malaysian federation of the deaf (mesyuarat agong 2009)
salam semua…selamat berhujung minggu.. ![]()
saya sedang bekerja namun sempat mengular..haha
dan sebelum saya pergi kerja..saya temankan kawan saya mesyuarat agung persatuan orang pekak malaysia..
kalau ader sesiapa penah baca entri kat blog saya nie..kawan saya ader adik yang istimewa..so saya selalu datang sebagai wakil dan temankan kawan saya
sebab saya penah ader pengalaman dengan kawan2 istimewa ni masa di asrama SAAS Kajang..
dan pada pemerhatian saya sepanjang mesyuarat tadi…sayu jer…xtau naper..maybe sebab merasakan persatuan sebegini seperti dianak tirikan oleh kerajaan..tapi mereka pun tak salahkan kerajaan sepenuhnya sebab mereka sedar kerajaan punya masalah lebih besar perlu diselesaikan di kala kegawatan ekonomi ini..
so mereka berusaha sekuat tenaga untuk mengumpul dana bagi membolehkan persatuan ini terus bergerak maju untuk membantu golongan yang kurang upaya ini…supaya mereka sentiasa ada tempat untuk mengadu nasib walaupun nasib persatuan sendiri seperti nyawa di hujung tanduk…
macam jugak sekolah pertuturan kiu nie..fasiliti mmg agak kurang..jauh beza dengan sekolah bantuan kerajaan yang lain..kerana sekolah istimewa ini menggunakan dana sendiri maka segalanya terhad…tapi saya respek,tabik spring pada cikgu2 sekolah kiu yang mengabadikan hidup mereka pada sekolah ini demi kepentingan anak murid yang istimewa..mereka xkisah gaji kecil asalkan anak2 istimewa ini terjamin masa depan nya dan boleh berdikari sendiri
saya mmg sangat terharu..tak tipu nyer..
dan mereka telah berjaya menerbitkan buku kiu yang memudahkan anak2 istimewa ini untuk membaca,menulis malahan mengaji dan bersolat…alhamdulilah
dan sedang berusaha untuk mendapatkan nombor siri ISSBN supaya buku ini boleh mudah dibeli oleh perpustakaan dan dipelajari oleh semua golongan…
saya pun dah beli buku isyarat tangan..hehe…senang nak berkomunikasi dgn adik2 nie..
walaupun dulu saya ader blaja tapi dah lupa la..dah agak2 sizen la katakan huhu ![]()
dan saya berbangga dengan mantan penolong presiden persatuan orang pekak malaysia..Mr Tan xsalah namanya dan Dr Dora..yang telah mengabdikan pada persatuan ini lebih dari 20tahun..mereka la pejuang sejati persatuan ini..dan memandangkan umur mereka berdua telah mencecah 90 and 80 tahun..mereka merasakan sampai masa generasi baru untuk mengubah nasib persatuan ini… ![]()
boleh klik sini untuk baca keterangan lanjut mengenai sekolah pertuturan kiu ini…dan semoga persatuan,sekolah kiu mendapat peruntukan dan pembelaan sewajarnya…amin ![]()

Facebook comments:
norlirazali.com


Bagaimanakah boleh saya dapatkan bahan tentang pertuturan kiu,auditori verbal,auditori oral BIM KTBM Komunikasi seluruh dab Kaedah Rochester?
to chang
saya xpasti dengan kaedah rochester yg anda maksudkan
tapi bahan2 kiu yg anda nak boleh berurusan secara langsung dengan sekolah pertuturan kiu tersebut
di talian 03-9287 0739 atau datang sendiri di alamat Pusat Pertuturan Kiu. 25A, Jalan Kampung Pandan, 55100. Kuala Lumpur
Terima kasih kerana memberi respon kepada soalan saya. Namun saya tidak dapat ke Pusat Pertuturan Kiu kerana saya tinggal di Melaka dan kadang-kadang terpaksa bekerja dari Isnin hingga Sabtu dan belajar pada hari Ahad. Sebenarnya saya sedang mencari bahan utnuk tugasan saya yang perlu dihantar minggu depan tentang pendidikan orang pekak. Walau bgm pun, TQ.
to chang
saya sedaya upaya untuk bantu awak.
selamat berjaya untuk tugasan yang anda perlu hantar
chayo!!
sy pun sama bermasalah spt chang harap dpt membantu sy tinggal di muar johor.tk
to chomil
masalah seperti chang?
anda perlukan bahan pembelajaran??
saya boleh tolong dapatkan kalau anda benar2 perlukan..
saya tolong setakat yang saya mampu..
Salam sejahtera;
Hai Chang & comel;
dah dapat bahan?
boleh kongsi x ?
nampaknya ramai pelajar OUM kat sini
to shoba macintyre

owh..smua student OUM la eh??
to norli…
hehehe…tak lah cuma ni soalan bagi kursus OUM…bulat2…tengah mencari maklumat yang sama
to shoba macintyre
owh..carik maklumat eh??


dah penah try g kat sekolah kiu nie?
maybe info yg nak carik ader kat sana
so blh wat assignment dgn senang