hari hipertensi sedunia 17may

Tags: No Tags
Comments: 7 Comments
Published on: 17/05/2009

salam semua….selamat berhari minggu…

banyak betul sambutan pada bulan May nie kan??

ader hari Ibu,hari Jururawat,hari Guru..yang nie pun ader gak..hari Hipertensi…

kalau jawa cakap darah tinggi hehehe..

so garam dan tekanan darah tinggi mempunyai hubung kait yang rapat..merupakan silent killer dan mengetahui fakta mengenai dua benda alah nie..anda akan hidup lama..Insyaallah..

7 fakta utama tentang garam dan tekanan darah tinggi

  1. tekanan darah tinggi dialami oleh hampir satu billion orang dan merupakan faktor risiko yang utama bagi penyakit kardiovaskular di seluruh dunia.
  2. tekanann darah tinggi meningkatkan risiko anda mengalami penyakit ginjal yang kronik,serangan jantung, strok (angin ahmar) dan akhirnya membawa maut.
  3. hubungan yang terbukti antara garam dan tekanan darah tinggi boleh dibandingkan dengan hubungan antara merokok dan kanser. meskipun demikian,purata pemakanan garam harian di banyak negara adalah dua kali ganda tahap yang disyorkan oleh WHO.
  4. pengurangan kecil dalam pemakanan gram harian kita boleh membawa kepada penambahbaikan kesihatan yang ketara di kalangan masyarakat selaian mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi secara signifikan.
  5. perubahan dalam gaya hidup seperti pemakanan yang seimbang dan pengamalan program senaman yang tetap juga dapat mengekalkan aras tekanan darah agar terkawal serta melindungi kesihatan jantung anda.
  6. tekanan darah tinggi ditakrif sebagai mempunyai aras tekanan darah melebihi 140/90mmHg
  7. sila hubungi doktor anda untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai keadaan tekanan darah anda

saya berisiko juga mendapat penyakit ini kerana nenek dan emak saya mempunyai penyakit yang sama…maka kemungkinan lebih tinggi…cara pemakanan yang menjurus kepada fast food juga boleh mendorong kepada penyakit ini..

so saya mengingatkan anda semua dan diri saya sendiri untuk menjaga kesihatan untuk kehidupan yang lebih seimbang..amin

p/s pagi tadi breakfast megi goreng..giler masin…huhu

7 Comments
  1. wahidah says:

    kalo tension ade tk hari tension sedunia?? hehehehe

  2. norli says:

    to wai..
    hari menguruskan stress ader la kot..
    haha…xmo tension la..
    cepat tua

  3. wahidah says:

    mn ade tua da…awet muda tau..huhuhu

  4. iz says:

    mmg pun mude lg

  5. shazana says:

    to wai..
    slagi ko xpkai EUMORA..ko xkan jd awet muda tau..
    klo dh pkai br kitrg pggil ko awet muda..hehehe
    kan,u..

  6. norli says:

    to shazana..
    haah..betul(2000x)

  7. norli says:

    to iz…
    muda ka??
    heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Spam Protection by WP-SpamFree

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Welcome , today is Sunday, 12/02/2012