 15 – 27 ~   Parasite
September 28 – 30 ~   Ass

October 01 – 15  ~ Ape
October 16 – 27 ~
Skunk
October 28 – 31 ~   Snake

November 01 – 16  ~ Cockroach
November 17 – 30  ~ Parasite

December 01 – 16  ~ Ass
December 17 – 25 ~
Ape
December 26 – 31 ~   Bullfrog

If you are a Slug: Always up to some  sort of a mischief! The mischievous gleam in your eyes is what makes you so cute  and attractive to everyone. You are an extremely fun-to-be-with kind of person.  No wonder people seek for your company and look forward to include you for all  get-together’s. However, you are sensitive which is a drawback. People need to  select their words while talking to you. If someone tries to fiddle around and  play with words while dealing with you, it is enough to invite your wrath. God  bless the person then!

If you are a Cockroach : Quite contradictory to your name, you  are a peace loving person. You best try to avoid a situation wherein you are  required to fight. An outdoor person, you dislike sitting at one place for a  long duration. You are a born leader, and have it in you how to tactfully derive  work from people. You love being loved, and when you receive your share of  limelight from someone, you are all theirs!!!! Well, well… Hence some people  could even take an advantage, flatter you to the maximum and get their work  done. So be careful…..

If you are a Parasite : An extremely  lovable, adorable person, sometimes shy, with a passion for quick wit. At times,  you prefer quietness. You love exploring various things and going into depth of  each thing. Under normal circumstances you’re cool but when given a reason to,  you are like a volcano waiting to erupt. You’re a fashion bird. People look  forward to you as an icon associated with fashion. Basically, you mingle along  freely but don’t like talking much to strangers. People feel very easy in your  company. You observe care in choosing your friends.

If you are a   Skunk : You are near to  perfect and nice at heart. The examples of your kindness are always circulated  in groups of people. You, too, love peace. You wouldn’t like to retaliate even  to a person who is in the wrong. You are loved due to this. You do not wish to  talk behind one’s back. People love the way you always treat them. You can give,  give and give love, and the best part is that you do not expect it back in  return. You are generous enough. Seeing things in a practical light is what  remains the best trait of you guys.


If you are a  Snake : You are  mysterious. You are someone who can handle pressure with ease, and can handle  any atmosphere without going berserk. You can be mean at times, and love to  gossip with your selected group. Very prim and proper. You like all situations  and things to be in the way you desire, which, sometimes is not possible. As a  result, you may lose out in some relationships. But otherwise, you love to help  people out from difficult and tight spots when they really need you.

If  you are a Ape : Very impatient and  hyper!!! You want things to be done as quick as possible. At heart, you are  quite simple and love if you are the center of attraction. That way, you people  are unique. You would like to keep yourself safe from all the angles. Shall your  name be dragged or featured in any sort of a controversy, you then go all  panicky. Therefore, you take your precautions from the very beginning. When you  foresee anything wrong, your sixth sense is what saves you from falling in  traps. Quite a money minded bunch you people are!!

If you are a Ass : A very loyal and  sweet person. Your loyalty can never be doubted. You are quite honest and  sincere when it comes to your attitude towards working. You are a very simple  person, indeed. Absolutely hassle free, humble and down-to-earth!! That explains  the reason why your friends cling on to you! You have a good taste for clothes.  If your wardrobe is not updated with what is trendy, you sure are depressed.  Popular and easy-going. You have a little group of dignified friends, all of  them being quality-personified.

If you are a Bullfrog : You symbolize a  very happy-go-lucky approach in life. Whatever the surroundings may be, grim or  cheerful, you remain unaffected. In fact, you spread cheer wherever you go. You  are the leader of your group of friends and good at consoling people in their  times of need. You dislike hypocrisy and tend to shirk away from hypocrites.  They can never be in your good books, no matter what. You are very methodical  and organized in your work. No amount of mess, hence, can ever encompass you.  Beware, it is easy for you to fall in love….

Oct 20, 2009 Posted in EPPsingle barangsingle beritasingle bisnessingle duitsingle kad kreditsingle pelaburansingle pengurusan kewangansingle tips by norli

kurangkan beban hutang kad kredit dengan EPP

salam semua…

kat sini saya nak berkongsi untuk tukar hutang kad kredit anda yang beribu lemon tue kepada kaedah yang giler jimat

dan confirm boleh settle kan hutang piutang anda dalam satu tempoh yang tetap..

p/s utang kad kredit sampai kiamat pun tak akan abis kalau tiap2 bulan bayo minimum jer..huhu

dan inilah jalan penyelesaiannya..heheh…treng

Penyelesaian kepada beban hutang credit card yang tertunggak dengan penjimatan interest serendah 6% setahun.

> Konsep Easy Payment Installment dengan bank CC yang sama jaminan 100% approval**). Boleh juga membayar minimum payment dari monthly installment (jika perlu).

> Masa bayaran balik yang pelbagai i.e 12, 24, 36, 48 dan 60 bulan (bergantung kepada CC issuer).

> Masa pemprosesan yang cepat hanya perlu 30 minit ke 1 jam Sekiranya CC tiada masalah dengan bank issuer). No processing fee!

> Boleh juga mendapatkan CASH untuk persendirian, perniagaan atau pelaburan dengan interest sama seperti di atas!

EPP: How it works ?

1) Bank Biasa – Kad Credit Limit RM10,000 (Hutang RM8,000)

Contoh: Maybank (Kiraan Biasa) Kad Credit Limit: RM10,000 Hutang Kad: RM8,000
Interest Rate: 18% Setahun, atau 1.5% sebulan
Bayaran Minimum: RM400 sebulan (5% dari RM8,000)

Interest Charge (untuk baki) : (RM8,000 – RM400)x1.5% = RM7,600 x 1.5% = RM114
RM8,000 x 5% = RM400 sebulan bayaran minima

Jika anda bayar RM50 atau RM399 anda akan dapat panggilan talipon dari pihak bank kerana tak buat minimum payment RM400
Outstanding balance kad kredit anda masih dalam lingkungan RM10,000
Ambil masa 89 bulan untuk selesaikan hutang jika bayar minimum payment

2) Plan ZERO Interest – Kad Kredit Limit RM10,000 (Hutang RM8,000)

Contoh: Maybank Kad Kredit (Kiraan 0% Interest) Kad Kredit Limit: RM10,000 Hutang Kad: RM8,000

One Time Processing Fee : 8000/0.82 ~ RM1,700 – dijelaskan melalui baki available kad kredit anda : 18 % untuk 36 bulan [ini lebih baik dari simple interest 54% (dari 18%x3) untuk 36 bulan].
Interest Rate: 0% , Bayaran Bulanan: RM10,000/36 = RM277.78 selama 36 bulan.(Boleh bayar minimum payment dari jumlah ini)

Dapat Cash: (RM10,000 – RM1,800) – 8,000 = 8,200 – 8,000 = RM200+

Kami rundingkan untuk Plan 0% Interest dari Bank’s Card Credit anda. Jumlah tahun untuk 0% bergantung kepada Bank.

Anda boleh bayar minimum payment dari minimum payment RM277.78 iaitu RM50 sahaja. (Had Minima payment bagi kad kredit) dan anda TIDAK akan dapat panggilan dari bank.

Interest pada baki yang anda tak bayar masih KECIL.

Syarat-syarat memohon yang mudah: Kelulusan 100%, Kad Kredit Anda Mesti Active, Bagi mereka yang tiada hutang kad kredit tapi ingin CASH Advance ZERO Interest untuk tujuan perniagaan dan kegunaan lain pun boleh juga mohon. (Lebih mudah/cepat dari personal loan dan tidak mengganggu commitment level dalam credit report)

anda boleh set masa untuk berjumpa dengan ejen yang banyak membantu saya iaitu Mr Ben

p/s jangan lupa mention nama saya..

tak pun boleh jugak contact saya dulu untuk set appointment dgn Mr Ben supaya kita boleh berbincang dan bercerita panjang pasal hal-hal negara hehe

Bertindak Sekarang – Selesaikan Hutang Kad Kredit

Pengguna Credit Card Dalam Negara Berhutang Melebihi RM20,000,000,000 (Dua Puluh BILLION)


Adakah anda salah seorang yang mengalami tekanan dan bebanan Credit Cards…?

Kami mempunyai cara BAGAIMANA untuk menyelesaikan masalah ansuran kad anda dari 18% kepada 6% setahun…

Bukankan ianya MENGUNTUNGKAN anda…?

$$$ Tiada urusan pembayaran diperlukan/dikenakan
$$$ Jimat sehingga 6.5% sebelum process
$$$ Jimat sehingga 12% setahun
$$$ Outstanding Balance = 0
$$$ CCRIS clear dan nampak cantik
$$$ Pengurangan bayaran ansuran bulanan
$$$ Bayaran bulanan minimum jadi serendah RM50
$$$ Sebarang pengeluaran wang tiada dikenakan faedah 5%
$$$ Menyelesaikan masalah lebihan penggunaan Credit Card anda
$$$ Kelulusan dijamin 100%

MENGAPA ANDA PERLU TUNGGU LAGI…!!!

Jika nama anda telah disenaraihitamkan bermakna ANDA yang rugi buat selama-lamanya
Hubungi kami supaya kami dapat MEMBANTU menyelesaikan masalah bebanan CREDIT CARD anda…

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes