info selsema babi | swine flu | influenza A (H1N1)
salam semua…
sekarang sedang gempar dengan kes2 selsema babi nie..so dekat hospital nie pun ader buat precaution..kena inspect patient yg datang kot2 ader simptom2 tue..disinfected tgn before and after leaving hospital..
agak leceh la sebab kena pakai mask segala…lemas rasa..tapi sebab kesihatan kena berhati2..banyak gak kes staff MC sebab sekarang pun musim demam..huhu ![]()
info2 mengenai selsema babi nie

____________________________________________________________________________________________
Wabak selsema babi semakin merebak dan kes disahkan atau disyaki dilapor di sekurang-kurangnya 18 buah negara termasuk Eropah dan Asia. Kematian meningkat kepada 152 semalam berbanding 149 kelmarin.
Mexico: 20 kematian akibat selsema babi disahkan. 132 mati disyaki akibat wabak sama. 1614 kes jangkitan disyaki.
Negara2 disahkan dijangkiti:
Britain: 2 kes disahkan
Kanada: 6 kes disahkan (4 kes disyaki)
Israel: 1 kes disahkan (1 kes disyaki)
New Zealand: 3 kes disahkan (63 kes disyaki)
Sepanyol: 1 kes (26 kes disyaki)
Amerika Syarikat: 44 kes
Thailand: 1 kes
Negara2 disyaki mempunyai wabak:
Australia: 70 kes
Chile: 8 kes
China: beberapa kes (tidak dinyatakan)
Colombia: 9 kes
Denmark: 5 kes
Perancis: 1kes
Hong Kong: 4 kes
Ireland: 3 kes
Jerman: 3 kes
Singapura: 2 kes
Korea Selatan: 1 kes
Sweden: 5 kes
Switzerland: 5 kes
Negara2 jiran yang berdekatan dengan kita yang telah dijangkiti adalah Thailand dan Singapura
Berikut adalah maklumat berkaitan Selsema Babi
Apakah “swine influenza” atau selsema babi”?Swine influenza atau selsema babi sangat mudah berjangkit sesama babi dan menyebabkan penyakit paru-paru akut di kalangan haiwan ini. Jenis influenza yang kerap menjangkiti babi ialah virus Influenza A/H1N1, tetapi jenis yang lain seperti H1N2, H3N1 dan H3N2 turut berada di dalam badan babi. Virus ini berjangkit di kalangan babi melalui rembesan (aerosol) secara langsung (seperti melalui batuk dan bersin) dan secara tidak langsung (sentuhan pada permukaan tercemar seperti rumput/tanah yang dicemari cecair mengandungi virus ini seperti air kencing, najis, etc.) Ia juga boleh dibawa oleh babi telah terjangkit tetapi tidak sakit (tidak mempunyai simptom).
Apakah kesan virus influenza babi ini kepada manusia?
Walaupun influenza babi biasanya menyerang babi sahaja, namun turut menyebabkan penyakit di kalangan manusia.Manusia biasanya medapat jangkitan melalui sentuhan langsung kepada cecair badan babi yang sakit seperti rembesan air liur, air kencing dan najis babi. Bagi manusia, simptom-simptom jangkitan selsema babi adalah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala, batuk, lemah badan dan rasa tidak selesa. Dalam kes-kes yang lebih serius, selsema babi boleh menyebabkan jangkitan paru-paru teruk yang dipanggil ‘pneumonia’ yang boleh membawa kepada kematian.
Jangkitan tidak terhad dari babi kepada manusia sahaja malah lebih teruk apabila ia boleh berjangkit dari manusia yang telah mendapat selsema babi kepada manusia lain yang berdekatan dengannya. Jangkitan manusia ke manusia berlaku secara langsung apabila rembesan cecair badan orang yang mendapat selsema babi seperti air liur semasa bercakap, cecair mulut dan hidung semasa batuk dan bersin terkena terus kepada orang2 disekeliling mereka. Atau secara tidak langsung apabila kita tersentuh permukaan seperti meja/tombol pintu/kertas tisu/tangan semasa bersalam yang telah tercemar dengan virus ini.
Adakah kita mempunyai imuniti terhadap selsema babi?
Kebanyakan manusia terutama yang tidak berurusan secara langsung dengan ternakan babi, tidak mempunyai sebarang imuniti terhadap selsema babi. Jadi, kita mudah dijangkiti selsema ini jika kita berurusan atau berdekatan dengan mereka yang telah dijangkiti. Jika berlakunya jangkitan selsema babi sesama manusia, kes akan merebak dengan cepat hingga menyebabkan pandemik atau wabak penyakit influenza virus yang teruk. Ia mungkin melibatkan ramai manusia seluruh dunia mendapat penyakit ini. Kematian akibat kegagalan paru-paru juga akan meningkat.
Adakah vaksin influenza mampu menghalang jangkitan?
Sehingga kini belum mempunyai vaksin khas untuk melindungi manusia dari jangkitan virus selsema babi. Juga tidak diketahui samada vaksin influenza yang diberikan pada manusia sekarang ini mampu memberi sebarang perlindungan.
FASA AMARAN JANGKITAN INFLUENZA seperti SELSEMA BABI:
Ada 6 FASA AMARAN (1 hingga 6) bagi jangkitan influenza.
Fasa 1 – 2 : berlaku jangkitan di kalangan haiwan sahaja
Fasa 3 : Jangkitan berlaku dari haiwan kepada manusia
Fasa 4 – 6 : Jangkitan berlaku dari manusia kepada manusia. Wabak besar (pandemik) berlaku menyebabkan banyak manusia yang sakit dan mati.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan FASA AMARAN ADALAH FASA 4 kerana banyak jangkitan sesama manusia telah dan sedang berlaku. Langkah berjaga2 perlu diambil untuk mengelakkan lebih ramai yang terkena selsema babi.
Oleh itu, PENCEGAHAN ADALAH YANG TERBAIK BAGI MENGELAKKAN KITA MENDAPAT SELSEMA BABI.
Untuk menghalang jangkitan, kita perlu melakukan perkara2 berikut:
1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.
2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).
3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)
4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.
5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.
6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)
7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih
8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.
9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC
Pada 23 November 2008, POD/PGB telah menjalankan Latihan Persediaan Kecemasan Pandemik Selsema Burung (Avian Influenza Emergency Preparedness Exercise). Latihan persediaan tersebut juga bersesuaian dengan persediaan kepada Kecemasan Selsema Babi (Swine Influenza) yang sedang berlaku sekarang kerana kesan wabak kedua-dua jenis selsema ini adalah sama.
(Sumber: WHO, CDC dan Kementerian Kesihatan)
Facebook comments:
norlirazali.com


saya kerap mendapat selsema, batuk2, dan tidak sedap badan akhir2 ini.
saya anggap perkara seperti ini hanya biasa sahaja.
tetapi saya jenis tidak suka pergi ke klinik.
takut akan doktor lah katakan,
saya berumur 15tahun..
saya amat takut terkena jangkitan H1N1.
saya nak tahu, adakah kes ini pernah berlaku pada tahun sebelum2 ini?
saya nak tahu, sama ada saya terkena atau tidak.
kerana saya amat takut ke doktor.
tolonglah, membantu saya tuan/puan/datuk/datin.
p/s: HAMPIR 1 keluarga saya mengalami seperti ini. adakah penyakit keturunan?
to elle

buat masa sekarang jika anda tidak travel
dan jadikan mencuci tangan,bila bersin atau batuk guna tisu
dan buang dalam tong sampah satu amalan/habit..saya rasa kemungkinan untuk dijangkiti amat rendah..
gunakan hand sanitizer kalau tangan tidak berapa kotor…
selsema,batuk biasa senang berjangkit so kalau antibodi anda rendah..(kerap jatuh sakit)
hindarkan bergaul dan berada di persekitaran tersebut..
kalau ader seorang batuk…kemungkinan ahli keluarga boleh berjangkit..
so dia bukan penyakit keturunan..
amalkan pemakanan sihat dan makan suplemen untuk tingkatkan pertahanan badan anda
ok elle
hai, sya saffuan n umor 19thn..sya nk tny somthg tntg virus h1n1 nie..sejak smlm hngga skarang sya brasa sakit dibahagian dada ttapi sya tidak penah travel ke negara2 yg djangkiti..adakah ini simptom virus h1n1 @ disebabkan penyakit laen????
to saffuan
hanya sakit di bahagian dada?
xdemam,sakit tekak,selsema dan lain2 simptom yg di sebutkan..??
kemungkinan besar penyakit lain nie..
anda merokok??
ader batuk2 yg xsembuh2??
saya bukan tuk nujum…kena pemeriksaan rapi mcm x-ray kalau nak pastikan kenapa anda berasa sakit dada
so saffuan g hospital eh?
sye mle demam,batuk,sengal badan sejak 2 hari lalu..
nmun sy still g opis dan mkn 2 bji pnadol extend dan 2 bji pnadol actv5..
ckp 8 jam bdn sy pnz n sgl2x balik..
batuk makin terok..
demam biase ke ape ea??
sy mls la g klinik..
kje byk d opish.
to yoyy
ader history travel or contact dgn sp2 yg penah travel??
kna g klinik gak walaupun kerja byk di opis
sebab kajian menunjukkan kalau sakit tapi masih kerja..
masalah tue akan berlarutan lebih lama
berbanding anda sakit dan segera ambil cuti rehat
supaya badan dapat rehat dan pulih sepenuhnya
ok yoyy?
hey,just observed your Blog when i google something and wonder what webhosting do you use for your web site,the speed is more faster than my wordpress, i really need it.will back to check it out,i appreciate it!
hi there, i just saw your website on bing, and i would like to comment that you write interestingly good via your blog. i am really impressed by the mode that you express yourself, and the content is superb. anyhow, i would also like to acknowledge whether you would love to exchange links with my web portal? i will be to the great extent than happy to reciprocate and insert your link on in the blogroll. waiting for your reply, i would like to convey my appreciation and have a great day!
hey charles
i use webhosting serverfreak.com from malaysia
which is the bills affordable,the servises was excellent
that why i choose and stick with them almost 2 years!!
bravo serverfreak.com
hi promo code

thanks for visit my blog
just put ‘norli’ to acknowledge me
and really appreciated to put me in your blogroll
sure can exchange link..
i will put yours