RSS
 

dari wanita kepada lelaki

02 Sep

salam semua…sekadar nak berkongsi notes dari FB yang saya baca dan rasa menarik untuk dikongsi

dan memang ada kebenaran pun nota ini..kerana kebanyakan orang sekarang memilih pasangan berdasarkan cinta,kasih sayang,material tapi jarang memilih kerana agama…dan hati yang baik pun perlu jugak

so persoalannya…..

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadisjuga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. “Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

*pesanan utk bakal laki sayer..kt mne pon awak brader..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki..sayer nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..sayer pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan eklas..laju je sayer aminkan..

awak doa sayer aminkan..sayer masak awak makankan..jgn kutok2..sayer blajo masak yer..

 

boleh kita couple??

29 Aug

salam semua…sejak akhir2 nie saya selalu nak kongsi artikel yang best2 dari emel motivasi saya dapat (FinerMinds)

dan salah satunya adalah carta pasal relationship (funny)

boleh rujuk kalau nak mulakan sesuatu perhubungan..tapi jangan la percaya pulak..ni untuk kurangkan stress dan buat anda terfikir sejenak mungkin boleh beri nasihat sedikit sebanyak ( tapi mungkin sedikit sebanyak nasihat tue tak berapa sesuai sebab western kan)

just for fun guys!! (kalau ada simbol lucah atau perkataan yg kurang elok tue harap dimaafkan)

 

holophonic sound

28 Aug

salam semua..harap semua berpuasa ye…kalau tak puasa sebab yang kukuh xpe..

jangan suka2 tak posa ye..berdosa masuk neraka (joke only eh)

okey..tengok kat entri tajuk macam pelik…memang pelik pun bila anda dengar video nie..

amaran

(KENA TUTUP MATA MASA DENGAR VIDEO NIE)

nie saya dapat dalam salah satu emel motivasi yang saya langgan…(finerminds) dan teringin nak kongsi dengan kawan2 semua…

bunyi dari video nie akan cuba ‘trick’ minda anda supaya dapat rasakan bunyi yang anda dengar supaya jadi realiti

cuba la ye!!

 

days at school

27 Aug
salam…norli is back!!  
lama tak menulis kat blog nie…sebelum puasa sampai la dah 2minggu kita puasa eh…
cepat giler putaran jam sekarang nie..hidup pun rasa makin singkat..
okla..nk bercerita yg tentang saya yang dah start sambung belaja..di IMU
semuanya berjalan dengan penuh dugaan jugak tapi alhamdulilah la semuanya
cuma dugaan saya sikit je berbanding dengan kawan sekelas saya…
bermula pagi,saya bergerak ke LRT untuk g ke IMU..naik ABA tapi parking kat umah lama..
senang jalan kaki dan nanti balik tak sesak and jammed sgt..
sampai2 je,penuh dewan dengan budak medic baru..then parents yg anta anak2 diaorg tnya saya
ingat sambung medic jugak (nie yg lagi semangat nak jadi Dr nie heheh..
p/s dah pakai handbag pun makcik/pakcik nampak saya macam budak baru abis study huhuh
nie la handbag bakal adik ipar saya bagi…
terbangak2 jugak la nak carik kawan sekelas yg lain..tapi saya je yg dtg dulu..huhu
then saya round2 sensorang..bila masuk balik jumpa la kwn kelas saya nama Teh@Cassandra dari Gleneagles..
ok la dah ada kawan…then tunggu je kat dalam dewan jumpa lagi 2org kawan,nama Jaya dan Donna dari Penang Adventist..giler la jauh..tpi memang salute la dorg sebab sanggup datang dari jauh tue semata nak sambung degree..
then tak lama pastu ada sorang lagi kawan datang..nama Ann dari Kuching plak..nie memang saya respek sangat2 kat dia..sanggup berkorban..amik flight…stay damansara dan travel plak ke IMU..tue pasal saya rasa dugaan saya kecik je compare dengan kawan2 lain..
then berkenalan la kami..ada 8org semua satu kelas Degree Nursing Science..small group kan?tapi saya suka jugak sebab kelas jadi one to one..dan kitaorg jadi close la sebab nanti ada discussion senang
then paling xtahan kat sini..semua student mostly non-muslim la…chinese paling ramai..so memang saya solo survivor la nak compete dengan kawan2 lain..then tergugat sikit la iman nie..huhu..sabar2..puasa
then masuk belajar balik bermakna ada la buku teks…hehe…masa untuk study..FOKUS norli!!
nie la buku teks yg kena khatam
then bermula la orientasi…cmner nak login system..yela sebab kitaorg nie belaja out-campus (online) sebab kena la terer or adapt system IMU..
tapi system dia simple but still canggih la…
then buat tour round satu IMU..letih weh kaki huhuh
then the next day,dah mula la lecturenya…siap ada homework tapi norli baca sikit je coz tak baper faham lagi huhu…
slow2 norli..sure can do it la!!
so semua2 doakan saya buat yang terbaik dan cemerlang ok!
nampak temban eh? huhu
 

I AM MUSLIM

14 Aug
 

memori Evolusi Minda (EM) 2010

10 Aug

 

salam semua..ada yang rindukan saya??

sebab agak lama saya tak menulis di blog kesayangan saya nie…kerana mungkin tak ada idea dan juga busy dengan kerja saya..

bila tengok tajuk tue macam pelik eh..tapi saya sebenarnya busy menghadiri kursus mindpower di bawah anjuran evolusi minda yang saya ikuti perkembangannya sejak pada awal tahun ini…dan saya sangat2 bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk jumpa program ini yang banyak membantu saya..walaupun saya pernah menghadiri kursus mindpower yang lain..

biarla saya bercerita panjang kali ini..bermulanya perkenalan saya dengan evolusi minda (EM),mentor saya Puan Arina dan En Yusmi..dengan membaca testimoni Puan Arina di produk ebook Ammar Zahar (IM terkenal) dan bila membaca yang EM merupakan kursus mindpower..ada plak preview percuma maka saya pun terus booked tempat..semua pun tahu saya sangat suka belajar,sukakan ilmu dan tambahan plak preview free maka tak lepas peluang la so pada bulan februari saya berjumpa la dengan puan arina..

di sana,preview nya ringkas..pasal meditasi,numerologi dan kebanyakan nya mmg saya dah tahu tapi saya tetap juga habiskan masa preview tue selama 3 jam..saya jenis suka perhati dulu,jenis yang suka observe dan lepas abis kelas…saya decide nak join kelas asas pada bulan mac..excited jugak kerana berharap untuk dapat ilmu baru..masa tue Puan Arina ada tersasul sebut Dr.Norli..saya senyum je..mungkin sikap masa tue suka ‘preserved’ nak2 kalau orang yang saya baru kenal..

dan kerana nak adjust dengan time kerja saya,dapat jugak la saya join kursus asas pada bulan mac..di kursus tersebut juga ada ajar benda yang berkaitan dengan mindpower tapi lebih bercirikan islamik..itu yang saya cari..rasa macam jiwa terisi dengan roh spiritual dan di sana juga belajar cara tingkatkan FOKUS & YAKIN..ada kena pantang plak selama 21hari..tak la rasa jenuh sangat sebab masa untuk apply reiki tue pun saya perlukan masa yang sama untuk bentuk habit baru..ada benda yang boleh dan tak boleh dimakan…kalau nak tahu kena attend kursus asas EM la..

dan masa tue ada jugak puan Arina offer untuk pergi kursus Siapa Aku pada bulan berikutnya tapi ada halangan sikit..so saya booking pada bulan 7..dan lepas hadiri kursus tersebut..saya menjadi semakin dekat dengan diri..dan pencipta saya..rasa FOKUS makin bertambah..YAKIN pada diri makin kuat..kerana saya tahu saya memang orang yang HEBAT..dan bila attend kursus nie,Puan Arina nie jenis ingat semua nama peserta,so rasa macam dekat dan dah kenal lama..walaupun saya nie jenis malu2 nak mula kenal dengan orang dan Puan Arina ada sebut tentang sesuatu yang HALANG saya..menyebabkan saya tidak dapat capai lagi impian saya..

saya TAHU benda yang halang tue..cuma saya tak tahu BAGAIMANA nak keluarkan dari dalam saya,sebab saya nak pecahkan halangan tue supaya tak lagi halang jalan kejayaan saya..dan cuma di EVOLUSI MINDA saya jumpa CARAnya..

dan tetiba dihubungi untuk menghadiri kursus ULTIMATE DRIVING FORCE (UDF) merupakan satu peluang besar buat saya..sebab bukan semua peserta yang layak untuk dipilh..dan rasa bertuah kerana saya antara insan terpilih..sangat2 bersyukur walaupun ada halangan tapi berkat hubungan erat dan niat Puan Arina nak bantu saya…akhirnya saya hadiri juga kursus UDF 7&8 ogos 2010..

berjumpa dengan rakan baru..yang bermacam latarbelakang,pengalaman tapi dengan satu niat iaitu nak BERUBAH,BERJAYA dan dahagakan ILMU..kursus UDF sangat berbeza sebab penuh dengan praktikal,game,keseronokan tapi penuh dengan input positif untuk melatih minda kita supaya lebih aktif

banyak kenangan dan Puan Arina juga sangat membantu untuk saya pecahkan halangan yang ada pada saya..walaupun terjadi scene yang tidak dijangka namun semuanya akan sentiasa terpahat di ruang memori yang tak mungkin dapat saya lupakan..terima pada rakan UDF kerana membantu saya semasa kursus dan ‘membebaskan’ saya..terutama di sessi paradigma..         

dan pada mentor saya Puan Arina dan En Yusmi,hanya Allah yang boleh membalas apa yang telah puan bantu saya selama nie..tak terungkapkan rasanya rasa syukur,terima kasih…jutaan,billion terima kasih pun masih tak cukup untuk saya ucapkan..membantu saya yang selama nie struggle,memendam dan saya tahu saya masih ada seseorang yang boleh dan sudi membantu saya menjadi orang yang hebat sebagaimana yang saya nak..kerana beliau juga merupakan orang yang sangat HEBAT…terima kasih kerana percaya pada saya..

habis kursus UDF nie..memang ada terasa banyak perubahan,jiwa lebih tenang..saya lebih peka dengan diri saya,persekitaran dan lebih banyak tenaga sebab halangan yang selama nie block saya dah lebur..dan sekarang nak tumpu pada PURPOSE saya..sekarang segalanya saya lakukan untuk diri saya dan bukan lagi untuk orang lain…atau apa orang lain nak…

saya memang rekemen join EM pada sesiapa yang berminat dengan mindpower dan rasakan sendiri kelebihan diri anda..tak mungkin anda akan rasa sia2 join EM..sekali lagi saya cakap,saya bertuah kerana dapat join UDF EM,berjumpa Puan Arina,En Yusmi dan rakan2 UDF yang semuanya HEBAT!!

Allahuakbar!!!

last sekali saya nak tujukan lagu yang buat saya teringat pada Puan Arina yang banyak menyokong saya..saya sayang Puan!!

you raise me up – westlife

 
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes