Tips Menyimpan dan Gandakan Wang Dengan Teknik Mudah!
salam semua
best ah baca tajuk entri..semua kuar duit kat mata..
ka ching!
hehehee
saya kongsi di sini emel yang saya dapat mengenai pengurusan kewangan
sila baca yea..untuk tambah kekayaan anda ![]()
ok semua..Jika sukar untuk menyimpan setiap bulan, terdapat
cara mudah untuk anda menyimpan iaitu dengan membuat potongan gaji
melalui majikan anda ataupun membuat arahan tetap kepada pihak bank.
2 cara ini akan membantu anda menyimpan setiap bulan. Cara ini lebih
menjimatkan masa dan kos kerana anda tidak perlu lagi terburu-buru
ke bank, berdepan dengan kesesakan lalulintas, terpaksa beratur dan
juga menanggung kos caj ‘parking’.
Sekarang anda sudah tahu 2 cara mudah untuk menyimpan.
saya akan menerangkan pulak
1 teknik yang mampu menggandakan simpanan anda!
Apa teknik tersebut…?
Anda tentu faham apa yang saya maksudkan iaitu
teknik ‘compound interest’. Kelebihan teknik ini ialah, lebih awal
anda menyimpan, bermakna simpanan anda akan berganda-ganda banyaknya.
Untuk lebih faham, andaikan dividen adalah 10% setahun,
sebagai contoh :
1) Peah mula menyimpan sebanyak Rm250 sebulan sejak berumur 19 tahun.
Beliau menyimpan selama 8 tahun iaitu sehingga umurnya 26 tahun. Sejak
daripada itu beliau tidak lagi menyimpan. Ketika beliau bersara pada
umur 55 tahun, wang simpanannya telah menjadi sebanyak RM598,648 hasil
dari kaedah compound interest. (kos beliau hanya RM24,000)
2) Usop mula menyimpan Rm250 sebulan pada umur 27 tahun. Beliau
menyimpan sehingga umur 55 tahun iaitu selama 19 tahun. Ketika beliau
bersara, wang simpanannya hanyalah sebanyak RM490,482 sahaja hasil
dari kaedah compound interest. (kos beliau ialah RM87,000)

Tentu nampak perbezaan bagi 2 contoh di atas bukan?
Lebih awal anda menyimpan secara tetap setiap bulan, anda sebenarnya
lebih beruntung seperti apa yang berlaku pada Zarina!
Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Mula menyimpan secara tetap mulai
sekarang kerana tiada istilah ‘lambat’ dalam soal pengurusan kewangan.
Apa yang paling penting ialah tindakan anda.
so jom sama menyimpan dan kaya raya
![]()
Facebook comments:
norlirazali.com


Thanks for the tips!
welcome..hope u applied it!
